Showing posts with label Resepimudah. Show all posts
Showing posts with label Resepimudah. Show all posts

Saturday, 24 December 2016

Kuih keria gula melaka

Hampir beberapa hari lagi sahaja tirai 2016 akan berlabuh. Harap 2016 akan menjadi kenangan terindah. 2017 akan menjadi satu perjuangan untuk lakukan yang terbaik dan lagi indah. Semua pilihan bermula dari diri sendiri untuk tetapkan kehidupan bagaimana yang ingin dilalui nanti. Perancangan kehidupan harian sangat penting. Rata-rata golongan yang berjaya telah tersedia jadual esok yang ingin dilaluinya. Yang selebihnya serahkan kepada yang Maha Esa. Jika masih gagal untuk merancang @ tiada perancangan, alangkah ruginya.

Akhir 2016 ini, akhirnya aku terjebak dengan menu yang makin mendapat perhatian ramai ini. Aku cuba buat dan share untuk kenangan..hehe

Resepi Kuih Keria Gula Melaka



1. Sediakan bahan2 seperti di atas. Mudah sahaja...hanya 3 bahan diperlukan. Iaitu tepung gandum, ubi putih dan gula melaka untuk sirapnya.


2. Potong ubi dan hingga empuk. Masukkan sedikit garam ye ketika rebus. Lepas angkat sejukkan sekejap dan lenyak2 kan serta masukkan sedikit tepung. I buat tiada ukuran. Main agak2 je...hehe..jgn sampai keras ya.


3. Bentukkan bancuhan tadi seperti ini. Basahkan tangan ketika membentuk bagi memudahkan.


4. Kemudian apa lagi...goreng lah kann..sampai kekuningan gitu. Jaga api ya nanti hagus plak..hehe

Sediakan sirap gula melaka.


5. Semasa merebus ubi tadi. Anda bolehlah potongkan gula melaka seperti ini.


6. Masukkan gula yg telah dipotong tadi ke dalam kuali +1 sudu gula putih dan tambahkan sedikit air. Biarkan sehingga mendidih. Lepas tu gaulkan kuih keria yg telah siap digoreng ke dalam sirap tadi.


7. Gaulkan sehingga sirap tadi kering. Nampak glowing gitu kan. I tak pakai banyak gula melaka. Klu banyak ia akan nmpk lebih cantek berketul2 gula tu..hehe.


8. Taa daaa....dh siap untuk makan petang ni...hehhee

#terjebak #jangankecam

Tuesday, 11 October 2016

Cendawan goreng rangup

Assalamualaikum,

Lately, jumpa ramai sangat yang katanya bila goreng cendawan selalu tak menjadi. So, kita pon tanya lah buat cam mana tak menjadi tu kan..hehe. Diaorang cakap dgn confident macam biasa gaulkan dengan telur dan tepung. Saya pon tanya lagi..."gaulkan semua sekali ke?". Mereka pon jawab "Ya. Mungkin tepung salah kot. Tak ranyup macam kat kedai."

"Memang tak menjadilah dik non oii kalau gaul semua sekali...hehehe."

Bukan salah tepung ya. Itu salah teknik untuk menggoreng. Hari ni mmg tgh menggoreng cendawan. Boleh lah share toturial cikit.





1. Sediakan Cendawan mengikut kesukaan anda berapa banyak anda suka.
2. Celupkan cendawan ke dalam telur yang telah dipukul.






3. Gaulkan kedalam Tepung kesukaan anda.





4. Masukkan cendawan yang telah dicelup tepung kedalam kuali panas.






 5. Taadaaaaa...dah siap. Inilah rupa cendawan saya yang rangup...mmm..sedap sangat-sangat..hehe



6. Saya guna Tepung Goreng Serbaguna Adabi. Memang menyelerakan, so bukan salah tepung ok...salah teknik je tu..hehe








Selamat mencuba semua. Lepas ni boleh buat bagi mak mentua makan..confirm sayang lebih hehe..Ops mak mentua aii tak wujud lagi. Practise make perfect dulu..kekeke. Perfect lah sangat..:). Ingat!! fikir yang indah2 je ok...moga hidup anda indah belaka dunia dan akhirat. Don't think so hard, yang penting jaga 5 perkara sebelum 5 perkara.


