Assalamualaikum, :)
Alhamdulillah menjadi juga lilin aromaterapi homemake aku ni. Tahun ni memang tahun yang kreatif bagi diri ku. Makin panjang usia ni, makin banyak ilmu yang dapat dipelajari. Alhamdulillah shukran..
Beraromakan haruman bunga rose membuatkan mata makin layu. Fikiran terasa damai. Selepas penat memerah otak seharian, ia juga memerlukan ketenangan.
Banyak lagi haruman yang aku akan lakukan nanti. Jeng...jeng, tiada masalah kalau tiada eletrik nanti. Malah aku akan gunakan lilin sendiri semasa hari lebaran. Mesti meriah...sukanya. Tak perlu lagi beli minyak tanah untuk nyalakan pelita. Berangan kejap kihkihkih.
Mustahil kah? Insyaallah. Moga dimudahkan.
Antara kelebihan minyak pati aromaterapi.
Minyak pati lavender - baik untuk merawat kulit kering atau tidak bermaya selain mampu memberi ketenangan minda.
Minyak pati chamomile, sandalwood, neroli dan rose - kulit sensitif yang bertindak balas dengan suhu sejuk, haba atau produk kecantikan
Minyak pati tumbuhan lada hitam dan serai wangi - melancarkan peredaran darah.
Minyak pati bunga mawar membantu mengimbangi hormon badan khususnya wanita.
Minyak pati juga boleh menjauhkan jangkitan virus seperti selesema, asma dan resdung serta meningkatkan sistem ketahanan badan.
Jadi, aku ciptakan lilin aromaterapi yang sangat fresh. Tiada Made in China lagi...Say yes to produk tempatan. Homemake plak tu...hehe.
Bagi yang nak lilin haruman aromaterapi dihari lebaran boleh contact Me ...HEHE ( tetiba promote..haha )

No comments:
Post a Comment