Sunday 24 April 2016
Book review : Catatan Mat Luthfi
Assalamualaikum,
Malam tadi habis dah khatam buku catatan Mat Luthfi. Satu hari dah habis? Terkezut haku.
Mak aii...bleh tahan catatan dia sampai aku tak faham. Walaupun aku orang utara, utara murtad...haha. Tapi loghat utaqa aku masih ada walaupun tak sepekat Mat hehehe..
Niat awal nak study bahasa english, tapi membe umah offer..
"Nah baca buku ni."
"Buku apa ni? Mat Luthfi?????? best ke?
"Baca dulu, don't judge by the cover..haha" Dia ketawakan aku.
"Okey..fine. Thanks...pinjam naa..."
Bosan study english yang memang aku tak faham. last2 aku capai buku Mat. Rupa2nya dalam tu pon ada speaking english. Not bad. Boleh la faham daripada tak faham langsung apa yg dia tulis..blurr punya pasai. Masa baca tu nak tergelak pon ada....memang gelak sorang2 jawabnya. What a funny guy? Stress study kot.
Student ni kalau stress banyak yang suka merepek dan mulalah lepaskan dengan menulis...macam aku jugak. Kalau tak menulis aku akan masak lauk yang aku teringin nak makan sampai tak lalu nak makan...haha.
Aku ni ketinggalan. Buku kedua dia dah keluaq, aku baru baca buku pertama. Takpalah at lease aku tau juga la manusia Mat Luthfi ni wujud..hehe. Ramai pengikut di twitter..nanti lah aku fikir nak follow ke tak? haha...poyo la hang ni.
Sunday 6 March 2016
Shopping : Lokasi kilang pasu murah
Assalamualaikum.
Tak sangka Shopping Pasu Murah menjadi pilihan pengunjung ke blog ini. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi singgah. Kesudian anda singgah di sini saya belanja gambar lokasi kilang pasu murah tu yea.
Hepy? mestilah hepi lah tu kan? hehe
Anda juga boleh buat carian lokasi di google maps dengan menaip Jalan Milee Ipoh perak. Jalan ini popular di kalangan orang Ipoh dengan jalan ke Tasek. Terdapat juga banyak kedai-kedai hantaran perkahwinan disini. Moga industri ini makin berkembang dan dapat membantu golongan yang memerlukan.
Didepan tu lah rupa kilangnya. Anda akan bertemu dengan seorang untie berbangsa india yang ramah. Ya Allah mudah dengan teknologi sekarang ni. Tak perlu ke sana untuk ambil gambar....hanya carian internet. Silap-silap nanti gambar anda sedang shopping ada kat sini...hehe
Selamat menyoping korang..:)
Tak sangka Shopping Pasu Murah menjadi pilihan pengunjung ke blog ini. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi singgah. Kesudian anda singgah di sini saya belanja gambar lokasi kilang pasu murah tu yea.
Hepy? mestilah hepi lah tu kan? hehe
Anda juga boleh buat carian lokasi di google maps dengan menaip Jalan Milee Ipoh perak. Jalan ini popular di kalangan orang Ipoh dengan jalan ke Tasek. Terdapat juga banyak kedai-kedai hantaran perkahwinan disini. Moga industri ini makin berkembang dan dapat membantu golongan yang memerlukan.
Dari Ipoh, jalan menuju ke Kuala Kangsar masuk susur keluar ke kiri sebelum shell. Anda mesti nampak kereta merah dan biru di kiri tu...masuk lorong tu ye. Ini aku guna maps google je untuk tatapan korang...hehe. Terus sahaja anda akan dapat melihat kilang yang agak usang. Disitulah lokasi pasu-pasu disediakan.
Didepan tu lah rupa kilangnya. Anda akan bertemu dengan seorang untie berbangsa india yang ramah. Ya Allah mudah dengan teknologi sekarang ni. Tak perlu ke sana untuk ambil gambar....hanya carian internet. Silap-silap nanti gambar anda sedang shopping ada kat sini...hehe
Selamat menyoping korang..:)
Tuesday 26 January 2016
Yogurt berrylo tabur!