Adios~~~~~~~~~~~~





Monday, 6 June 2016

MEE KARI KETAM


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Ramadan Karim. Hari pertama Ramadan 2016 yang tenang dan damai. Alam bagaikan sunyi yang kedengaran hanya kicauan burung.




Mee kari ketam ni cerita semalam. Teringin sangat nak makan masakan ketam. Tq mak yang belikan ketam di pasar minggu kelmarin. Bukan main loncat-loncat bertepuk tangan bila tahu mak belikan ketam. Dalam kepala terus teringat menu campak-campak mee kari ketam hehe...


Resepi Mee kari ketam mudah

2 kampit Mee Kuning
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
8 ekor ketam saiz sederhana
3 fishcat
2 gengam fishball
2 kampit rempah kari ikan/udang
1 biji santan
3 sudu minyak untuk menumis
Garam secukup rasa.

Cara-cara
1. Bawang merah dan putih di potong / ditumbuk untuk menumis.
2. Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan minyak masak. Setelah pasti panas, tumiskan bawang bersama daun kari hingga naik bau.
3. Campurkan rempah bersama sedikit air. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan rempah ketika bawang sedikit kekuningan. Tumis rempah hingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan ketam. Salutkan ketam bersama rempah. Kacau perlahan.
5. Masukkan santan perlahan-lahan. Kacau sebati.
6. Masukkan fishball ( potong 4 ) dan fishcat ( dipotong ikut citarasa ).
7. Masak sehingga mendidih.
8. Tutupkan api dan masukkan garam secukup rasa.

Mee Kunig - Celur dengan air panas sebentar.

Sebagai tambahan hiasan boleh celurkan sayuran seperti tougeh/ sawi. Hiaskan juga bersama cili merah. Menu ni tak pedas, so kalau suka pedas boleh tambahkan cili api..hehe

Boleh cuba untuk berbuka ya..TQ

::Makngah tanya " Kenapa guna rempah ikan?"

Bagi aku senang ja. Ketam ni makanan laut, so kenalah gunakan rempah untuk makanan laut seperti rempah udang atau ikan. Sebab rempah ketam tak ader...wa..wa...waa. :D








Tuesday, 26 January 2016

Yogurt berrylo tabur!

Assalamualaikum.

Dah nak masuk Februari laaa...! sekejap je kan! Subhanallah!

Tiba - tiba mengidam lak nak makan yogurt. Yogurt bestnya baik untuk kesihatan. Terutamanya kesihatan usus. Bagi yang sukar untuk membuang air besar, yogurt banyak membantu. Ianya juga tiada kolestrol dan sesuai untuk golongan yang menjaga berat badan atau sedang berdiet.Yogurt boleh disediakan dalam pelbagai cara dan pastinya menyelerakan.

Cuaca panas menambah selera aku dengan cubaan baru. Tapi tekak ni dah sakit sebenarnya, berlimau sakan. Maklumlah masuk musim chinese new year...hehe.




Kalau rajin, beli plain yogurt untuk buat resepi ni. Nak beli yang dah siap pon xpe...xda masalah. Yang penting kesihatan kena jaga..okey. Tahun 2016 ni, kesihatan menjadi perkara utama. Tanpa kesihatan yang baik, semua kerja boleh tergendala. Impian juga mungkin sukar dicapai.

Antara kelebihan yogurt :


  • Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
  • Bagus untuk wanita lepas bersalin
  • Membantu sistem penghadaman
  • Mencegah jangkitan pada vagina
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
  • Menurunkan kadar kolesterol
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Luaran- dapat mencantikkan kulit

Amalan pengambilan yogurt setiap hari amat digalakkan. Tapi agak sukar bagi mereka yang tidak gemar dengan rasanya yang sedikit masam. Kata orang yang "sedap itu penyakit, yang pahit itu ubat". Jom sama-sama amalkan yogurt untuk kesihatan.

Buat sendiri dengan perisa milo dan strawberry lagi sedap tau..hehe. Malah boleh pelbagaikan ikut kreativiti masing-masing.



