"Aku lihat pagi nya pantai ini bersih, air nya cantik dan biru. Sampai ke petang, air nya menjadi keruh dan kotor. Begitulah sehari-hariannya. Pagi esok nya akan menjadi bersih semula. Begitulah keadaan nya manusia. Pagi hingga petang tentu tidak terlepas dari melakukan dosa. Allah menjadikan malam untuk menginsafi dan bertaubat pada-Nya. Supaya pagi esok tidak di belenggu dengan dosa hari ini."
Wallahualam...
"Wahai Tuhan kami, Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
Sedang aku memandu, cahaya seolah-olah tepat ke mata.Matahari terik di atas kepala. Aku memandang ke laut. Terlihat cahaya berkilauan di tengah lautan. "Like diamond in the sky" hati mula berbisik, senyuman terukir. Jauh... sudah tentu tidak tercapai.
Tarikannya mempersonakan. Aku hanya mampu melihat. Hati berisik lagi, "Alangkah beruntungnya jika dapat menjadi permata seperti itu." Berkilau tapi tidak dapat di sentuh pula. Kerana aku hanya wanita dan hamba.
Lautan tenang menyimpan seribu rahsia,
Tenangnya mendamaikan,
Geloranya menakutkan,
Hadirnya dari Pencipta,
Dan Dia yang Maha Kuasa.
Biasa ku dengar,
Wahai wanita jadilah seperti permata,
Berkilau dan berharga,
Hadirmu membawa ceria,
Hilangmu tiada nilainya.
Bila ku bayangkan, ingin saya aku menjadi wanita seperti belian/permata di lautan.
Hadirnya sebagai sinar,
Penghuni dunia & akhirat.
Dan Dia lah tuhan yang telah mengalirkan dua laut yang berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga. Dan yang satu lagi masin lagi pahit: Serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat pencampuran kedua-duanya.~Surah Al-Furqan, ayat 53~ Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya ( mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga ( persemendaan ); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakinya).
Aku ingin berpijak di bumi nyata. Tahu siapa pencipta. Bukan hanya tahu melata ditanahnya. Sombong, angkuh tidak semena. Hingga tidak mahu tunduk memandangnya. Inilah tanah yang pasti suatu hari akan menghimpit malah terhimpit dek kerana dosa-dosa. Berjalan dan terus berjalan menikmati kebesarannya. Tiada satu pun celanya.
"Wahai Tuhan kami, Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
Aku lihat tanah ini gersang. Gersangnya tidak bermaksud tanah itu mati. Lalu tanah ini di siram dengan air hujan. Tanah mula menyubur. Pohon-pohon mula tumbuh, segar dan menghijau. Pohon itu hanya menumpang. Lama-lama pohon layu dan tumbang. Kembali rebah ke tanah, menjadi baja dan manfaat untuk tanah semula.
Apa pun, setiap kejadian itu terdapat manfaatnya tersendiri. Jadilah manusia yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain. Seperti mana manfaatnya tanah kepada pohon dan pohon kepada tanah. Makala air hujan kepada tanah dan tanah kepada air hujan ( mengeluarkan wap ke udara ). Pertalian ini sangat penting, jika putus satu pertalian. Putuslah segala-galanya.
Siapa lagi yang boleh mewujudkan semua ini? Selain Yang Maha Pencipta, Lagi Maha Bijaksana.
Jika tanah di siram dengan air hujan. Jadilah manusia yang sentiasa di siram dengan ilmu. Manfaatkan ilmu untuk membantu sesama insan. Suburkan ilmu, sesubur pohon menghijau.
From my sifu : Aura for body system, tanggalkan kasut. Pijak tanah sekurang-kurangnya sekali seminggu. Tiap-tiap hari is better. I prefer, jalan tepi pantai tanpa kasut. Sambil menikmati keindahan pantai ciptaanya pula kan? It's that a good idea?
"Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda mencintai pekerjaan yang anda lakukan itu. Kejayaan akan menjadi milik anda."