Assalamualaikum.
Dah nak masuk Februari laaa...! sekejap je kan! Subhanallah!
Tiba - tiba mengidam lak nak makan yogurt. Yogurt bestnya baik untuk kesihatan. Terutamanya kesihatan usus. Bagi yang sukar untuk membuang air besar, yogurt banyak membantu. Ianya juga tiada kolestrol dan sesuai untuk golongan yang menjaga berat badan atau sedang berdiet.Yogurt boleh disediakan dalam pelbagai cara dan pastinya menyelerakan.
Cuaca panas menambah selera aku dengan cubaan baru. Tapi tekak ni dah sakit sebenarnya, berlimau sakan. Maklumlah masuk musim chinese new year...hehe.
Antara kelebihan yogurt :
- Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
- Bagus untuk wanita lepas bersalin
- Membantu sistem penghadaman
- Mencegah jangkitan pada vagina
- Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
- Menurunkan kadar kolesterol
- Membantu mengurangkan berat badan
- Luaran- dapat mencantikkan kulit
Amalan pengambilan yogurt setiap hari amat digalakkan. Tapi agak sukar bagi mereka yang tidak gemar dengan rasanya yang sedikit masam. Kata orang yang "sedap itu penyakit, yang pahit itu ubat". Jom sama-sama amalkan yogurt untuk kesihatan.
Buat sendiri dengan perisa milo dan strawberry lagi sedap tau..hehe. Malah boleh pelbagaikan ikut kreativiti masing-masing.
Tips Kesihatan 2016 :
Beberapa kebelakangan ini berlaku pada kenalan-kenalan yang mana menghadapi jangkitan kuman pada air kencing. Terjadi apabila ada yang pengsan secara tiba-tiba. Ada yang tepaksa menghadapi pembedahan kerana ditahap serius. Jadi sebelum terkena pastikan jangan abaikan ( Keutamaan bagi wanita) :
- Pastikan pengambilan air masak yang mencukupi. Bagaimana ingin mengetahui air dalam badan cukup atau tidak? emmm...badan sendiri, pasti tahu kan? hehe... Salah satu caranya hendak pastikan air cukup atau tidak adalah melalui air kencing. Jika air kencing pekat dan kekuningan...itu maknanya air dalam badan tak cukup. So kena lah minum sehingga air kencing bertukar warna putih bersih. Minum - kencing - minum - kencing ( perkara biasa dan anda sihat ) hehe...
- Keputihan, pastikan dapat rawatan doktor. Minum air yang kerap juga dapat membantu kurangkan keputihan.
- Jangan abaikan kebersihan..
Sekian dulu...#sayabukandoktor ...tapi berkongsi ilmu...haha :)
Wednesday 9 December 2015
LAZADA Sales Hampir TAMAT!
Assalamualaikum,
OMG! Oh My Gaji!......haha..
Cepat uols grab your favorite things at Lazada Malaysia. Now! OK.....tinggal beberapa jam je lagi sale gila-gila akan tamat. Tetiba teruja dengan sale di lazada.
Apa yang ada di Lazada?
Pelbagai peralatan elektrik, perabut, elektronik, mekap, pakaian,contact lens...semua adalah layari je web laza ni ok....http://www.lazada.com.my/
Bukan main mudah sekarang nak shopping. Boleh jimat duit minyak, tol, parking, makan minum dan etc. Dengan install lazada app di telefon pintar anda, boleh dapat baucar diskaun dengan serta merta. So apa tunggu lagi?
Cara bayaran?
1. Sign up Lazada, terus boleh buat pembelian.
2. Pilih barang. Add to cart. Klik pada bakul anda.
3. Ikut arahan seterusnya. Bayaran mudah melalui kad kredit, acc maybank, paypall, bayar masa terima barang pon boleh tau. Tapi tertakluk pada barang apa yang kita pilih. Ada barang yang tidak disediakan perkhidmatan tersebut.