Tips Kesihatan 2016 :

Beberapa kebelakangan ini berlaku pada kenalan-kenalan yang mana menghadapi jangkitan kuman pada air kencing. Terjadi apabila ada yang pengsan secara tiba-tiba. Ada yang tepaksa menghadapi pembedahan kerana ditahap serius. Jadi sebelum terkena pastikan jangan abaikan ( Keutamaan bagi wanita) :

  1. Pastikan pengambilan air masak yang mencukupi. Bagaimana ingin mengetahui air dalam badan cukup atau tidak? emmm...badan sendiri, pasti tahu kan? hehe... Salah satu caranya hendak pastikan air cukup atau tidak adalah melalui air kencing. Jika air kencing pekat dan kekuningan...itu maknanya air dalam badan tak cukup. So kena lah minum sehingga air kencing bertukar warna putih bersih. Minum - kencing - minum - kencing ( perkara biasa dan anda sihat ) hehe...
  2. Keputihan, pastikan dapat rawatan doktor. Minum air yang kerap juga dapat membantu kurangkan keputihan.
  3. Jangan abaikan kebersihan..

Sekian dulu...#sayabukandoktor ...tapi berkongsi ilmu...haha :)


Wednesday, 28 October 2015

Resepi : Lasagna/Lasagne BilBo Style!

Assalamualaikum,

Hari ini kita terus ke Itali untuk menikmati Italian Food yang menjadi kegemaran aku di Pizza Hut. Berkobar-kobar semangat nak buat setelah perolehi resepinya dari web-web yang boleh dipercayai. Susah juga nak cari bahan-bahannya, maklumlah pertama kali nak mencuba..hehe

Resepi Lasagna/Lasagne

Akhirnya selesai juga bahan-bahan masakan yang aku cari. Bahan mudah saja aku gunakan sebab AQ Style. Cuba gunakan idea aku sendiri yang agak malas tapi nak buat...kuikuikui. Bahan-bahan aku gunakan untuk kuah seperti di atas. Bajet RM100 juga nak dapatkan semua bahan-bahan ni ( termasuk bahan cheese dibawah )....tapi boleh buat 2/3 kali masakan.


Gambar-gambar diatas ini pula untuk sediakan sos putih dan topping. Semua bahan ini aku dapatkan di Econsave. Boleh tahan harga cheese-cheese ni...emmm. Harap bukan yang pertama dan terakhir aku buat kuikuikui....


Lasagna/Lasagne
Nyummmyyyy...nampak menyelerakan.

Resepi Lasagna/Lasagne

Bahan-bahan A ( Kuah lasagna )

1 Biji bawang besar ( potong dadu)
1 Biji labak merah ( potong dadu)
2 Biji tomato ( potong dadu)
6 Ulas bawang putih ( Cincang )
1 Sudu kecil Oregano
1 Sudu kecil lada hitam ( black papper )

Cara-cara memasak
1. Tumis bawang merah dan putih hingga naik wangi. Masukkan sos Prego.
2. Masukkan lobak merah dan daging cincang ramlee. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.
3. Masukkan oregano dan lada hitam.
4. Dah pasti daging masak masukkan tomato. Siap kuah lasagna..hehe

Bahan-bahan B (sos putih )

1/2 Cheddar cheese
1/2 Buttercup
600ml Fresh Milk
2 Sudu besar tepung gamdum. ( masukkan lebih sedikit jika inginkkan kuah kebih pekat.)
1 Sudu kecil garam.

Cara-cara memasak

1. Cairkan Buttercup dan Cheddar cheese.
2. Masukkan Fresh Milk.
3. Masukkan tepung gandum dan garam. Kacau rata sehingga sos menjadi pekat.


Bahan-bahan C ( Topping )

8 keping lasagna/lasagne ( Rebus sekejap + sedikit minyak & garam dalam air rebusan ) * Lasagna boleh didapatkan dibahagian pasta bersama spagetti di pasaraya )
Parmesan cheese ( Boleh didapati dibahagian sejuk beku di pasaraya bersama-sama buttercup)
Mozzarella cheese ( Boleh didapati dibahagian sejuk beku di pasaraya bersama-sama buttercup)

Cara- cara hidangan.