- Ray Kroc
" To many people spend money they haven't earned. To buy things they dont want. To impress people that they dont like."
- Will Rogers
" Money always not enough, but knowledge follow until we die." Nawaitu, insyaallah. Untuk apa mengejar duit yang banyak, sedangkan 1 sen pon bukan milik aku sebenarnya." Hari-hari keluar duit :D
- Miss Ohara
I can see, how important money in this life to people..to me. Money can buy anything what we want. But the real is not for our necessary. Aku lihat mereka membunuh sesama sendiri. Sebab semuanya mempunyai harga....nilai. Sedangkan nilai harga diri di biar rapuh seperti sehelai rambut yg menyembah bumi. Sedikit-sedikit bila dikumpul menjadi semakin banyak. #muslimthinking #muslimstory
When I was young, I always dreaming, to be someone, who is me. Someone I proud, respect others, family, friends and whoever I know or even I don't know.
Age is not a reason why we have to stop dreaming. Dreaming is a color of life. What I wish is, one day my dream come true.
Dreaming is my Dua.
If not on this earth. Maybe another earth...I mean when we pass away. And that is the real life.
This life is not just for life. But this life for hereafter.
How this Alice find their way? Istiqarah and Tawakkul lillahitaa'la. That believe Allah S.W.T is around me, take care of me and the people I love.
"Where should I go?"-Alice. "That depends on where you want to end up."- The Cheshire Cat.
"Only a few find the way, some don't recognize it when they do- some....don't ever want to." The Cheshire Cat.
Bulan Rejab telah berlalu dan kini sedang melalui bulan Syaa'ban. Selepas ini pastinya Ramadhan menjelma.
Sudah ganti puasa Ramadhan yang lepas ke?
Amalan ganti puasa ini popular dikalangan wanita kerana ada tempoh keuzuran dalam tempoh berpuasa pada bulan Ramadan. Inilah antara keistimewaan wanita yang diberikan oleh Allah S.W.T. Puasa wajib yang telah ditinggalkan dalam bulan Ramadan perlu diganti semula. Manakala bagi yang tidak mampu perlulah membayar denda yang telah ditetapkan dalam agama islam.
Namun anak-anak muda hari ini, ramai yang tidak mengambil berat hal-hal agama. Terutamanya hukum Wajib. Wajib solat 5 waktu sehari semalam dan wajib berpuasa di bulan Ramadan. Meninggalkannya dengan segaja menjadi kesalahan yang besar disisi Allah S.W.T.
Bagaimana yang sebelum-sebelum ini pula, amalan sengaja kita meninggalkan perkara wajib? Mampukah kita mengganti semula sejak umur diwajibkan ke atas kita? terus salahkan Syaitan. Sedangkan syaitan diri kita sendiri.
Hari ini mari lah terus bersyukur dengan jadikan amalan wajib sebagai satu tabiat/habit. Apabila seseorang itu cuba memperbaiki amalan wajibnya, maka sempurnalah kehidupannya yang lain.
Bagi penulis sediri, bulan Rejab...Syaaban adalah bulan yang penuh dengan ujian sebelum berlabuhnya tirai Ramadan. Bulan ini, syaitan akan terus menerus menggoda manusia kerana bulan Ramadan syaitan terbelenggu daripada menghasut manusia.
" Marilah terus menerus berdoa, berzikir dan banyakkan membaca Al-Quran bagi menghalang bibit-bibit hitam dalam hati kita dari terus membesar."
Amalan selawat syifa' ini bagus bagi merawat diri kita sendiri dan ahli keluarga tersayang. Jadikan habit...okeyy!! Insyaallah.
I adore him so much, Prof. Dr. Hamka. Banyak Tulisan beliau yang aku baca melalui online. One of his books is Pandangan Hidup Muslim. This book not famous as a Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. This book no printed anymore. 1st print, 1961 at Indonesia. 2nd in 1966 and was print in Malaysia at 1967 only. 49 years ago? wow...its a long time, only RM3.50.