Produk yang menjadi kegilaan aku....haaaa....mekaplah apa lagi? kuikuikui.....murah-sangat murah berbanding harga diluar. Free shinpping plak tu....Tak sabar nak tunggu sales seterusnya lAZADA.....
Sekali gus aku terbeli skin care favorite ni sebab murah sangat. Beli 2 kotak dengan harga RM180 Je. Padahal kalau beli satu kotak dah RM120. Apa lagi nak tunggu kan? hehe...memang berbaloi-baloi. Jimat untuk masa panjang. Bukan hanya ada wonder glow...produk skin care tempatan yang lain juga ada sepertu Qu puteh, Babiesblik, Shima Beauty care, Tabita ( imported), Nur A'in skin care, Karisma dan bermacam-macam lagi.
Kalau barang elektrik pula, aku minat yang ini....trend masakini...hehe...Harap akan ada sale lagi dari LAZADA lepas ini.
OMG! Oh My Gaji!......haha..
Cepat uols grab your favorite things at Lazada Malaysia. Now! OK.....tinggal beberapa jam je lagi sale gila-gila akan tamat. Tetiba teruja dengan sale di lazada.
Apa yang ada di Lazada?
Pelbagai peralatan elektrik, perabut, elektronik, mekap, pakaian,contact lens...semua adalah layari je web laza ni ok....http://www.lazada.com.my/
Bukan main mudah sekarang nak shopping. Boleh jimat duit minyak, tol, parking, makan minum dan etc. Dengan install lazada app di telefon pintar anda, boleh dapat baucar diskaun dengan serta merta. So apa tunggu lagi?
Cara bayaran?
1. Sign up Lazada, terus boleh buat pembelian.
2. Pilih barang. Add to cart. Klik pada bakul anda.
3. Ikut arahan seterusnya. Bayaran mudah melalui kad kredit, acc maybank, paypall, bayar masa terima barang pon boleh tau. Tapi tertakluk pada barang apa yang kita pilih. Ada barang yang tidak disediakan perkhidmatan tersebut.
Produk yang menjadi kegilaan aku....haaaa....mekaplah apa lagi? kuikuikui.....murah-sangat murah berbanding harga diluar. Free shinpping plak tu....Tak sabar nak tunggu sales seterusnya lAZADA.....
Sekali gus aku terbeli skin care favorite ni sebab murah sangat. Beli 2 kotak dengan harga RM180 Je. Padahal kalau beli satu kotak dah RM120. Apa lagi nak tunggu kan? hehe...memang berbaloi-baloi. Jimat untuk masa panjang. Bukan hanya ada wonder glow...produk skin care tempatan yang lain juga ada sepertu Qu puteh, Babiesblik, Shima Beauty care, Tabita ( imported), Nur A'in skin care, Karisma dan bermacam-macam lagi.
Kalau barang elektrik pula, aku minat yang ini....trend masakini...hehe...Harap akan ada sale lagi dari LAZADA lepas ini.
Friday 6 November 2015
Don’t Forget Me!
Alone,
I’m walking tired,
See the sky, hold my hand,
to remember,
Pray for me, i am near
Pray for us, we all together
Why so hard to remember
Hold my hand…
Please..
Hold my hand…disappear
Kadang-kadang cukup takut bila orang mulai lupakan aku. Takut orang tak kenal aku lagi. Walaupun bukan seorang yang popular dan glamour. Pasti ada perasaan takut bila merasakan diri hanya sendiri. Betul ke aku sendiri?
Tidak! aku tak pernah sendiri. Dia bersama aku sejak dalam perut ibu lagi ( Maha Memelihara). Dia melihat aku ketika aku lahir ke dunia (Maha Melihat). Dia berikan aku akal saat aku mula belajar melihat, menangis, tersenyum, ketawa, tidur, makan, menerap, merangkak dan akhirnya aku berjalan dan berlari ( Maha Pemberi Nikmat). Kejadian aku sungguh indah ( Maha Pencipta). Betapa aku dilahirkan mengikut peringkat yang telah ditetapkan-Nya ( Maha Pengasih dan Penyayang ).