Kepingan lasagna ---> Bahan A ---> Bahan B ---> SELANG-SELIKAN hingga hampir penuh bekas ----> atas sekali taburkan Mozzarella dan parmesan cheese mengikut citarasa anda. Lagi banyak cheese lagi sedap.....dannnnn lagi menaikkan berat badan. Sebab tu lah semasa makan lasagna ni mesti ambil bersama ais lemon tea atau lemon ais...hehe..

Kemudian masukkan dalam ketuhar dan bakar dalam 30-40 minit...

Nota : Nak dapatkan potongan lasagna yang cantik, tunggu betul-betul sejuk baru potong ya :D




Selamat menjamu selera!!


Monday, 26 October 2015

Bubur Asyura! 10 Muharram!


Assalamualaikum,

Ini cerita bila balik ke kampung 10 Muharram,1437H yang lepas. 10 Muharram merupakan hari yang agung dalam sejarah Islam, juga dikenali sebagai Hari ‘Asyura. Dimana Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Musa dan Harun a.s dan Bani Israil yang dikejar Fir’aun dan bala tentaranya di Laut Merah. Awal Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar islam (Subject to change ) dimana aku juga turut berhijrah. Cukup setahun penghijrahan aku ini, Alhamdulillah.

Seperti biasa, bila tiba 10 Muharram umat islam digalakkan berpuasa sunat bagi mensyukuri nikmat yang dikurniakan ilahi. Keutamaan juga untuk berpuasa sunat pada 9 Muharram (Puasa Tasu’a) atau pun 11 Muharram supaya tidak menyamai orang-orang yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.

Ini kebiasaan emak, bila berpuasa pada 10 Muharram pasti juadah bubur Asyura disediakan. Kisah sebenar disebalik bubur asyura ini tidak aku ketahui. Sejak kecil hanya melihat emak pasti bawa balik juadah ini dari surau. Lama-kelamaan aktivti ini makin dilupakan dan emak sediakan pula bersama jiran tetangga. Kacau bubur ini secara beramai-ramai. Aku pun cuba mencari kisah disebalik bubur asyura ini. Tiada pula cerita yang sahih. Tetapi ada beberapa kisah yang dapat dikongsi.


Pertama: Cerita Bahtera Nabi Nuh a.s.
Banyak laman web menyebut tentang kisah ini. Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya :
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.

Penilaian:
– Cerita seperti ini perlu kepada kajian. Dari manakah sumbernya dan apakah taraf kedudukan kisah ini. Setakat ini saya tidak menemui sebarang petunjuk tentang kisah ini dalam sumber hadis dan atsar. Sesiapa yang menjumpainya, diharap dapat membantu.
– Jika kisah ini sahih sekalipun, dan kita menerima kaedah ‘Syarak sebelum kita adalah syarak kita juga’, persoalannya adakah makanan yang dibuat oleh Nabi Nuh a.s. adalah satu bentuk jamuan sempena 10 Muharram, atau ia adalah makanan biasa yang berkebetulan pada tarikh 10 Muharram?
– Jika benar kisah ini, dan betul istinbat orang Melayu bahawa disunatkan membuat bubur berdasarkan cerita ini, mengapa tidak ada anjuran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam atau amalan para sahabat tentang perkara ini?

Kedua: Hadis Galakan Memberi Keluasan Kepada Keluarga
Mungkin sandaran lain bagi jamuan bubur Asyura ialah hadis-hadis tentang memberi galakan supaya pada hari Asyura hendaklah menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga.
Hadis yang dimaksudkan ialah:
“Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”.
Mungkin kerana mempercayai kelebihan dalam hadis ini, sesetengah orang Islam mahu memberi keluasan kepada kaum keluarga pada hari 10 Muharram, dengan harapan Tuhan akan mempermudahkan rezekinya sepanjang tahun tersebut. Antara bentuk memberi keluasan ialah mengadakan jamuan makanan.
Cuma kedudukan hadis ini di sisi ulama hadis adalah paslu atau dhaif. Rujuk: Al-Maudhu’aat oleh Ibn Jauzi 2/572, Al-Manar al-Munif oleh Ibn Qayyim 1/111, Al-Fawaid al-Majmu’ah oleh Syaukani 1/98.
Sekali lagi kita terpaksa terima bahawa jika sandaran mengadakan jamuan bubur Asyura ialah hadis ini, sebenarnya ia adalah hadis yang tidak sahih. Jangan terlalu mengharap kepada fadhilat yang belum pasti kesahihannya.
Cuma, membuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan keagamaan, ia bukanlah satu yang salah. Kalau orang Melayu suka berbuka puasa dengan bubur Asyura, buatlah bubur Asyura. Tetapi elakkan  kepercayaan yang kurang sahih, seperti mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda.