How I find this books? I search online at Perpustakaan Negara Malaysia and print. When I print, I can read and do a research again and again. And this is my super good collection. But now with technology, we can download true the phone and read. No reason anymore. What kinda reason you cannot read when technology just in your hand?
I hate my self when I just watch a tv.
I hate my self when I read stupid status in FB.
I hate my self when I just played a game on my phone.
I hate my self when I do not use the time at the right way.
Reading help you to find the truth of the world and hereafter. Something we don't know. Not just listen what others people talk. Just find by your self. The true you, this world and hereafter.
I HOPE, THIS BOOKS CAN PRINT AGAIN. VERY GOOD TO READ BY OUR CHILDREN AS A MUSLIM.
This is about a real-life related to Al-Quran and As-Sunnah.
Kadang-kadang cukup takut bila orang mulai lupakan aku. Takut orang tak kenal aku lagi. Walaupun bukan seorang yang popular dan glamour. Pasti ada perasaan takut bila merasakan diri hanya sendiri. Betul ke aku sendiri?
Tidak! aku tak pernah sendiri. Dia bersama aku sejak dalam perut ibu lagi ( Maha Memelihara). Dia melihat aku ketika aku lahir ke dunia (Maha Melihat). Dia berikan aku akal saat aku mula belajar melihat, menangis, tersenyum, ketawa, tidur, makan, menerap, merangkak dan akhirnya aku berjalan dan berlari ( Maha Pemberi Nikmat). Kejadian aku sungguh indah ( Maha Pencipta). Betapa aku dilahirkan mengikut peringkat yang telah ditetapkan-Nya ( Maha Pengasih dan Penyayang ).
Perjalanan hidup yang berliku telah mendewasakanku. Setiap kejadian pasti ada rahmat nya dan kebaikan untuk diri hamba nya. Sungguh dia lebih memahami aku. Letakkan aku pada saat yang betul, lahirkan aku pada negeri yang betul dan pasti akan matikan aku pada hari yang terbaik untukku juga.
Saat sendiri begitu mudah untuk aku dekat pada-Nya. Bagaimana saat Allahyarham Dr. Prof HAMKA keseorangan sehingga tertulisnya Tafsir Al-Azhar nya. Aku kagum dengan tulisan nya dan perincian yang mudah untuk memahami Al-Quran Karim. Hasil yang sangat bermakna dari penjara.
Jika aku jauh dari Al-Quran, maknanya aku sudah lupakan Allah. Allah pasti lupakan aku.
Jika aku melakukan maksiat, hari itu juga Allah tarikkan nikmat atas ku. Allah pasti lupakan aku.
Jika aku lupakan kedua ibu bapaku. Saat itu juga Allah akan lupakan ku.
Tapi dia tetap ingat dan kasih kepada hamba-Nya dengan bergemanya laungan AZAN setiap 5 kali sehari semalam ( Bukti Allah Maha Pengasih dan Penyayang). Bagaimana aku boleh lupa dengan panggilan-Nya? Bagaimana sikap aku ketika mendengar panggilanNya?
Allah Maha Besar 2x
Aku bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah 2x
Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah Utusan Allah 2x
Marilah sholat, 2x
Marilah menuju kemenangan, 2x
Sholat itu lebih baik dari pada tidur 2x
Allah Maha Besar, 2x
Tiada Tuhan selain Allah.
Subhanallah! Dia tidak lupakan aku, jika aku tidak lupa pada-Nya. Allahu a’lam..
Bila bercakap soal rumah. Masing-masing ada ruang kesukaan tertentu yang menjadi pilihan hati. Konsep dapur yang menjadi idaman hati aku adalah konsep Bar. Konsepnya nampak simple dan santai. Boleh lepak-lepak sambil menikmati hidangan. Konsep dapur seperti ini terkenal di Amerika Latin, yang menempatkan dapur sebagai teman bersosialisali kaum wanita dan menjamu tetamu. Hanya tetamu yang dikenali serta rapat sahaja dibenarkan memasuki ruang dapur mereka. North Scottsdale, Arizonaantara tempat yang memiliki rumah-rumah mewah dan cantik bagi peminat design dalaman ataupun luaran bangunan.