Perjalanan hidup yang berliku telah mendewasakanku. Setiap kejadian pasti ada rahmat nya dan kebaikan untuk diri hamba nya. Sungguh dia lebih memahami aku. Letakkan aku pada saat yang betul, lahirkan aku pada negeri yang betul dan pasti akan matikan aku pada hari yang terbaik untukku juga.
Saat sendiri begitu mudah untuk aku dekat pada-Nya. Bagaimana saat Allahyarham Dr. Prof HAMKA keseorangan sehingga tertulisnya Tafsir Al-Azhar nya. Aku kagum dengan tulisan nya dan perincian yang mudah untuk memahami Al-Quran Karim. Hasil yang sangat bermakna dari penjara.
Jika aku jauh dari Al-Quran, maknanya aku sudah lupakan Allah. Allah pasti lupakan aku.Jika aku melakukan maksiat, hari itu juga Allah tarikkan nikmat atas ku. Allah pasti lupakan aku.Jika aku lupakan kedua ibu bapaku. Saat itu juga Allah akan lupakan ku.
Tapi dia tetap ingat dan kasih kepada hamba-Nya dengan bergemanya laungan AZAN setiap 5 kali sehari semalam ( Bukti Allah Maha Pengasih dan Penyayang). Bagaimana aku boleh lupa dengan panggilan-Nya? Bagaimana sikap aku ketika mendengar panggilanNya?
Allah Maha Besar 2x
Aku bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah 2x
Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah Utusan Allah 2x
Marilah sholat, 2x
Marilah menuju kemenangan, 2x
Sholat itu lebih baik dari pada tidur 2x
Allah Maha Besar, 2x
Tiada Tuhan selain Allah.
Subhanallah! Dia tidak lupakan aku, jika aku tidak lupa pada-Nya. Allahu a’lam..
Allahuakbar!
لاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
Wednesday 28 October 2015
Resepi : Lasagna/Lasagne BilBo Style!
Assalamualaikum,
Hari ini kita terus ke Itali untuk menikmati Italian Food yang menjadi kegemaran aku di Pizza Hut. Berkobar-kobar semangat nak buat setelah perolehi resepinya dari web-web yang boleh dipercayai. Susah juga nak cari bahan-bahannya, maklumlah pertama kali nak mencuba..hehe
Resepi Lasagna/Lasagne |
Akhirnya selesai juga bahan-bahan masakan yang aku cari. Bahan mudah saja aku gunakan sebab AQ Style. Cuba gunakan idea aku sendiri yang agak malas tapi nak buat...kuikuikui. Bahan-bahan aku gunakan untuk kuah seperti di atas. Bajet RM100 juga nak dapatkan semua bahan-bahan ni ( termasuk bahan cheese dibawah )....tapi boleh buat 2/3 kali masakan.
Gambar-gambar diatas ini pula untuk sediakan sos putih dan topping. Semua bahan ini aku dapatkan di Econsave. Boleh tahan harga cheese-cheese ni...emmm. Harap bukan yang pertama dan terakhir aku buat kuikuikui....
Lasagna/Lasagne |
Resepi Lasagna/Lasagne
Bahan-bahan A ( Kuah lasagna )
