I adore him so much, Prof. Dr. Hamka. Banyak Tulisan beliau yang aku baca melalui online. One of his books is Pandangan Hidup Muslim. This book not famous as a Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. This book no printed anymore. 1st print, 1961 at Indonesia. 2nd in 1966 and was print in Malaysia at 1967 only. 49 years ago? wow...its a long time, only RM3.50.
How I find this books? I search online at Perpustakaan Negara Malaysia and print. When I print, I can read and do a research again and again. And this is my super good collection. But now with technology, we can download true the phone and read. No reason anymore. What kinda reason you cannot read when technology just in your hand?
I hate my self when I just watch a tv.
I hate my self when I read stupid status in FB.
I hate my self when I just played a game on my phone.
I hate my self when I do not use the time at the right way.
Reading help you to find the truth of the world and hereafter. Something we don't know. Not just listen what others people talk. Just find by your self. The true you, this world and hereafter.
I HOPE, THIS BOOKS CAN PRINT AGAIN. VERY GOOD TO READ BY OUR CHILDREN AS A MUSLIM.
This is about a real-life related to Al-Quran and As-Sunnah.
Kadang-kadang cukup takut bila orang mulai lupakan aku. Takut orang tak kenal aku lagi. Walaupun bukan seorang yang popular dan glamour. Pasti ada perasaan takut bila merasakan diri hanya sendiri. Betul ke aku sendiri?
Tidak! aku tak pernah sendiri. Dia bersama aku sejak dalam perut ibu lagi ( Maha Memelihara). Dia melihat aku ketika aku lahir ke dunia (Maha Melihat). Dia berikan aku akal saat aku mula belajar melihat, menangis, tersenyum, ketawa, tidur, makan, menerap, merangkak dan akhirnya aku berjalan dan berlari ( Maha Pemberi Nikmat). Kejadian aku sungguh indah ( Maha Pencipta). Betapa aku dilahirkan mengikut peringkat yang telah ditetapkan-Nya ( Maha Pengasih dan Penyayang ).
Perjalanan hidup yang berliku telah mendewasakanku. Setiap kejadian pasti ada rahmat nya dan kebaikan untuk diri hamba nya. Sungguh dia lebih memahami aku. Letakkan aku pada saat yang betul, lahirkan aku pada negeri yang betul dan pasti akan matikan aku pada hari yang terbaik untukku juga.
Saat sendiri begitu mudah untuk aku dekat pada-Nya. Bagaimana saat Allahyarham Dr. Prof HAMKA keseorangan sehingga tertulisnya Tafsir Al-Azhar nya. Aku kagum dengan tulisan nya dan perincian yang mudah untuk memahami Al-Quran Karim. Hasil yang sangat bermakna dari penjara.
Jika aku jauh dari Al-Quran, maknanya aku sudah lupakan Allah. Allah pasti lupakan aku.
Jika aku melakukan maksiat, hari itu juga Allah tarikkan nikmat atas ku. Allah pasti lupakan aku.
Jika aku lupakan kedua ibu bapaku. Saat itu juga Allah akan lupakan ku.
Tapi dia tetap ingat dan kasih kepada hamba-Nya dengan bergemanya laungan AZAN setiap 5 kali sehari semalam ( Bukti Allah Maha Pengasih dan Penyayang). Bagaimana aku boleh lupa dengan panggilan-Nya? Bagaimana sikap aku ketika mendengar panggilanNya?
Allah Maha Besar 2x
Aku bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah 2x
Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah Utusan Allah 2x
Marilah sholat, 2x
Marilah menuju kemenangan, 2x
Sholat itu lebih baik dari pada tidur 2x
Allah Maha Besar, 2x
Tiada Tuhan selain Allah.
Subhanallah! Dia tidak lupakan aku, jika aku tidak lupa pada-Nya. Allahu a’lam..
Di bulan Muharram ini, bulan hijrah teringat aku akan satu kisah teladan yang benar-benar hidup iaitu syahidnya seorang “Muhammad Al-Fatih Malaysia”. Al- Fatih maksudnya “Pembuka” iaitu Ahmad Ammar Ahmad Azam pembuka bagi ummat supaya terus berjuang ke jalan Allah S.W.T. Syahidnya Ahmad Ammar adalah pada tanggal 2 November 2013. Penghijrahan Arwah dari Malaysia ke Turki Uthmaniyyah dan syahid dalam bulan Muharram dengan jihad menuntut ilmu ke jalan Allah S.W.T telah diberi keistimewaan dikebumikan berhampiran makam sahabat Nabi Muhammad S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansori r.a. Arwah merupakan rakyat Malaysia yang pertama dikebumikan di tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat Nabi, auliay’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana iaitu Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, Turki.
Entah mengapa aku terasa rindu untuk membaca kisahnya semula, melalui buku yang telah aku beli pada 8 March 2014 “Ahmad Ammar, satu kematian yang hidup (1993-2013)” ditulis oleh Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin.
