Saturday, 24 December 2016

Kuih keria gula melaka

Hampir beberapa hari lagi sahaja tirai 2016 akan berlabuh. Harap 2016 akan menjadi kenangan terindah. 2017 akan menjadi satu perjuangan untuk lakukan yang terbaik dan lagi indah. Semua pilihan bermula dari diri sendiri untuk tetapkan kehidupan bagaimana yang ingin dilalui nanti. Perancangan kehidupan harian sangat penting. Rata-rata golongan yang berjaya telah tersedia jadual esok yang ingin dilaluinya. Yang selebihnya serahkan kepada yang Maha Esa. Jika masih gagal untuk merancang @ tiada perancangan, alangkah ruginya.

Akhir 2016 ini, akhirnya aku terjebak dengan menu yang makin mendapat perhatian ramai ini. Aku cuba buat dan share untuk kenangan..hehe

Resepi Kuih Keria Gula Melaka



1. Sediakan bahan2 seperti di atas. Mudah sahaja...hanya 3 bahan diperlukan. Iaitu tepung gandum, ubi putih dan gula melaka untuk sirapnya.


2. Potong ubi dan hingga empuk. Masukkan sedikit garam ye ketika rebus. Lepas angkat sejukkan sekejap dan lenyak2 kan serta masukkan sedikit tepung. I buat tiada ukuran. Main agak2 je...hehe..jgn sampai keras ya.


3. Bentukkan bancuhan tadi seperti ini. Basahkan tangan ketika membentuk bagi memudahkan.


4. Kemudian apa lagi...goreng lah kann..sampai kekuningan gitu. Jaga api ya nanti hagus plak..hehe

Sediakan sirap gula melaka.


5. Semasa merebus ubi tadi. Anda bolehlah potongkan gula melaka seperti ini.


6. Masukkan gula yg telah dipotong tadi ke dalam kuali +1 sudu gula putih dan tambahkan sedikit air. Biarkan sehingga mendidih. Lepas tu gaulkan kuih keria yg telah siap digoreng ke dalam sirap tadi.


7. Gaulkan sehingga sirap tadi kering. Nampak glowing gitu kan. I tak pakai banyak gula melaka. Klu banyak ia akan nmpk lebih cantek berketul2 gula tu..hehe.


8. Taa daaa....dh siap untuk makan petang ni...hehhee

#terjebak #jangankecam

Sunday, 18 December 2016

Santapan Rohani : Diamond in the Sky!

"Aku lihat pagi nya pantai ini bersih, air nya cantik dan biru. Sampai ke petang, air nya menjadi keruh dan kotor. Begitulah sehari-hariannya. Pagi esok nya akan menjadi bersih semula. Begitulah keadaan nya manusia. Pagi hingga petang tentu tidak terlepas dari melakukan dosa. Allah menjadikan malam untuk menginsafi dan bertaubat pada-Nya. Supaya pagi esok tidak di belenggu dengan dosa hari ini."

Wallahualam...


"Wahai Tuhan kami, Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."


Sedang aku memandu, cahaya seolah-olah tepat ke mata.Matahari terik di atas kepala. Aku memandang ke laut. Terlihat cahaya berkilauan di tengah lautan. "Like diamond in the sky" hati mula berbisik, senyuman terukir. Jauh... sudah tentu tidak tercapai.
Tarikannya mempersonakan. Aku hanya mampu melihat. Hati berisik lagi, "Alangkah beruntungnya jika dapat menjadi permata seperti itu." Berkilau tapi tidak dapat di sentuh pula. Kerana aku hanya wanita dan hamba.

Lautan tenang menyimpan seribu rahsia,
Tenangnya mendamaikan,
Geloranya menakutkan,
Hadirnya dari Pencipta,
Dan Dia yang Maha Kuasa.

Biasa ku dengar,
Wahai wanita jadilah seperti permata,
Berkilau dan berharga,
Hadirmu membawa ceria,
Hilangmu tiada nilainya.


Bila ku bayangkan, ingin saya aku menjadi wanita seperti belian/permata di lautan.
Hadirnya sebagai sinar,
Penghuni dunia & akhirat.