1 Biji bawang besar ( potong dadu)
1 Biji labak merah ( potong dadu)
2 Biji tomato ( potong dadu)
6 Ulas bawang putih ( Cincang )
1 Sudu kecil Oregano
1 Sudu kecil lada hitam ( black papper )
Cara-cara memasak
1. Tumis bawang merah dan putih hingga naik wangi. Masukkan sos Prego.
2. Masukkan lobak merah dan daging cincang ramlee. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.
3. Masukkan oregano dan lada hitam.
4. Dah pasti daging masak masukkan tomato. Siap kuah lasagna..hehe
Bahan-bahan B (sos putih )
1/2 Cheddar cheese
1/2 Buttercup
600ml Fresh Milk
2 Sudu besar tepung gamdum. ( masukkan lebih sedikit jika inginkkan kuah kebih pekat.)
1 Sudu kecil garam.
Cara-cara memasak
1. Cairkan Buttercup dan Cheddar cheese.
2. Masukkan Fresh Milk.
3. Masukkan tepung gandum dan garam. Kacau rata sehingga sos menjadi pekat.
Bahan-bahan C ( Topping )
8 keping lasagna/lasagne ( Rebus sekejap + sedikit minyak & garam dalam air rebusan ) * Lasagna boleh didapatkan dibahagian pasta bersama spagetti di pasaraya )
Parmesan cheese ( Boleh didapati dibahagian sejuk beku di pasaraya bersama-sama buttercup)
Mozzarella cheese ( Boleh didapati dibahagian sejuk beku di pasaraya bersama-sama buttercup)
Cara- cara hidangan.
Kepingan lasagna ---> Bahan A ---> Bahan B ---> SELANG-SELIKAN hingga hampir penuh bekas ----> atas sekali taburkan Mozzarella dan parmesan cheese mengikut citarasa anda. Lagi banyak cheese lagi sedap.....dannnnn lagi menaikkan berat badan. Sebab tu lah semasa makan lasagna ni mesti ambil bersama ais lemon tea atau lemon ais...hehe..
Kemudian masukkan dalam ketuhar dan bakar dalam 30-40 minit...
Nota : Nak dapatkan potongan lasagna yang cantik, tunggu betul-betul sejuk baru potong ya :D
Selamat menjamu selera!!
Monday 26 October 2015
KITCHEN BAR STYLE : Citarasa dapur MyBilBo
Assalamualaikum,
Bila bercakap soal rumah. Masing-masing ada ruang kesukaan tertentu yang menjadi pilihan hati. Konsep dapur yang menjadi idaman hati aku adalah konsep Bar. Konsepnya nampak simple dan santai. Boleh lepak-lepak sambil menikmati hidangan. Konsep dapur seperti ini terkenal di Amerika Latin, yang menempatkan dapur sebagai teman bersosialisali kaum wanita dan menjamu tetamu. Hanya tetamu yang dikenali serta rapat sahaja dibenarkan memasuki ruang dapur mereka. North Scottsdale, Arizona antara tempat yang memiliki rumah-rumah mewah dan cantik bagi peminat design dalaman ataupun luaran bangunan.
Di Malaysia, design ini terkenal dikalangan golongan atasan. Namun tidak terbatas asalkan mampu untuk mengupah mengikut design kesukaan. Design sesebuah rumah, ruang dalaman penting dalam
menentukan sikap dan perilaku seseorang.
" The Knowledge of the house is not limited to the builder alone. The user or master of the house will even be a better judge than the builder, just as the pilot will judge better of a rudder than the carpenter, and the quest will judge better of a feast than the cook."
Aristotle
" Any time women come together with a collective intention, it's a powerful thing. Whether it's sitting down making a quilt, in a kitchen preparing a meal, in a club reading the same book, or around the table playing cards, or planning a birthday party, when women come together with a collective intention, magic happens."
" Beautiful kitchen make me crazy, crazy to dancing. A books in a left hand and delicious food in a right hand. With the family smile around." - Miss Ohara
Sesiapa yang menguasai dapur, dialah orang yang mencintai seluruh ahli keluarganya. Menjaga aib keluarganya dengan menjaga tutur bicara, tingkah laku, tulisan, fikiran dan memikirkan akibat keputusan yang ingin dibuat sebelum mengambil apa-apa tindakan.
#Muhasabahdiri
#Cucimatadapurcantiksatna
#Dapuridaman
Subscribe to:
Posts (Atom)