Kaum Rohingya beragama islam di Myanmar dibiarkan hidup tanpa negara dan dijadikan hamba ditempat sendiri. Bertahun-tahun lamanya mereka menderita. Banyak pihak masih tidak faham dengan pendirian negara Myanmar itu sendiri. Sedangkan syarat untuk menjadikan negara tersebut merdeka ialah memberi layanan yang sama rata kepada semua penduduk, tidak kira bangsa dan agama. Bagaimana kaum Rohingya yang beragama islam ini dibiarkan tanpa menjadi warganegara negara berkenaan? Hak kemanusiaan dan syarat kemerdekaan sudah lama dilanggar dan negara-negara asian tidak mampu berbuat apa-apa.
Memasuki negara lain
Kaum ini dibiarkan dibuai ombak, tak kira anak kecil, wanita mahupun dewasa. Hanya ombak yang menjadi saksinya. Berhari-hari dilautan dengan panas teriknya, menahan lapar dan dahaga. Mereka bukan lagi manusia biasa yang tahan dengan semua itu. Merekalah manusia luar biasa.
Bila tiba di perairan negara lain. Pastinya mereka tiada dokumen pengenalan dan pastinya digelar sebagai pendatang asing. Yang bernasib baik diseludup masuk dan dijadikan sebagai buruh binaan. Dapat juga rezeki untuk mereka berteduh dan makan minum. Walaupun yang lebih untungnya orang tengah yang mengambil kesempatan. Yang tidak bernasib baik akan ditangkap oleh pihak berkuasa dan dihantar semula ke sempadan. Disempadan ke mana mereka akan tuju? sedangkan tiada rumah. Nasib berulang menjadi pelarian. Sehingga titik nyawa terakhir. Selagi nasib mereka tidak terbela.
Sedih dengan kubur yang ditemui oleh wang kelian hari ini. Adakah mereka? Jika islam cara matinya, syurgalah mereka.
Kenapa negara lain menolaknya
Di Malaysia sendiri, terdapat Ngo-Ngo yang telah menyediakan tempat berteduh untuk mereka. Sejak bermulanya pelarian ini tiba ke Malaysia, berjuta-juta telah diperuntukkan untuk membantu mereka. Namun tiada akhirnya. Tiada perlembagaan yang menulis tentang pendatang mereka boleh dijadikan warganegara secara automatik semasa berada di negara berkenaan. Nasib mereka masih sama. Tiada identiti diri mereka sukar untuk mendapat pelajaran dan pekerjaan.
Tersebar pula khabarnya golongan ini akan diambil menjadi warganegara Mesir. Sejauh mana kebenarannya? Ramai follower penyebar berkenaan mengucapkan syukur di instagram. Tapi tiada berita yang mengesahkannya.
Just one question from me! Myanmar!! why you doing this to all your people? Apa yang telah mereka lakukan? Ada sejarah kaum Rohingya menjadi pemimpin di Myanmar. Bagaimana boleh menyatakan mereka tidak boleh menjadi warganegara kamu?
Media juga disekat untuk melihat keadaan sebenar kaum itu di Myanmar. Kononnya di dera dan dibunuh beramai-ramai. Negara lain juga kuatir jika kehidupan mereka yang lampau tidak bersih dan membawa penyakit kepada rakyat tempatan. Juga faktor keselamatan negara dan sebagainya. Banyak hati perlu dijaga sebelum mengambil apa-apa keputusan. Bersalah juga jika rakyat sendiri masih ada yang kebuluran.
Apakah nasib Rohingya? Masih menjadi tanda tanya. Bagaimanapun mereka tetap manusia. Memerlukan tempat dibumi ini untuk berteduh. Harap semua pihak terlibat dapat mencari jalan penyelesaiannnya segera. Duduklah semeja, mereka juga manusia. Perkara yang mungkin boleh dilakukan adalah negara-negara lain ialah bersatu hati menyekat ekonomi terhadap Myanmar sehingga mereka menerima semula kaum Rohingya berkenaan. Dan bersatu usulkan supaya kemerdekaan mereka ditarik semula. Kerjasama semua pemimpin negara sahaja yang mampu menyelesaikan perkara tersebut.
Timbul keinsafan
Behenti merungut malah bersyukur atas apa yang dimiliki hari ini. Belum tentu mereka dapat miliki apa yang kita ada. Jika fikirkan kita susah, fikirlah ada lagi yang lebih susah.
Artikel penyelidikan kaum Rohingya
Monday, 25 May 2015
Saturday, 16 May 2015
Taman Rekreasi Kuala Woh vs Lata Kijang.