Di Malaysia, design ini terkenal dikalangan golongan atasan. Namun tidak terbatas asalkan mampu untuk mengupah mengikut design kesukaan. Design sesebuah rumah, ruang dalaman penting dalam
menentukan sikap dan perilaku seseorang.
" The Knowledge of the house is not limited to the builder alone. The user or master of the house will even be a better judge than the builder, just as the pilot will judge better of a rudder than the carpenter, and the quest will judge better of a feast than the cook."
Aristotle
" Any time women come together with a collective intention, it's a powerful thing. Whether it's sitting down making a quilt, in a kitchen preparing a meal, in a club reading the same book, or around the table playing cards, or planning a birthday party, when women come together with a collective intention, magic happens."
" Beautiful kitchen make me crazy, crazy to dancing. A books in a left hand and delicious food in a right hand. With the family smile around." - Miss Ohara
Sesiapa yang menguasai dapur, dialah orang yang mencintai seluruh ahli keluarganya. Menjaga aib keluarganya dengan menjaga tutur bicara, tingkah laku, tulisan, fikiran dan memikirkan akibat keputusan yang ingin dibuat sebelum mengambil apa-apa tindakan.
Ini cerita bila balik ke kampung 10 Muharram,1437H yang lepas. 10 Muharram merupakan hari yang agung dalam sejarah Islam, juga dikenali sebagai Hari ‘Asyura. Dimana Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Musa dan Harun a.s dan Bani Israil yang dikejar Fir’aun dan bala tentaranya di Laut Merah. Awal Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar islam (Subject to change ) dimana aku juga turut berhijrah. Cukup setahun penghijrahan aku ini, Alhamdulillah. Seperti biasa, bila tiba 10 Muharram umat islam digalakkan berpuasa sunat bagi mensyukuri nikmat yang dikurniakan ilahi. Keutamaan juga untuk berpuasa sunat pada 9 Muharram (Puasa Tasu’a) atau pun 11 Muharram supaya tidak menyamai orang-orang yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram. Ini kebiasaan emak, bila berpuasa pada 10 Muharram pasti juadah bubur Asyura disediakan. Kisah sebenar disebalik bubur asyura ini tidak aku ketahui. Sejak kecil hanya melihat emak pasti bawa balik juadah ini dari surau. Lama-kelamaan aktivti ini makin dilupakan dan emak sediakan pula bersama jiran tetangga. Kacau bubur ini secara beramai-ramai. Aku pun cuba mencari kisah disebalik bubur asyura ini. Tiada pula cerita yang sahih. Tetapi ada beberapa kisah yang dapat dikongsi.
Pertama: Cerita Bahtera Nabi Nuh a.s.
Banyak laman web menyebut tentang kisah ini. Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya :
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.
Penilaian:
– Cerita seperti ini perlu kepada kajian. Dari manakah sumbernya dan apakah taraf kedudukan kisah ini. Setakat ini saya tidak menemui sebarang petunjuk tentang kisah ini dalam sumber hadis dan atsar. Sesiapa yang menjumpainya, diharap dapat membantu.
– Jika kisah ini sahih sekalipun, dan kita menerima kaedah ‘Syarak sebelum kita adalah syarak kita juga’, persoalannya adakah makanan yang dibuat oleh Nabi Nuh a.s. adalah satu bentuk jamuan sempena 10 Muharram, atau ia adalah makanan biasa yang berkebetulan pada tarikh 10 Muharram?
– Jika benar kisah ini, dan betul istinbat orang Melayu bahawa disunatkan membuat bubur berdasarkan cerita ini, mengapa tidak ada anjuran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam atau amalan para sahabat tentang perkara ini?