Wallahu A’lam.
Sumber : http://www.abuanasmadani.com/asal-usul-bubur-asyura/


Tujuan sebenar adalah untuk berkongsi resepi bubur asyura yang disediakan oleh emak. Terfikir juga mungkin lebih menarik jika dapat kongsi sejarahnya. Mungkin aku sendiri dan ramai diluar sana yang kurang jelas dan amalan ini makin kurang diamalkan. Emak warisinya dari keluarga turun temurun. Emak dan aku kelahiran negeri Perak, TokNek sebelah mak aku orang Kelantan. Kalau di Kelantan khabarnya ramuan yang disediakan perlu 10 jenis bahan, baru boleh dipanggil bubur Asyura. Entahlah! mungkin kepercayaan orang dulu-dulu. Sekarang ni emak dah tak ikut sangat kepercayaan tu agaknya. Kalau ada info lain nak share pasal bubur asyura ni bleh kongsi ya...
Jom...tengok resepi.....hehe


Bahan-bahan

4 cawan Beras (rendam dan kisar halus)
2 cawan Kacang kuda ( rendam & rebus)
2 cawan Kacang hijau ( rendam & rebus)
* semua bahan direndam serentak selama 5/6 jam/ semalaman
2 1/2 biji santan kelapa
4 ketul Ubi keledek merah (potong dadu dan rebus)
2 senduk Gula pasir putih
2 senduk Gula merah

1 1/2 sudu kecil Garam

Cara-cara penyediaan.

1. Masakkan beras yang telah dikisar bersama santan. ( Pastikan kacau sentiasa supaya tidak berketul, berhati-hati dengan beras yang telah dikisar kacau selalu supaya tidak beketul sebelum masak.)
2. Masukkan gula merah & gula putih. ( lebihkan gula merah jika nak warna lebih gelap)
3. Kacau hingga pekat.
4. Bila pekat masukkan kacang kuda dan kacau sebati selama 5 minit.
5. Masukkan kacang hijau dan ubi keledek yang telah direbus.
6. Kacau 20 minit sehingga bahan sebati dan sehingga nampak masakan berkilat.(lebih kilat ,lebih masak tepung kita)
7. Sediakan bekas secukupnya.
8. Sejukkan sementara sebelum dihidang
9. Boleh juga masukkan dalam frezer untuk lebih sedap.

Selamat menjamu selera!!!


Thursday, 22 October 2015

Brownies Meetball! lazat!


Assalamualaikum,

Jumaat! penghulu segala hari. Alhamdullilah! Hari ini pasti ramai tak sabar nak tunggu Isi Perbentangan Bajet 2016 petang nanti. Apakah habuan yang dimaksudkan? hehe. Apa-apa pun, apapun yang kita dapat atau tidak, Alhamdulillah! Semua pemberian dari Allah S.W.T. Tak kira susah atau senang, mudahkanlah diri untuk mendekati Allah supaya jiwa menjadi tenang. Jika jiwa tidak tenang, harta setinggi gunung pun tak akan beri apa-apa erti.


Brownies meetball


Ini cerita semalam, bila aku teman seorang sahabat yang sedang buat brownies kek untuk cenderahati 
majlis harijadi anak saudaranya. Sebenarnya sahabat ni aku gelar sebagai kak min. Dia memang pandai membuat kek dan menerima banyak tempahan. Kek yang dia buat wallah...sedap! Tambah-tambah jika 
brownies coklat kegemaran aku. Kami sering berkongsi-kongsi ilmu yang ada sesama sendiri.

Semalam semasa membantunya membungkus tempahan dalam bekas yang cantik, tentulah kek 
brownies tu ada lebihan. Bahagian tepi selalunya akan dipotong supaya brownies kekal kemas untuk 
jemputan. Sebab terlalu banyak lebihan, kitaorang ambil keputusan untuk reka semua brownies yang 
lebih menjadi satu hidangan yang lazat.