Assalamualaikum.
Berkelah di Taman Rekreasi Kuala Woh, mandi di Lata Kijang.
Itulah pengalaman menariknya. Apa hal lah tu kan? hehe. Nothing special, just to sharing. Mungkin ada pengajaran disini. Peristiwa ni berlaku sempena cuti WESAK yang lalu. Cuti means untuk merehatkan diri dan minda. Jadi kami sekeluarga rancang ingin berkelah di air terjun. Cuaca panas mandi air terjun memang best. Bermulalah perjalanan dari Slim River ke Tapah. Rancangan pertama untuk melihat Taman Rekreasi Kuala Woh yang terletak di jalan menuju ke Cameron Highland melalui jalan Tapah. Kalau terus memang sampai ke Cameron Higland lah.
Apa yang istimewanya Taman Rekreasi Kuala Woh ni?
![]() |
| Taman Rekreasi Kuala Woh |
Ini keadaaanya apabila sampai dan gambar di ambil atas titi gantung. Airnya agak cetek dan bahagian bawah ada bau yang tidak menyenangkan. Tak tahu macam mana diaorang bleh mandi kat situ. Kumpulan kami berjalan kaki hingga ke atas untuk mencari pot air dalam untuk mandi. Jalan-jalan jumpa pot yang baik. Disebabkan semua perut dah berbunyi, semua ambil keputusan untuk makan dulu melalui bekal yang dibawa.
Aktiviti paling sempoi dan best....sampai berebut-rebut makan hehe. Sedang makan, adalah satu kumpulan lain menghampiri dan terjun ke port kami berkenan untuk mandi tadi.
"Eh! ada ayam mati!" satu suara menjerit.
"Ha? ayam mati dalam air tu?" salah seorang ahli kumpulan bersuara. Gllup...masing -masing berpandangan.
"Ada bangkai ayam ni bleh ka mandi? Nampak sangat kotornya. Lepas makan gerak." kata seorang yang lain.
Selesai makan kami bungkus semua barang dan beredar. Niat untuk mandi tidak diteruskan. Malah air cetek sangat berbahaya dan mungkin terdedah pada kencing tikus. Walau pon ada port yang dalam sikit. Tempat air terjun yang paling hampir mungkin Lata Iskandar, kena panjat lagi bukit. Tapi tak sanggup..hehe. Kami ambil keputusan untuk terus ke Lata Kijang melalui jalan menuju ke Kampar Perak.
![]() |
| Lata Kijang |
Cuti wesak....tak ada orang?? Yippieee....mungkin warga kota mula bertolak balik ke kota untuk bertugas esok. Maklumlah cuti panjang. Selalu tengok ja Lata Kijang ni melalui highway selatan ke utara. Yang putih kat atas tu. Inilah rupanya bila sampai. Airnya bersih dan menarik dan tiada perasaan was-was lagi untuk mandi.
![]() |
| Lata Kijang |
Wahhh...best sangat air kat sini. Berbeza dari Taman rekreasi kuala woh tadi kan? Oh Tuhan, damainya ciptaanMu. Alhamdulillah atas nikmat pemberianMu. Hampir malam....sampai tak ingat nak balik..hehe. Tempat persalinannya telah diperbaharui dan luas. Sangat berpuas hati. Lepas mandi jom pekena aiskrim roti :D
![]() |
| Aiskrim Roti |
1. Pastikan jangan mandi jika keadaan kotor dan air cetek.
2. Pastikan jangan mandi jika was-was.
3. Cari air terjun yang dalam dan air banyak.
4. Perhatikan aliran airnya laju atau perlahan. Kalau sangat perlahan harap jangan.
5. Jangan mandi ketika hujan. Air akan makin laju.
6. Dah buat keputusan....doa dan tawakkal.
( Tips ini supaya kita tidak terdedah kepada kencing tikus yang boleh meragut nyawa. Tak salah jika berwaspada kan..:D )
Monday, 11 May 2015
Book Review : The Qur'an ( M.A.S Abdel Haleem )
Assalamualaikum.
Harap semua sihat-sihat lah ye.....
Me kalau nak sesuatu tu, nak sangat-sangat. Kalau dah suka tu suka sangat-sangat. Kalau dah benci tu benci sangat-sangat. Eh! tak lah macam tu. Benci xda, sayang semua..hehe. Kerana sayang aku tinggal-tinggalkan. Moga membawa kebaikan bersama. Suka sangat buat orang marah dengan aku. Itulah aku, moga satu hari nanti akan dikenang-kenang gitu... haha. Poyo tak? Poyo punya ayat.