Kedua: Hadis Galakan Memberi Keluasan Kepada Keluarga
Mungkin sandaran lain bagi jamuan bubur Asyura ialah hadis-hadis tentang memberi galakan supaya pada hari Asyura hendaklah menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga.
Hadis yang dimaksudkan ialah:
“Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”.
Mungkin kerana mempercayai kelebihan dalam hadis ini, sesetengah orang Islam mahu memberi keluasan kepada kaum keluarga pada hari 10 Muharram, dengan harapan Tuhan akan mempermudahkan rezekinya sepanjang tahun tersebut. Antara bentuk memberi keluasan ialah mengadakan jamuan makanan.
Cuma kedudukan hadis ini di sisi ulama hadis adalah paslu atau dhaif. Rujuk: Al-Maudhu’aat oleh Ibn Jauzi 2/572, Al-Manar al-Munif oleh Ibn Qayyim 1/111, Al-Fawaid al-Majmu’ah oleh Syaukani 1/98.
Sekali lagi kita terpaksa terima bahawa jika sandaran mengadakan jamuan bubur Asyura ialah hadis ini, sebenarnya ia adalah hadis yang tidak sahih. Jangan terlalu mengharap kepada fadhilat yang belum pasti kesahihannya.
Cuma, membuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan keagamaan, ia bukanlah satu yang salah. Kalau orang Melayu suka berbuka puasa dengan bubur Asyura, buatlah bubur Asyura. Tetapi elakkan kepercayaan yang kurang sahih, seperti mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda.
Wallahu A’lam.
Sumber : http://www.abuanasmadani.com/asal-usul-bubur-asyura/
Tujuan sebenar adalah untuk berkongsi resepi bubur asyura yang disediakan oleh emak. Terfikir juga mungkin lebih menarik jika dapat kongsi sejarahnya. Mungkin aku sendiri dan ramai diluar sana yang kurang jelas dan amalan ini makin kurang diamalkan. Emak warisinya dari keluarga turun temurun. Emak dan aku kelahiran negeri Perak, TokNek sebelah mak aku orang Kelantan. Kalau di Kelantan khabarnya ramuan yang disediakan perlu 10 jenis bahan, baru boleh dipanggil bubur Asyura. Entahlah! mungkin kepercayaan orang dulu-dulu. Sekarang ni emak dah tak ikut sangat kepercayaan tu agaknya. Kalau ada info lain nak share pasal bubur asyura ni bleh kongsi ya...
Jom...tengok resepi.....hehe
Bahan-bahan
4 cawan
Beras (rendam dan kisar halus)
2 cawan
Kacang kuda ( rendam & rebus)
2 cawan
Kacang hijau ( rendam & rebus)
* semua
bahan direndam serentak selama 5/6 jam/ semalaman
2 1/2 biji
santan kelapa
4 ketul Ubi
keledek merah (potong dadu dan rebus)
2 senduk
Gula pasir putih
2 senduk
Gula merah
1 1/2 sudu
kecil Garam
Cara-cara
penyediaan.
1. Masakkan beras yang telah dikisar
bersama santan. ( Pastikan kacau sentiasa supaya tidak berketul, berhati-hati
dengan beras yang telah dikisar kacau selalu supaya tidak beketul sebelum
masak.)
2. Masukkan gula merah & gula
putih. ( lebihkan gula merah jika nak warna lebih gelap)
3. Kacau hingga pekat.
4. Bila pekat masukkan kacang kuda dan
kacau sebati selama 5 minit.
5. Masukkan kacang hijau dan ubi
keledek yang telah direbus.
6. Kacau 20 minit sehingga bahan sebati dan
sehingga nampak masakan berkilat.(lebih kilat ,lebih masak tepung kita)
7. Sediakan bekas secukupnya.
8. Sejukkan sementara sebelum dihidang
9. Boleh juga masukkan dalam frezer
untuk lebih sedap.
