Assalamualaikum.
Kuat makan? kuat jalan? tak ada lah, biasa-biasa ja. Tapi memang kebiasaannnya lepas makan-makan, cari pot untuk melakukan aktiviti luar jika berkesempatan. Spritzer terkenal dengan jualan air mineral dan tempat operasinya adalah di Air Kuning, Taiping...Perak. Senang je nak cari tempat ni rupanya. Search je pakai google maps, terus jumpa tempat tersebut. Dari bandar Taiping lebih kurang 15 minit sahaja perjalanannya. Sangat bermanfaat jika ada aktiviti lawatan untuk pelajar-pelajar di tempat proses pembuatan ini.
Walaupun mata ni berpinar-pinar tetap gagahkan diri untuk memandu. Maklumlah 2 minggu kebelakangan ini melakukan aktiviti berat. Mengemas kerana berpindah rumah dan bantu ibu di rumah barunya. Selepas itu, diri sendiri juga terpaksa berpindah rumah sewa lain kerana rakan serumah nak kahwin dan tinggal dirumah berkenaan. Cukup setahun menumpang(Tapi bayar sewa okkk...haha). Penat bukan kepalang bila terlalu lama tinggalkan aktiviti bersukan dan kerja-kerja berat ni. Jika tinggalkan aktiviti berat terlalu lama, bahaya juga untuk kesihatan jika terlalu mendesak. Kena mulakan perlahan-lahan supaya tubuh dapat mengikut rentak aktiviti tersebut semula. Bahayanya pada jantung kita.
Bagi yang baru nak mulakan berjoging semula, pastikan berjalan dahulu pada peringkat permulaan. Mungkin hari pertama berjalan biasa, hari kedua berjalan laju dan seterusnya bolehlah berjoging. Boardwalk memang tempat yang menarik, sesuai untuk berjalan dan bagus untuk beriadah bersama keluarga hujung minggu nanti sambil menikmati udara segar. Mujurlah tiada jerebu pada hari shoot ini :D.
Berjalan-jalan menikmati permandangan secara percuma ini akhirnya ditemukan dengan sesuatu yang menarik dihujungnya. Terkenal juga dengan Cactus Rock di hujung perjalanan ini dimana ia adalah batu besar yang berbentuk pokok cactus. Terlupa pula nak snap gambar Cactus Rock berkenaan..hehe. Boleh juga membeli kunci pad lock di gerai cenderamata bersama ukiran nama anda sebelum berjalan dan tinggalkan pad lock tersebut di hujung perjalanan sebagai kenangan anda telah sampai di tempat ini. Pelbagai cenderahati lain yang menarik boleh anda dapatkan disini.
Ada aktiviti yang lebih menarik di Ecopark ini iaitu permainan Mini Golf dengan 18 lubang. "Anyone can play" sangat jarang untuk kita temui dalam permainan ini. Harap aktiviti ini akan menjadi tarikan baru buat Bandar Taiping. Harga RM12.00 (Dewasa) dan RM8.00 (Kanak-kanak). Terdapat juga aktiviti secara berkumpulan untuk membuat satu pertandingan dan sebagainya. Menarik bukan? Cafe untuk bersantai juga terdapat disini. Tak sabar nak main Golf ni....jom anyone can play....
Apa?? tak puas tengok gambar? kena pegi sendiri lah...hehehe
Aku hanya pengembara yang tiada rumah,
Sedangkan dunia ini juga tidak kekal,
dan akan musnah.