Satu hari tu, aku nak sangat buku ni. Cari-cari kat online bookstore seluruh malaysia ni. Tapi hanya satu je bookstore yang ada, Kinokuniya bookstore di KLCC. Masih ada baucar buku berbaki RM50 yang belum digunakan. Memang dah niat dari awal sebelum dapat baucar buku lagi untuk dapatkan Al-Quran translate in BI bila dapat baucar tu nanti. Bermulalah perjalaan ke KL, bertemankan dua sahabat yang sangat baik. Pertama kali jejak kaki ke Kinokuniya ni! walaupun dah banyak kali jejak kaki di KLCC. Hala tuju ke tempat letaknya rak buku tersebut dengan betul, seolah-olah dah pakar kat situ...kuikuikui. Lastly, cari pintu keluar sesat..hehe.
Inilah rupa bukunya.....tiada tulisan arab didalamnya. Hanya terjemahan dalam bahasa english. Tempah online pon boleh. 5 hari baru sampai, itupon kalau ada stok lah kan. Laku sangat buku ni walaupun keluarannya tahun 2008. Alhamdullilah, mungkin kesedaran untuk memahami maksud Al-Quran makin mendalam.
![]() |
| The Qur'an |
The Qur'an (Oxford World's Classics)
- RM59.80 Online Price
- RM53.82 KPC Price
Item Type
|
English Books (Paperback)
|
|---|---|
Publication Date
|
2008/06
|
Publisher
|
Oxford Univ Pr (GB)
|
ISBN
|
9780199535958
|
Size/Pages
|
463p
|
Jom santai sambil tengok TV! : D, kes apa ni? sebuk nak snap-snap, tak tau dah apa jadi tuu....??kuikui.
Friday, 1 May 2015
RESEPI MUDAH : Bagedil 1 Mei
Assalamualaikum.
Hai, happy labour day everyone. Masa cuti macam ni banyak habiskan masa di rumah je. Inilah masanya untuk bertugas sebagai housewife plak. Housewife? Kalau tak kawin lagi nak panggil apa ye? Ops...apa-apa je lah. So, perempuan ni tak ada perkataan cuti dalam hidup diaorang. Kerja rumah pon keja jugak kan. Awas! perempuan kalau penat ni suka membebel. Habislah pahala dia hari tu. Perempuan ni senang dapat pahala, senang juga buang pahala. Mulut oh mulut! :D
eH, lupa plak...hari ni nak kongsi resepi mudah bagedil. Housemate yang rajin, sedang buat bagedil..hehe. Resepi ni tiada ukuran, sebab kami main campak-campak je. Sedap tau, cer cuba. Senang je rupanya. TQ housemate yang comel-comel kongsi resepi ni... sayang korang.
Kalau yang sedang berdiet tu. Kurangkan minyak ye...boleh rebus daging tu dulu atau guna je oliveoil untuk kesihatan.
Hai, happy labour day everyone. Masa cuti macam ni banyak habiskan masa di rumah je. Inilah masanya untuk bertugas sebagai housewife plak. Housewife? Kalau tak kawin lagi nak panggil apa ye? Ops...apa-apa je lah. So, perempuan ni tak ada perkataan cuti dalam hidup diaorang. Kerja rumah pon keja jugak kan. Awas! perempuan kalau penat ni suka membebel. Habislah pahala dia hari tu. Perempuan ni senang dapat pahala, senang juga buang pahala. Mulut oh mulut! :D
eH, lupa plak...hari ni nak kongsi resepi mudah bagedil. Housemate yang rajin, sedang buat bagedil..hehe. Resepi ni tiada ukuran, sebab kami main campak-campak je. Sedap tau, cer cuba. Senang je rupanya. TQ housemate yang comel-comel kongsi resepi ni... sayang korang.
Kalau yang sedang berdiet tu. Kurangkan minyak ye...boleh rebus daging tu dulu atau guna je oliveoil untuk kesihatan.
![]() |
| Resepi bagedil mudah |
Wednesday, 29 April 2015
ISU SEMASA : GST (Perangi peniaga kedai runcit)
![]() |
| Negara yang mengamalkan GST |
Assalamualaikum.
Setiap kali wujudkan sistem baru, pasti ada masalah. Dari situ, kelemahan akan dikaji dan dipantau bagi membaiki sistem. Sesuatu sistem yang diwujudkan oleh manusia, mampu diubah oleh manusia juga. Akal manusia itu luas. Cara pemikiran sesama manusia juga tidak sama.