Jumaat! penghulu segala hari. Alhamdullilah! Hari ini pasti ramai tak sabar nak tunggu Isi Perbentangan Bajet 2016 petang nanti. Apakah habuan yang dimaksudkan? hehe. Apa-apa pun, apapun yang kita dapat atau tidak, Alhamdulillah! Semua pemberian dari Allah S.W.T. Tak kira susah atau senang, mudahkanlah diri untuk mendekati Allah supaya jiwa menjadi tenang. Jika jiwa tidak tenang, harta setinggi gunung pun tak akan beri apa-apa erti.
Brownies meetball
Ini cerita semalam, bila aku teman seorang sahabat yang sedang buat brownies kek untuk cenderahati majlis harijadi anak saudaranya. Sebenarnya sahabat ni aku gelar sebagai kak min. Dia memang pandai membuat kek dan menerima banyak tempahan. Kek yang dia buat wallah...sedap! Tambah-tambah jika brownies coklat kegemaran aku. Kami sering berkongsi-kongsi ilmu yang ada sesama sendiri.
Semalam semasa membantunya membungkus tempahan dalam bekas yang cantik, tentulah kek brownies tu ada lebihan. Bahagian tepi selalunya akan dipotong supaya brownies kekal kemas untuk jemputan. Sebab terlalu banyak lebihan, kitaorang ambil keputusan untuk reka semua brownies yang lebih menjadi satu hidangan yang lazat.
Cara yang diambil adalah dengan cairkan coklat. Bahagian brownies yang lebih dihancurkan dan dicampurkan semula dengan coklat yang cair supaya dapat dibentuk bulat. Selepas tu kita taburkan badam yang hancur dan rice coklat. Brownies meetball kaya dengan coklat yang menyelerakan. " Wahh!! Ferrero rocher." kata jiran aku selepas aku hadiahkan Brownies meetball ni. Rasanya memang kalah ferrero rocher...haha. Perasan! Meetball....bukan meatball ya! Sebabnya ini resepi baru jumpa bukan daging hehe.
Di bulan Muharram ini, bulan hijrah teringat aku akan satu kisah teladan yang benar-benar hidup iaitu syahidnya seorang “Muhammad Al-Fatih Malaysia”. Al- Fatih maksudnya “Pembuka” iaitu Ahmad Ammar Ahmad Azam pembuka bagi ummat supaya terus berjuang ke jalan Allah S.W.T. Syahidnya Ahmad Ammar adalah pada tanggal 2 November 2013. Penghijrahan Arwah dari Malaysia ke Turki Uthmaniyyah dan syahid dalam bulan Muharram dengan jihad menuntut ilmu ke jalan Allah S.W.T telah diberi keistimewaan dikebumikan berhampiran makam sahabat Nabi Muhammad S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansori r.a. Arwah merupakan rakyat Malaysia yang pertama dikebumikan di tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat Nabi, auliay’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana iaitu Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, Turki.
Entah mengapa aku terasa rindu untuk membaca kisahnya semula, melalui buku yang telah aku beli pada 8 March 2014 “Ahmad Ammar, satu kematian yang hidup (1993-2013)” ditulis oleh Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin.
Pelbagai cerita mengenai kehidupan sebenar serta sejarah Tokoh-tokoh Islam yang menarik dan kisah teladan disebalik jejak yang ditinggalkan oleh As-syahid Ahmad Ammar. Teladan yang hebat yang dapat diungkapkan oleh kehebatan As-syahid yang berusia 20 tahun ini adalah mempunyai kedua ibu bapa yang hebat. “Anak yang hebat lahir dari ibubapa yang hebat.”
Cara didikan kedua ibubapa Ahmad Ammar sangat menarik pehatian aku, malah boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibubapa masakini untuk membimbing anak-anak menjadi anak-anak yang ummatik. Sering aku dengar keluhan ibu bapa masakini yang bimbang dengan kenalan anak-anak kecil yang melompat ke sana-sini dan sering tidak mendengar kata ibubapa. Sering menjadi persoalan mereka kenapa? Dimana silapnya? Bukan hanya berlaku pada anak-anak golongan biasa malah yang bekerjaya seperti pensyarah, peguam dan sebagainya.
