Monday, 21 September 2015

Shopping! Pasu Murah

Assalamualaikum,

Meroyan kejap bila jumpa pasu bunga murah. Tiba-tiba ada pulak semangat nak berkebun. Bila jumpa pasu yang cantik-cantik dan murah lagi teruja dibuatnya. Mungkin ada sedikit yang reject, tapi still cantik menyebabkan pasu-pasu ni dijual dengan harga yang murah. Aku belanja RM 15 ringgit sahaja minggu ini untuk dapatkan pasu yang cantik ni.


3 bekas pasu ni aku beli dengan harga RM9.00. Murahkan? Jadi satu harganya dalam RM3.00 je. Mak saudara aku cakap, kalau nak beli pasu...beli yang besar terus. Boleh letak tanah banyak-banyak. Mak aiii....memang semangat nak berkebun ni! Tanah baja plak aku dapat dengan harga RM1.00 satu kampit. Apa lagi beli 20 kampit dengan hanya RM20.00 dibelanjakan untuk tanah. Nak buat sesuatu tak perlulah membazir, zaman sekarang semua nak cari harga yang murah...tapi berkualiti. Kedai RM2 ada, tapi plastik jelah..hehe. Alhamdulillah syukur, rezki pemberian Allah. Tiada daya kekuatanku hanya dengan pertolonganNYA.


Ini pula harganya 3 biji pasu RM5.00. Emmm...mana nak dapat? siap untie tu bagi extra lagi satu sebab lebih duit seringgit yang kat atas tadi. Aku tak tahulah brapa harga pasu tu kalau satu kan? korang kiralah sendiri ya..hehe. Ada kelas matematik lak kat sini. Sebab nak cepat tak sempat nak kira.

Nanti akan ku update plak pokok apa yang akan ku tanam! Insyaallah...

UPDATE : Klik sini untuk Lokasi......Lokasi kedai pasu murah

7 comments:

  1. Hai... Boleh tanya... Mana awak beli pasu tu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Niesha. Tima kasih sudi henti kat sini. Pasu ni saya daptkan di jalan Kuala Kangsar, dari Ipoh :).

      Delete
  2. Replies
    1. Nak tlg pos x pandai. Takut smpi2 x nmpk rupa pasu hehe

      Delete
  3. nama kedai ke landmarknya?

    ReplyDelete
  4. dari Ipoh nak ke tasek Nazriah...Belakang shell kilang pasunya. Nanti sya update gambar lokasi ya.:)

    ReplyDelete
  5. Hye..boleh dapat no tel kedai dan nama kedai.. t.kasih

    ReplyDelete