Sistem Good and Services Tax (GST) adalah satu sistem yang telah lama diwujudkan, malah diamalkan oleh negara-negara membangun sejak 1980an. Malah hasil 160 buah negara yang mengamalkan GST iaitu negara membangun dan sedang membangun dapat dilihat dengan jelas ketika kita berkunjung ke negara berkenaan, kejayaannya dari segi ekonomi, sosial dan lain-lain. Bermaksud sistem cukai GST bukanlah satu sistem yang baru dan sengaja diwujudkan. Hasil daripada GST akan digunakan untuk kemudahan rakyat semula seperti membaiki sistem kemudahan awam yang sediaada seperti pendidikan, kesihatan, kenderaan awam, jalan raya, keselamatan negara, tanggungjawab sosial, menjana ekonomi dan lain-lain.
Apakah isu sekarang?
1. Peniaga yang mengambil kesempatan.
2. Pengguna sambil lewa.
Pengguna perlu berwaspada dengan peniaga. Inilah saatnya kuasa dan hak pengguna digunakan sepenuhnya. Pengguna yang prihatin ketika membeli barang keperluan rumah akan membantu kerajaan mengatasi masalah peniaga yang mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan dari pengguna. Pengguna perlu tahu, tidak semua kedai-kedai runcit berdaftar dengan GST. Kedai runcit yang tidak menunjukkan resit perlulah dilaporkan segera kepada badan yang berkuasa iaitu KPDNKK.
Resit sangat penting kerana didalam resit pengguna akan mengetahui samaada kedai berkenaan berdaftar dengan GST atau tidak dengan melihat kod pendaftaran GST pada resit. Cuba imbas kembali, pasti ada peniaga runcit yang tidak memberi resit. Helah peniaga sangat licik. Penggunalah yang perlu membasteras kelicikan peniaga-peniaga berkenaan.
PERANGI PENIAGA KEDAI RUNCIT
Pengguna perlu bijak, kerana pengilang, pemborong dan peruncit boleh menuntut kembali kadar GST mereka dari kerajaan. Jangan tertipu dan jangan ambil mudah. Fahami dan jadi pengguna yang bijak.
Bagaimana cara buat aduan GST?
![]() |
| Aduan GST at KPDNKK |
: SEDIKIT INFO :
Howard Government and commenced on 1 July 2000, Australia
Singapore's GST was introduced on 1 April 1994, at 3%. It was increased to 4% on 1 January 2003, and to 5% on 1 January 2004. It was increased to its current rate of 7% on 1 July 2007.
Fourth Labour Government of New Zealand on 1 October 1986 at a rate of 10% ,on 1 July 1989 the rate increased to 12.5% and on 1 October 2010 it increased again to 15%.
TAKE NOTE : Jika berkunjung ke mana-mana negara yang mempunyai GST seperti di atas jangan lupa klim semula GST anda di kaunter Imigresen negara berkenaan. Simpan resit shopping tu ye...:D. Dekat negara sendiri pengguna tak boleh klim, hanya pengilang-pemborong-peruncit sahaja yang boleh klim.
Sekian.
Tuesday, 28 April 2015
LIFE STYLE : Hangout Wif Mum and sis
Ini cerita weekend, 26/4/2015. Nak sampai ke nak balik ni? hehe.... Alhamdulillah selesai hantar tugasan akhir ke USM, bagi sesi ni. Itu tujuan sebenarnya. Usaha telah dilakukan untuk melakukan tugasan terbaik. Lepas ni doa dan tawakkal, moga result tidak mengecewakan dan mudah-mudahan lecturer hati sejuk masa menyemak :)
Wow...boleh tahan dressing diorang kan. Semuanya non muslim, maybe. Tengok dari rupanya. Tapi tak tahu plak sapa pemenang. Tak kuasa nak tunggu sampai habis. Yang bestnya dekat event ni satu je. Jurinya.....jeng...jeng...jeng, aku tak sangka plak yang berkain pelekat dan berbaju melayu tu salah seorang jurinya. Dua orang lain juri tu dressing bukan main. Last-last pakcik tu ....hehe. Amik kau....janji sempoi kan. Mungkin iu jelah caranya nak cari rezeki. Kerana tugas mungkin.