Cara yang diambil adalah dengan cairkan coklat. Bahagian brownies yang lebih dihancurkan dan 
dicampurkan semula dengan coklat yang cair supaya dapat dibentuk bulat. Selepas tu kita taburkan 
badam yang hancur dan rice coklat. Brownies meetball kaya dengan coklat yang menyelerakan. 

" Wahh!! Ferrero rocher." kata jiran aku selepas aku hadiahkan Brownies meetball ni. Rasanya memang kalah ferrero rocher...haha. Perasan!

Meetball....bukan meatball ya! Sebabnya ini resepi baru jumpa bukan daging hehe.

Jom cuba supaya tidak membazir...:D 


Brownies meetball. Lazat!



Thursday, 15 October 2015

Puding sedut! Santai hujung minggu

Assalamualaikum.

Life is about learning! everyday rasa nak belajar je benda baru. Hobi baru, belajar benda baru tiap-tiap hari. Biarpun tak menjadi seperti yang sepatutnya pada permulaannya, tapi sekurang-kurang cuba dan tahu kelemahan. Secara spontannya kelemahan tu dibaiki sedikit demi sedikit. Secara spontan bermaksud terus baiki kelemahan bukannya tunggu esok. Perkataan esok tu, adalah perkataan yang paling aku tak suka sebab seolah-olah suka buat kerja bertangguh. Begitu juga dalam bab solat! Tunggu hidayah tapi tak buat. Jika buat dan cuba baiki kelemahan dari hari ke sehari Insyaallah hidayah tu akan datang. Tak timbul lagi soal berat nak solat, bukan berat tapi tak buat. Muhasabah untuk diri sendiri juga :D.

Puding sedut

Cara penyediaan dan bahan-bahan yang mudah sangat menarik perhatian aku. Malah telah menjadi viral dalam media sosial. Aku lebih suka mencuba resepinya dan share pengalaman dan gambar sendiri yang diperolehi darinya. Mudah....memang mudah dan kanak-kanak pasti menggemarinya. Resepinya seperti biasa aku dapatkan di blog kegemaran aku iaitu kak azalita masam manis. Resepi yang dikongsi amat hebat dan aku mengkaguminya. Sebab rumah aku ni banyak milo, so aku cuba perisa milo untuk cubaan kali pertama. Peminat milo ke? YUP, sudah tentu peminat coklat.... satu family, so bleh beli stok banyak-banyak hehe...

Resepi puding sedut
Bahan-bahan puding sedut

1 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
pewarna makanan
esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa

Cara-cara penyediaannya

1. Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk
Kacau rata.

2. Masak atas dapur hingga mendidih.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisaContoh ~ warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry.

4. Sediakan botol kaca secukupnya.

Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkanUntuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkanBila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warnaSejukkan dalam peti ais dan hidangkan dingin dengan straw




#Resepi asal diambil dari blog kak ita masam manis....

Wasalam...

Thursday, 1 October 2015

Jom masak : Daging masak merah

Assalamualaikum,

Pening jugak bila tiba musim perayaan Aidiladha ni. Bukan apa.....rezeki daging melimpah ruah....Alhamdulillah. Pastu pening nak masak apa. Bila godek-gedok internet, ada resepi yang mudah dan ada pula yang memerlukan bahan yang banyak. Ingat! resepi yang dikongsi disini semua mudah...sedap dan main campak-campak je apa yang ada. Saya tak suka menu yang complicated dan gunakan bahan yang rumit. Pastinya bahan yang akan digunakan biasanya telah tersedia di dapur rumah. Tak perlu membazir ok...guna je apa ada hehe.

Bukan apa, setengah pengalaman aku masak dengan orang yang nak semua perfect ni. Mak ai, kalau tak ada tak boleh masak lah katakan. Sedangkan semuanya perlukan kreativiti sendiri. Tak cuba...tak tahu kan? Masak pon kadang-kadang perlu kan berfikir diluar kotak. Kalau melakukan sesuatu dengan berfikir diluar kotak dalam semua perkara insyaallah semua akan jadi lebih mudah. Ini tak? kalau kena masuk itu, itu lah juga yang dicarinya. Last-last dapur tak berasap dibuatnya :D

Jom cuba :)

Daging masak merah - MyBilbo



Bahan-bahan
1. Daging di potong nipis ( hidangan 3-5 orang )
2. 1 mangkuk kecil Sos cili
3. 1 Kiub tomyam
4. 2 Sudu pewarna merah ( Aku guna sirap rose yang buat air tu je )
5. Sedikit air.