Cara bimbingan anak ibubapa As-syahid
1. Keluarga yang mempunyai seluruh kecintaan kepada Allah Ta’ala dan Rasulnya dengan menetapkan visi dan misi yang jelas untuk anak-anak.
2. Bapanya sendiri telah berniat berkhidmat untuk ummat kerana Allah S.W.T. Jati diri itulah yang diterapkan kepada anaknya sejak dalam kandungan dengan niatkan anaknya untuk ummat.
3. As-syahid Ahmad Ammar dibentuk bapanya Haji Ahmad Azam dengan 3 pakej iaitu Pembentukan intelek, Pembentukan rohani/jiwa dan Pembentukan akhlak/sahsiah. Ini kerana baginya kecemerlangan akademik sahaja tidak sempurna jika rohani kontang dan miskin akhlaknya.
4. Beliau mengamalkan formula “ Action speak louder than words.”Iaitu dalam soal solat beliau lebih suka mengajak anaknya solat bersama-sama daripada menyuruhnya solat sendiri. Disinilah kekuatan solat berjemaah. Tanpa solat berjemaahkeluarga berpecah belah, masyarakat tunggang langgang.
5. Menerapkan visi ummatik pada anaknya iaitu mengejar dunia seiring dengan mengejar akhirat. Di mana Tn Haji berkata, jika mahu anak kita menjadi seorang doktor, mesti jadi doktor yang ummatik. Jika mahu anak jadi pensyarah, jadilah pensyarah yang ummatik. Jika mahu anak jadi Akauntan, jadilah Akauntan yang ummatik. Jika mahu jadi jurutera, jadilah jurutera yang ummatik. Melakukan pekerjaan semata-mata keranan Allah bukan hanya kerana upah.
Daripada pengalaman aku selama 10 tahun dalam bidang kewangan, rata-rata umat islam hari ini lebih mementingkan upah daripada bekerja kerana Allah S.W.T. Baik pekerja bawahan mahupun atasan. Organisasi mula rapuh, kakitangan berpecah belah. Cuba mencari kesalahan orang lain. Tidak lagi cuba membangunkan organisasi dan ummah. Betulkah tiada lagi ruang keikhlasan dalam hati selain wang ringgit? Bagaimana pula nasib generasi seterusnya?
6. Mendekatkan anak-anak dengan sejarah islam sebagai ilmu yang perlu dikuasai.
7. Mendaftarkan Ahmad Ammar di Madrasah Jamaah Hayrat di Malaysia bagi mengikuti pengajian Risalah An-Nur dan belajar bahasa turki yang menekankan soal tauhid, akhlak dan khidmat dalam islam.
8. Sentiasa istiqamah.
Cara membentuk generasi Ummatik
1. Meletakkan wawasan Ummatik
2. Memberikan nama sesuai dengan wawasan
3. Mendidik ketinggian adab
4. Menghayati Al-Quran
5. Memelihara solat dan menunaikan Tahajjud.
6. Mengusai ilmu yang diperlukan pada zaman itu.
7. Menguasai bahasa-bahasa asing.
Ketaatan Ahmad Ammar kepada ibubapa yang perlu dicontohi.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”
Hadis riwayat At-Tirmidzi
1. Meletakkan ibubapanya di kedudukan yang paling tertinggi dimana wajib mendahului ibubapanya sebelum orang lain dalam berbuat bakti selepas Allah S.W.T dan Rasulnya.
2. Sentiasa merendah diri dihadapan ayahnya ketika bermain sepak takraw, sedangkan beliau “Killer” yang hebat.
3. Tidak pernah meninggikan suara dan membantah segala suruhan ibubapanya.
4. Antara kata-katanya kepada ibu, ketika dia dituduh pendiam. “Mak, Ammar bukan pendiam, tetapi Ammar bercakap bila perlu sahaja.” membuatkan ibunya terdiam.