Aku rasa pakcik tu paling Vogue. Perut dah berbunyi sebab lapar. Disebabkan dah lama mengidam Soul Garden, kaki pon laju mencari soul garden di queensbay tu. Selalu makan di Gurney je. Tak kan nak menapak ke Gurney plak...buang masa, jauh kemain. Cari dalam web, soul garden ada di Queensbaymall satu. Yippeee....hepy sebab bawa mak sekali makan soul garden. Maklumlah, aku orang kampung. Mak aku pon orang kampung. Apa yang aku makan, nak juga dia makan. Terutamanya kalau makanan tu sedap. Mak tak pernah masuk tempat cam tu...banyak juga kena soal pada mulanya. Halal ke? itu yang pertama. Takut pon ada, takut tak masuk dengan perut mak. Buatnya meragam satgi...jenuh. Last-last aku suruh mak makan nasi dulu, takut tak selesa makan merapu. Nampak pelik-pelik bukan dia suka...hehe. Makin pelik bila kami ambik makanan makin banyak...suka hati. Macam nak dudk sehari suntuk, tak nak keluar-keluar dah. Memang lapar, sebab sepanjang perjalanan tak makan apa. Tak ada pelanggan berbangsa lain , hanya melayu dalam tu.
Satu lagi impian tercapai, bawa mak makan di sini. Alhamdulillah, asyik aku je makan sedap-sedap. Terfikir juga mak aku makan ke idak. Dari situ pasang niat. Dan semuanya berlaku tanpa dirancang, Alhamdulillah. Banyak hati perlu dijaga. Moga Allah jaga hati aku dari berprasangka.
Saturday, 25 April 2015
Aktiviti : Santai Petang
Assalamualaikum.
Done. Aktiviti hari ni yang agak memenatkan. Tapi berbaloi dapat keluarkan peluh degil yang hampir lama dimanja dan dibela. Nak kata pandai main, tak lah pandai. Sekadar nak keluarkan peluh gedil. Semput baq hang...haha. Hangpa paham ka?
Setiap pagi aku tengok ramai je chiness, perempuan atau lelaki yang rajin bersukan. Subuh-subuh lagi pon dah keluar. Jalan kaki keliling taman pon diaorang sanggup. Contoh yang boleh diikut. Aku plak tunggu petang baru stat nak main. Pagi-pagi sanggup sambung tido. Jangan ikut contoh diri aku ni k...kuikuikui.
Banyak cara nak jaga kesihatan ni sebenarnya. Sekarang ni ramai yang berdiet dengan tidak mengambil makanan bergula. Karbohidrat lah tu kan? Dan ambil protein banyak. Macam diet elkin je...hehe. Apa-apa je lah....asalkan ada usaha, good luck. Masing-masing ada pendirian dan cara memasing.
Apa yang aku tahu pasal diet elkin ni?
Kurangkan pengambilan gula dalam makanan. Contohnya, nasi, makanan beroti, makanan berkanji/ guna tepung...buah-buahan juga ada yang lebih gulanya sebenarnya, pilih lah ye.. dan banyak lagi lah yang manis-manis tu. Yang pasti banyakkan minum air kosong. Supaya dapat keluarkan toksin dalam badan. Jangan lupa ambil protein seperti ikan, daging, sayur hijau...etc. Dan jangan sampai tak ambil gula langsung. Budan juga perlukan gula..sebenarnya dengan kadar sedikit.
Ada yang cakap, satu hari makan satu menu je. Maknanya sehari sekali je makan. Sebab orang kita ni mati bukan sebab tak makan. Tapi terlebih makan. Amboi sedapnya mulut dia....tapi betul gak kan? Bleh jimat lagi...kuikui.
Aku terbaca pengalaman seorang jutawan. Dah lupa plak nama dia. Dia makan sekali sehari dengan satu menu nak kumpulkan duit nak buat perniagaan. Yang lebihnya disimpan. Nah...sekarang jutawan pon dia. Makan je apa yang ada depan mata, kalau xder tu tak yah nak cari ye. Boleh ke? In sya allah, apa pon boleh kalau amalkan. Lambat laun jadi kebiasaan. Apa janji Allah S.W.T pada umat Nabi Muhammad S.A.W? Tak kan biarkan umatnya berlapar melebihi 3 hari ketika Nabi terpaksa mengikat perutnya dengan batu ketika lapar. Dan baginda meminta pertolongan Allah untuk umatnya, bukan untuk dirinya ketika itu. Yakinlah...yakinlah...yakinlah, aku umat Nabi Muhammad S.A.W dan aku yakin dengan Allah S.W.T. ( Nasihat untuk diri sendiri ) ..
Susah sangat nak diet. Aku puasa je lah...haha. Insyaallah.
Amalkan juga senaman ringan sebelum dan selepas bangun tido.
Produk diet?...hati-hati takut plak terkesan kat tempat lain dan dapat penyakit lain. Yang penting kena rajin sebenarnya. Aku? rajin lah sangat!!!!!!!!haha.
Subscribe to:
Comments (Atom)





