Bahan tumis
1. 3 Biji bawang besar ( dihiris )
2. 3 Biji bawang kecil (dihiris )
3. 3 Ulas bawang putih ( diketuk )
4. 2 batang serai ( diketuk )
5. 1 kampit kecil bahan campuran ( bunga cengkeh, kulit kayu manis yang dijual sekali tu )
6. 5 tangkai cili kering dipotong kecil .
7. sedikit cili ditumbuk jika mahu pedas


Cara-cara penyediaan

1. Rebuskan daging dengan pewarna merah sehingga empuk. ( semasa menunggu boleh sediakan bahan-bahan untuk menumis)
2. Tumiskan semua bahan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan sos cili. ( boleh gunakan sos tomato, sos tiram jika ada bersama-sama sos cili )
4. Masukkan sedikit air jika kuah pekat.
5. Masukkan kiub tomyam dan daging yang telah empuk. Kacau sehingga sebati.
6. Sedia untuk dihidang.


Nota : Jika tak mahu bawang besar terlalu kecut, boleh masukkan kemudian ya..:D ( ikut selera anda )

#AQSTYLE


Monday, 28 September 2015

Resepi Mudah! Kek milo 3 minit

Assalamualaikum.

Teruja melihat resepi terbaru daripada kak ita dari blog masam manis. Hati pon berkobar-kobar ingin mencuba. Kebanyakkan resepi yang dikongsi melalui blog kak ita memang tidak menghampakan. Sentiasa menjadi dan senang untuk diikuti. Tq kak ita yang sudi kongsi ilmu yang sangat bermanfaat ni. Memang seronok menyediakan resepi ni. Kanak-kanak mesti suka. I love baking...jom lihat resepi mudah ni yea....

Resepi Kek Milo 3 Minit

Gambar diambil mengunakan Samsung Note2. Maaf lah kalau tak berapa nak cantik ye..:). Yang penting bahan-bahannya tu dah nampak kan...:).

Bahan--bahan

4 sudu besar Tepung Gandum
4 Sudu besar Milo
4 Sudu besar Gula Kastor
4 Sudu besar Susu segar
4 Sudu besar Minyak Jagung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil perasa vanilla
1 Biji telur

Cara-cara penyediaannya

1. Ayak tepung bersama serbuk penaik.
2. Satukan tepung dan serbuk penaik yang telah diayak bersama-sama semua bahan diatas.
3. Kacau hingga sebati dan bancuhan bertali bila dilayangkan ke udara.
4. Sediakan bekas ramekin iaitu bekas tahan panas dalam microwave/oven. Jika tiada boleh gunakan bekas cupcake juga.
5. Masukkan bancuhan dalam bekas separuh sahaja kerana kek akan naik.
6. Bakar dalam microwave selama 3 minit / Oven 15 minit 175c. Pastikan masa 3 minit betul ya, kalau tak kek akan keras.

Kek Milo 3 Minit

Tadaaaa....dah siap. Sebagai hiasan sirap coklat dan coklat beras warna warni tu ataupun ikut kreativiti masing-masing. Coklat tu meleleh dan tak berapa nak cantik sebab terlalu teruja nak menghias panas-panas.....haha..amik kau! Tapi memang sedap bila dimakan panas-panas tau....

Untuk pengetahuan, resepi bancuhan diatas cukup-cukup untuk hidangan 3 mangkuk ramekin saiz sederhana sahaja.

Kek Milo 3 Minit

Wau nampak tak kek yang berongga-rongga di dalam tu. Cubaan pertama.....maknanya dah jadi menurut kak ita masam manis. Thanks a lot kak. Aktiviti yang bermanfaat untuk hari minggu, masak...makan....masak...makan...:D. Menjamu selera bersama ibu tercinta. Nanti nak cuba resepi lain pula..