5. Kata-kata hikmah Arwah yang terkesan pada ayahnya ketika Haji Ahmad Azam ingin berehat seketika dari dakwahnya, “ ....Abah, dunia ini adalah tempat untuk berjuang dan tempat untuk kita penat, kita rehatlah apabila mati nanti disyurga-Nya nanti...”
6. Hanya memilih pakaian yang tidak mahal dan bercorak biasa.
Benar, ibubapa adalah aset/lubuk kekayaan di dunia dan akhirat. Bergembiralah bagi orang-orang yang berbakti kepada kedua ibubapa ketika hidup mereka dan mati mereka dengan melakukan amalan yang diredhai Allah S.A.W. Berdoalah kepada Allah melalui hasil bakti kamu kepada mereka. Sangat rugi bagi mereka yang tidak berbakti pada kedua ibubapa mereka.
7 Kelebihan orang mati syahid
1. Dosanya diampunkan sebaik sahaja gugur titisan darah pertama.
2. Dia dapat melihat tempatnya di syurga.
3. Diselamatkan dari azab kubur.
4. Selamat dari ketakutan yang besar-yaumul hisab di akhirat nanti.
5. Dipakaikan dengan mahkota kebesaran daripada permata yang lebih baik dari dunia dan isinya.
6. Dia dinikahkan dengan 72 bidadari.
7. Diberi izin untuk mensyafaati 70 orang ahli keluarganya.
Hadith Riwayat At-Tirmizi - Hasan Sahih.
Syahid Ahmad Ammar bukan syahid di medan perang dan tidak berlaku pertumpahan darah malah tidak perlu bom kan diri. Syahidnya kerana mengkaji sejarah islam, menuntut ilmu islam Risalah An-Nur dan ingin disampaikan kepada ummat manusia. Kerana hijrahnya untuk menuntut ilmu dan telah mendapat pengiktirafan sebagai pengajar, beliau mati syahid ketika dalam perjalanan untuk ke kelas pertamanya menyampaikan isi kandungan Risalah An-Nur tersebut. Ketika dalam perjalanan ke kelas, sebuah ambulan telah melanggarnya. Bayangkan ambulan yang laju, tapi tiadapun sedikit kecederaan dan calar diwajahnya melainkan pada sikunya sedikit calar. Allah sentiasa memberi perlindungan kepada hambanya yang ingin mendalami ilmunya. Perlindungan dari Allah lah yang terbaik, Dia Maha Melindungi.
Al-Fatihah buat As-syahid Ahmad Ammar Ahmad Azam.
"Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) Kehidupan dunia. hendaklah mereka berperang pada jalan Allah ( untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati ( gugur syahid ) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar."
( Surah An-Nisa, ayat 74)
#Akuinginsyahid #AkuinginjejakkakidiTurkiIstanbul
Meniliti ucapan ibu As-syahid Ahmad Ammar ini, perkataan yang sering beliau ucapkan adalah YAKIN...YAKIN...YAKIN. Ibu ini yakin dengan Allah S.W.T membuatkannya kuat. Kekuatan itu dianugerahkan oleh Allah S.W.T kerana beliau yakin. Maka yakinlah wahai ibu-ibu dalam mendidik anak-anak. Tidak merungut serta tidak mengungkap kata-kata yang kasar ketika memarahi tapi mendidik. Mungkin kita solat, tapi masalahnya tiada keyakinan terhadap Allah da sering susah hati. Masyaallah, senyumlah ibu-ibu dan yakin serta redha dengan Allah dalam rumahtanggamu disamping meletakkan visi dan misi untuk anak-anak melihat pada bakat mereka sejak kecil. Bimbinglah mereka dengan memberi sokongan......Insyaallah, dimuddahkan.