Pelbagai cerita mengenai kehidupan sebenar serta sejarah Tokoh-tokoh Islam yang menarik dan kisah teladan disebalik jejak yang ditinggalkan oleh As-syahid Ahmad Ammar. Teladan yang hebat yang dapat diungkapkan oleh kehebatan As-syahid yang berusia 20 tahun ini adalah mempunyai kedua ibu bapa yang hebat. “Anak yang hebat lahir dari ibubapa yang hebat.”
Cara didikan kedua ibubapa Ahmad Ammar sangat menarik pehatian aku, malah boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibubapa masakini untuk membimbing anak-anak menjadi anak-anak yang ummatik. Sering aku dengar keluhan ibu bapa masakini yang bimbang dengan kenalan anak-anak kecil yang melompat ke sana-sini dan sering tidak mendengar kata ibubapa. Sering menjadi persoalan mereka kenapa? Dimana silapnya? Bukan hanya berlaku pada anak-anak golongan biasa malah yang bekerjaya seperti pensyarah, peguam dan sebagainya.
Cara bimbingan anak ibubapa As-syahid
1. Keluarga yang mempunyai seluruh kecintaan kepada Allah Ta’ala dan Rasulnya dengan menetapkan visi dan misi yang jelas untuk anak-anak.
2. Bapanya sendiri telah berniat berkhidmat untuk ummat kerana Allah S.W.T. Jati diri itulah yang diterapkan kepada anaknya sejak dalam kandungan dengan niatkan anaknya untuk ummat.
3. As-syahid Ahmad Ammar dibentuk bapanya Haji Ahmad Azam dengan 3 pakej iaitu Pembentukan intelek, Pembentukan rohani/jiwa dan Pembentukan akhlak/sahsiah. Ini kerana baginya kecemerlangan akademik sahaja tidak sempurna jika rohani kontang dan miskin akhlaknya.
4. Beliau mengamalkan formula “ Action speak louder than words.”Iaitu dalam soal solat beliau lebih suka mengajak anaknya solat bersama-sama daripada menyuruhnya solat sendiri. Disinilah kekuatan solat berjemaah. Tanpa solat berjemaahkeluarga berpecah belah, masyarakat tunggang langgang.
5. Menerapkan visi ummatik pada anaknya iaitu mengejar dunia seiring dengan mengejar akhirat. Di mana Tn Haji berkata, jika mahu anak kita menjadi seorang doktor, mesti jadi doktor yang ummatik. Jika mahu anak jadi pensyarah, jadilah pensyarah yang ummatik. Jika mahu anak jadi Akauntan, jadilah Akauntan yang ummatik. Jika mahu jadi jurutera, jadilah jurutera yang ummatik. Melakukan pekerjaan semata-mata keranan Allah bukan hanya kerana upah.
Daripada pengalaman aku selama 10 tahun dalam bidang kewangan, rata-rata umat islam hari ini lebih mementingkan upah daripada bekerja kerana Allah S.W.T. Baik pekerja bawahan mahupun atasan. Organisasi mula rapuh, kakitangan berpecah belah. Cuba mencari kesalahan orang lain. Tidak lagi cuba membangunkan organisasi dan ummah. Betulkah tiada lagi ruang keikhlasan dalam hati selain wang ringgit? Bagaimana pula nasib generasi seterusnya?
6. Mendekatkan anak-anak dengan sejarah islam sebagai ilmu yang perlu dikuasai.
7. Mendaftarkan Ahmad Ammar di Madrasah Jamaah Hayrat di Malaysia bagi mengikuti pengajian Risalah An-Nur dan belajar bahasa turki yang menekankan soal tauhid, akhlak dan khidmat dalam islam.
8. Sentiasa istiqamah.
Cara membentuk generasi Ummatik
1. Meletakkan wawasan Ummatik
2. Memberikan nama sesuai dengan wawasan
3. Mendidik ketinggian adab
4. Menghayati Al-Quran
5. Memelihara solat dan menunaikan Tahajjud.
6. Mengusai ilmu yang diperlukan pada zaman itu.
7. Menguasai bahasa-bahasa asing.
Ketaatan Ahmad Ammar kepada ibubapa yang perlu dicontohi.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”
Hadis riwayat At-Tirmidzi
1. Meletakkan ibubapanya di kedudukan yang paling tertinggi dimana wajib mendahului ibubapanya sebelum orang lain dalam berbuat bakti selepas Allah S.W.T dan Rasulnya.
2. Sentiasa merendah diri dihadapan ayahnya ketika bermain sepak takraw, sedangkan beliau “Killer” yang hebat.
3. Tidak pernah meninggikan suara dan membantah segala suruhan ibubapanya.
4. Antara kata-katanya kepada ibu, ketika dia dituduh pendiam. “Mak, Ammar bukan pendiam, tetapi Ammar bercakap bila perlu sahaja.” membuatkan ibunya terdiam.
5. Kata-kata hikmah Arwah yang terkesan pada ayahnya ketika Haji Ahmad Azam ingin berehat seketika dari dakwahnya, “ ....Abah, dunia ini adalah tempat untuk berjuang dan tempat untuk kita penat, kita rehatlah apabila mati nanti disyurga-Nya nanti...”