Adios....wasalam...selamat mencuba :)

Monday, 21 September 2015

Resepi Mudah! : Spagetti sausage blackpapper

Assalamualaikum,

Ini cerita bila weekend. Habis keje hari jumaat je mesti terkejar-kejar nak balik kampung. Kalau boleh tiap-tiap minggu nak balik kampung.  Ada juga yang hairan? tiap-tiap minggu balik, tak penat? banyak la duit dia? macam tak ada masalah.

Sebenarnya, siapa yang tak ada masalah.. Tapi bila balik kampung, semua masalah aku seolah-olah selesai. Sebab disana ada emak, aku nak gembirakan hatinya bila aku balik. Walaupun kadang-kadang sering bergaduh sebab tak sependapat haha..pastu, cepat2 minta ampun, asam garam kehidupan. Nak gurau, tapi kadang2 terlepas cakap. Takut pulak kecil hati seorang ibu, maklumlah bila umur kita maki meningkat makin sensitif . Tak cium bau syurga nanti dibuatnya.

Aktiviti pertama bila aku balik mesti nak masak. Idea ni hasil kerja adik aku, yang katanya nampak di fb. So kitaorang pun pakat-pakat nak buat. Buat mak dan mak kepada mak tersayang iaitu tok aku :D

Bahan - bahan :
1/2 kampit spagetti
1 kampit hotdog blackpapper
Sedikit minyak masak
Air rebusan secukupnya.
Secubit garam

Bahan-bahan kuah spagetti
1 botol sos spagetti frego
1 batang lobak merak di potong dadu
1 biji bawang besar dipotong dadu

Spagetti sausage

Cara-cara penyediaan :

1. Rendam hotdog sehingga lembut untuk mudah dicucuk dengan spagetti seperti gambar diatas. ( Spagetti x perlu basuh pon xper nanti nak rebus juga. :D )
2. Potong hotdog kepada 6 bahagian. ( Ikut citarasa sendiri ). Satu hirisan hotdog tu aku cucuk dengan 5 spagetti je. Nak makan nanti senang..hehe.


3. Sediakan air rebusan, masak air hingga mendidih. Masukkan sedikit minyak masak ke dalam air rebusan bagi mengelakkan spagetti melekat. Masukkan sedikt garam. Rebus sehingga spagetti lembut.


4. Sediakan kuah spagetti dengan tumiskan bawang besar yang telah dipotong dadu sehingga naik bau. Pastu tuangkan lobak merah yang telah dipotong dadu. ( Masukkan bahan-bahan lain yang anda suka seperti daging cincang dan sebagainya ). Saya hanya gunakan bahan bajet, tapi sedap...hehe 

Ops, dalam kuah spagetti aku tak pernah masukkan garam nanti terlebih masin lak. Tapi ikut selesa sendiri lah ye.. :)

Ok...menu dah siap. . Pastu tuangkan kuah spagetti. Mudah kan! :)... Selamat menjamu selera dan Selamat Hari Raya Aidil Adha  :). Boleh juga sediakan untuk tetamu bertandang, sebab sangat mudah dan tak perlukan masa yang lama.

Spagetti mudah







Friday, 1 May 2015

RESEPI MUDAH : Bagedil 1 Mei

Assalamualaikum.

Hai, happy labour day everyone. Masa cuti macam ni banyak habiskan masa di rumah je. Inilah masanya untuk bertugas sebagai housewife plak. Housewife? Kalau tak kawin lagi nak panggil apa ye? Ops...apa-apa je lah. So, perempuan ni tak ada perkataan cuti dalam hidup diaorang. Kerja rumah pon keja jugak kan. Awas! perempuan kalau penat ni suka membebel. Habislah pahala dia hari tu. Perempuan ni senang dapat pahala, senang juga buang pahala. Mulut oh mulut! :D

eH, lupa plak...hari ni nak kongsi resepi mudah bagedil. Housemate yang rajin, sedang buat bagedil..hehe. Resepi ni tiada ukuran, sebab kami main campak-campak je. Sedap tau, cer cuba. Senang je rupanya. TQ housemate yang comel-comel kongsi resepi ni... sayang korang.

Kalau yang sedang berdiet tu. Kurangkan minyak ye...boleh rebus daging tu dulu atau guna je oliveoil untuk kesihatan.


Resepi bagedil mudah