Dan Dia lah tuhan yang telah mengalirkan dua laut yang berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga. Dan yang satu lagi masin lagi pahit: Serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat pencampuran kedua-duanya.~Surah Al-Furqan, ayat 53~

Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya ( mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga ( persemendaan ); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakinya).
~Surah Al-Furqan, ayat 54~


Santapan Rohani : Land And Human

Pusinglah satu dunia
Belilah segala harga
Banggalah dengan hal dunia
Satu hari pasti kembali jua.
We come from land
Land just we stand
On the earth
everything just one land
from same lord
and same god

My Lord is My God...ALLAH S.W.T

Aku ingin berpijak di bumi nyata. Tahu siapa pencipta. Bukan hanya tahu melata ditanahnya. Sombong, angkuh tidak semena. Hingga tidak mahu tunduk memandangnya. Inilah tanah yang pasti suatu hari akan menghimpit malah terhimpit dek kerana dosa-dosa. Berjalan dan terus berjalan menikmati kebesarannya. Tiada satu pun celanya.
"Wahai Tuhan kami, Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
Aku lihat tanah ini gersang. Gersangnya tidak bermaksud tanah itu mati. Lalu tanah ini di siram dengan air hujan. Tanah mula menyubur. Pohon-pohon mula tumbuh, segar dan menghijau. Pohon itu hanya menumpang. Lama-lama pohon layu dan tumbang. Kembali rebah ke tanah, menjadi baja dan manfaat untuk tanah semula.

Apa pun, setiap kejadian itu terdapat manfaatnya tersendiri. Jadilah manusia yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain. Seperti mana manfaatnya tanah kepada pohon dan pohon kepada tanah. Makala air hujan kepada tanah dan tanah kepada air hujan ( mengeluarkan wap ke udara ). Pertalian ini sangat penting, jika putus satu pertalian. Putuslah segala-galanya.

Siapa lagi yang boleh mewujudkan semua ini? Selain Yang Maha Pencipta, Lagi Maha Bijaksana.

Jika tanah di siram dengan air hujan. Jadilah manusia yang sentiasa di siram dengan ilmu. Manfaatkan ilmu untuk membantu sesama insan. Suburkan ilmu, sesubur pohon menghijau.


From my sifu : Aura for body system, tanggalkan kasut. Pijak tanah sekurang-kurangnya sekali seminggu. Tiap-tiap hari is better. I prefer, jalan tepi pantai tanpa kasut. Sambil menikmati keindahan pantai ciptaanya pula kan? It's that a good idea?

#Tanah #bumi #manusia


DUIT DI MATA, HATI TIADA



"Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda mencintai pekerjaan yang anda lakukan itu. Kejayaan akan menjadi milik anda."    
- Ray Kroc

" To many people spend money they haven't earned. To buy things they dont want. To impress people that they dont like."
 - Will Rogers


" Money always not enough, but knowledge follow until we die." Nawaitu, insyaallah. Untuk apa mengejar duit yang banyak, sedangkan 1 sen pon bukan milik aku sebenarnya." Hari-hari keluar duit :D  
- Miss Ohara


I can see, how important money in this life to people..to me. Money can buy anything what we want. But the real is not for our necessary. Aku lihat mereka membunuh sesama sendiri. Sebab semuanya mempunyai harga....nilai. Sedangkan nilai harga diri di biar rapuh seperti sehelai rambut yg menyembah bumi. Sedikit-sedikit bila dikumpul menjadi semakin banyak. 



#muslimthinking #muslimstory




My Wonderland Story





When I was young,
I always dreaming,
to be someone, who is me.

Someone I proud, respect others, family, friends and whoever I know or even I don't know.
Age is not a reason why we have to stop dreaming.

Dreaming is a color of life.

What I wish is, one day my dream come true.
Dreaming is my Dua.
If not on this earth.
Maybe another earth...I mean when we pass away. And that is the real life.
This life is not just for life.
But this life for hereafter.
How this Alice find their way? Istiqarah and Tawakkul lillahitaa'la. That believe Allah S.W.T is around me, take care of me and the people I love.

"Where should I go?"-Alice. "That depends on where you want to end up."- The Cheshire Cat.

"Only a few find the way, some don't recognize it when they do- some....don't ever want to." The Cheshire Cat.


#muslimthinking #wonderlandstory