6. Hanya memilih pakaian yang tidak mahal dan bercorak biasa.
Benar, ibubapa adalah aset/lubuk kekayaan di dunia dan akhirat. Bergembiralah bagi orang-orang yang berbakti kepada kedua ibubapa ketika hidup mereka dan mati mereka dengan melakukan amalan yang diredhai Allah S.A.W. Berdoalah kepada Allah melalui hasil bakti kamu kepada mereka. Sangat rugi bagi mereka yang tidak berbakti pada kedua ibubapa mereka.
7 Kelebihan orang mati syahid
1. Dosanya diampunkan sebaik sahaja gugur titisan darah pertama.
2. Dia dapat melihat tempatnya di syurga.
3. Diselamatkan dari azab kubur.
4. Selamat dari ketakutan yang besar-yaumul hisab di akhirat nanti.
5. Dipakaikan dengan mahkota kebesaran daripada permata yang lebih baik dari dunia dan isinya.
6. Dia dinikahkan dengan 72 bidadari.
7. Diberi izin untuk mensyafaati 70 orang ahli keluarganya.
Hadith Riwayat At-Tirmizi - Hasan Sahih.
Syahid Ahmad Ammar bukan syahid di medan perang dan tidak berlaku pertumpahan darah malah tidak perlu bom kan diri. Syahidnya kerana mengkaji sejarah islam, menuntut ilmu islam Risalah An-Nur dan ingin disampaikan kepada ummat manusia. Kerana hijrahnya untuk menuntut ilmu dan telah mendapat pengiktirafan sebagai pengajar, beliau mati syahid ketika dalam perjalanan untuk ke kelas pertamanya menyampaikan isi kandungan Risalah An-Nur tersebut. Ketika dalam perjalanan ke kelas, sebuah ambulan telah melanggarnya. Bayangkan ambulan yang laju, tapi tiadapun sedikit kecederaan dan calar diwajahnya melainkan pada sikunya sedikit calar. Allah sentiasa memberi perlindungan kepada hambanya yang ingin mendalami ilmunya. Perlindungan dari Allah lah yang terbaik, Dia Maha Melindungi.
Al-Fatihah buat As-syahid Ahmad Ammar Ahmad Azam.
"Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) Kehidupan dunia. hendaklah mereka berperang pada jalan Allah ( untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati ( gugur syahid ) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar."
( Surah An-Nisa, ayat 74)
#Akuinginsyahid #AkuinginjejakkakidiTurkiIstanbul
Meniliti ucapan ibu As-syahid Ahmad Ammar ini, perkataan yang sering beliau ucapkan adalah YAKIN...YAKIN...YAKIN. Ibu ini yakin dengan Allah S.W.T membuatkannya kuat. Kekuatan itu dianugerahkan oleh Allah S.W.T kerana beliau yakin. Maka yakinlah wahai ibu-ibu dalam mendidik anak-anak. Tidak merungut serta tidak mengungkap kata-kata yang kasar ketika memarahi tapi mendidik. Mungkin kita solat, tapi masalahnya tiada keyakinan terhadap Allah da sering susah hati. Masyaallah, senyumlah ibu-ibu dan yakin serta redha dengan Allah dalam rumahtanggamu disamping meletakkan visi dan misi untuk anak-anak melihat pada bakat mereka sejak kecil. Bimbinglah mereka dengan memberi sokongan......Insyaallah, dimuddahkan.
Me kalau nak sesuatu tu, nak sangat-sangat. Kalau dah suka tu suka sangat-sangat. Kalau dah benci tu benci sangat-sangat. Eh! tak lah macam tu. Benci xda, sayang semua..hehe. Kerana sayang aku tinggal-tinggalkan. Moga membawa kebaikan bersama. Suka sangat buat orang marah dengan aku. Itulah aku, moga satu hari nanti akan dikenang-kenang gitu... haha. Poyo tak? Poyo punya ayat.
Satu hari tu, aku nak sangat buku ni. Cari-cari kat online bookstore seluruh malaysia ni. Tapi hanya satu je bookstore yang ada, Kinokuniya bookstore di KLCC. Masih ada baucar buku berbaki RM50 yang belum digunakan. Memang dah niat dari awal sebelum dapat baucar buku lagi untuk dapatkan Al-Quran translate in BI bila dapat baucar tu nanti. Bermulalah perjalaan ke KL, bertemankan dua sahabat yang sangat baik. Pertama kali jejak kaki ke Kinokuniya ni! walaupun dah banyak kali jejak kaki di KLCC. Hala tuju ke tempat letaknya rak buku tersebut dengan betul, seolah-olah dah pakar kat situ...kuikuikui. Lastly, cari pintu keluar sesat..hehe.
Inilah rupa bukunya.....tiada tulisan arab didalamnya. Hanya terjemahan dalam bahasa english. Tempah online pon boleh. 5 hari baru sampai, itupon kalau ada stok lah kan. Laku sangat buku ni walaupun keluarannya tahun 2008. Alhamdullilah, mungkin kesedaran untuk memahami maksud Al-Quran makin mendalam.