Sunday, 12 April 2015

Shopping : Jubah / Abaya Fursan


Assalamualaikum.

Jubah, makin mendapat perhatian wanita masakini. Adakah kerana fesyen? atau menutup aurat? Masing-masing ada jawapan yang tersendiri. Pastinya. Namun, daripada gaya si pemakai. Sudah tentu satu kesimpulan dapat dilakukan.

Kualiti jubah yang berbeza mengikut kain. Yang paling aku minati adalah jubah kain fursan. Ia bukan hanya menutup aurat, kainnya juga sejuk dan sesuai dengan cuaca hari ini. Sebenarnya kain fursan ini sangat popular di Makkah. Pastinya bentuk muka bumi dan cuaca juga yang panas dengan padang pasirnya menjadikan jubah kain fursan sangat popular di sana. Tidak hairan, harganya juga pasti mahal.

Jauh sangkaan aku. Aku hanya dapatkan Jubah kain fursan ini ( gambar atas )dengan hanya RM120.00 sahaja. Kain fursan juga ada kualiti yang berbeza. Tapi kerana kualiti kainnya yang tidak berbulu, kualiti rendah pon selesa juga. Yang penting selesa, bukan pada mahalnya. Jubah yang aku beli terus dari Makkah katanya.


 Yang bestnya bila beli jubah ini, akan disediakan sekali dengan selendang hitam atau sama coraknya dengan jubah. Berbaloi sangat. Ada fesyen Jubah fursan ini belahan di hadapan dan potongan princess. Pastinya potongan princess jadi pilihanku :) .

Bagi aku sendiri, jubah kain lycra dan satin yang senang didapati sangat tidak sesuai. Terutamanya dalam menutup aurat. Kainnya melekat di badan, dan panas. Pemilihan fabrik yang betul adalah hak pengguna. Begitu juga kualitinya.

Kadang-kadang sedih dengan sikap peniaga yang hanya memikirkan keuntungan. Pilihlah kain yang baik untuk diniagakan. Bukan cantik dan murah semata-mata. Patut dinilai dari kualitinya juga dan niat untuk berniaga.

Berpakaian juga ada pahalanya, jika niat yang betul. Mudah-mudahan mendapat redha dan petunjuknya.

No comments:

Post a Comment