Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Saturday, 25 April 2015

Aktiviti : Santai Petang


Assalamualaikum.

Done. Aktiviti hari ni yang agak memenatkan. Tapi berbaloi dapat keluarkan peluh degil yang hampir lama dimanja dan dibela. Nak kata pandai main, tak lah pandai. Sekadar nak keluarkan peluh gedil. Semput baq hang...haha. Hangpa paham ka?

Setiap pagi aku tengok ramai je chiness, perempuan atau lelaki yang rajin bersukan. Subuh-subuh lagi pon dah keluar. Jalan kaki keliling taman pon diaorang sanggup. Contoh yang boleh diikut. Aku plak tunggu petang baru stat nak main. Pagi-pagi sanggup sambung tido. Jangan ikut contoh diri aku ni k...kuikuikui.

Banyak cara nak jaga kesihatan ni sebenarnya. Sekarang ni ramai yang berdiet dengan tidak mengambil makanan bergula. Karbohidrat lah tu kan? Dan ambil protein banyak. Macam diet elkin je...hehe. Apa-apa je lah....asalkan ada usaha, good luck. Masing-masing ada pendirian dan cara memasing.

Apa yang aku tahu pasal diet elkin ni?

Kurangkan pengambilan gula dalam makanan. Contohnya, nasi, makanan beroti, makanan berkanji/ guna tepung...buah-buahan juga ada yang lebih gulanya sebenarnya, pilih lah ye.. dan banyak lagi lah yang manis-manis tu. Yang pasti banyakkan minum air kosong. Supaya dapat keluarkan toksin dalam badan. Jangan lupa ambil protein seperti ikan, daging, sayur hijau...etc. Dan jangan sampai tak ambil gula langsung. Budan juga perlukan gula..sebenarnya dengan kadar sedikit.

Ada yang cakap, satu hari makan satu menu je. Maknanya sehari sekali je makan. Sebab orang kita ni mati bukan sebab tak makan. Tapi terlebih makan. Amboi sedapnya mulut dia....tapi betul gak kan? Bleh jimat lagi...kuikui.

Aku terbaca pengalaman seorang jutawan. Dah lupa plak nama dia. Dia makan sekali sehari dengan satu menu nak kumpulkan duit nak buat perniagaan. Yang lebihnya disimpan. Nah...sekarang jutawan pon dia. Makan je apa yang ada depan mata, kalau xder tu tak yah nak cari ye. Boleh ke? In sya allah, apa pon boleh kalau amalkan. Lambat laun jadi kebiasaan. Apa janji Allah S.W.T pada umat Nabi Muhammad S.A.W? Tak kan biarkan umatnya berlapar melebihi 3 hari ketika Nabi terpaksa mengikat perutnya dengan batu ketika lapar. Dan baginda meminta pertolongan Allah untuk umatnya, bukan untuk dirinya ketika itu. Yakinlah...yakinlah...yakinlah, aku umat Nabi Muhammad S.A.W dan aku yakin dengan Allah S.W.T. ( Nasihat untuk diri sendiri ) ..

Susah sangat nak diet. Aku puasa je lah...haha. Insyaallah.

Amalkan juga senaman ringan sebelum dan selepas bangun tido.

Produk diet?...hati-hati takut plak terkesan kat tempat lain dan dapat penyakit lain. Yang penting kena rajin sebenarnya. Aku? rajin lah sangat!!!!!!!!haha.