Wednesday, 28 October 2015

Resepi : Lasagna/Lasagne BilBo Style!

Assalamualaikum,

Hari ini kita terus ke Itali untuk menikmati Italian Food yang menjadi kegemaran aku di Pizza Hut. Berkobar-kobar semangat nak buat setelah perolehi resepinya dari web-web yang boleh dipercayai. Susah juga nak cari bahan-bahannya, maklumlah pertama kali nak mencuba..hehe

Resepi Lasagna/Lasagne

Akhirnya selesai juga bahan-bahan masakan yang aku cari. Bahan mudah saja aku gunakan sebab AQ Style. Cuba gunakan idea aku sendiri yang agak malas tapi nak buat...kuikuikui. Bahan-bahan aku gunakan untuk kuah seperti di atas. Bajet RM100 juga nak dapatkan semua bahan-bahan ni ( termasuk bahan cheese dibawah )....tapi boleh buat 2/3 kali masakan.


Gambar-gambar diatas ini pula untuk sediakan sos putih dan topping. Semua bahan ini aku dapatkan di Econsave. Boleh tahan harga cheese-cheese ni...emmm. Harap bukan yang pertama dan terakhir aku buat kuikuikui....


Lasagna/Lasagne
Nyummmyyyy...nampak menyelerakan.

Resepi Lasagna/Lasagne

Bahan-bahan A ( Kuah lasagna )

1 Biji bawang besar ( potong dadu)
1 Biji labak merah ( potong dadu)
2 Biji tomato ( potong dadu)
6 Ulas bawang putih ( Cincang )
1 Sudu kecil Oregano
1 Sudu kecil lada hitam ( black papper )

Cara-cara memasak
1. Tumis bawang merah dan putih hingga naik wangi. Masukkan sos Prego.
2. Masukkan lobak merah dan daging cincang ramlee. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.
3. Masukkan oregano dan lada hitam.
4. Dah pasti daging masak masukkan tomato. Siap kuah lasagna..hehe

Bahan-bahan B (sos putih )

1/2 Cheddar cheese
1/2 Buttercup
600ml Fresh Milk
2 Sudu besar tepung gamdum. ( masukkan lebih sedikit jika inginkkan kuah kebih pekat.)
1 Sudu kecil garam.

Cara-cara memasak

1. Cairkan Buttercup dan Cheddar cheese.
2. Masukkan Fresh Milk.
3. Masukkan tepung gandum dan garam. Kacau rata sehingga sos menjadi pekat.


Bahan-bahan C ( Topping )

8 keping lasagna/lasagne ( Rebus sekejap + sedikit minyak & garam dalam air rebusan ) * Lasagna boleh didapatkan dibahagian pasta bersama spagetti di pasaraya )
Parmesan cheese ( Boleh didapati dibahagian sejuk beku di pasaraya bersama-sama buttercup)
Mozzarella cheese ( Boleh didapati dibahagian sejuk beku di pasaraya bersama-sama buttercup)

Cara- cara hidangan.

Kepingan lasagna ---> Bahan A ---> Bahan B ---> SELANG-SELIKAN hingga hampir penuh bekas ----> atas sekali taburkan Mozzarella dan parmesan cheese mengikut citarasa anda. Lagi banyak cheese lagi sedap.....dannnnn lagi menaikkan berat badan. Sebab tu lah semasa makan lasagna ni mesti ambil bersama ais lemon tea atau lemon ais...hehe..

Kemudian masukkan dalam ketuhar dan bakar dalam 30-40 minit...

Nota : Nak dapatkan potongan lasagna yang cantik, tunggu betul-betul sejuk baru potong ya :D




Selamat menjamu selera!!


Monday, 26 October 2015

KITCHEN BAR STYLE : Citarasa dapur MyBilBo

Assalamualaikum,

Bila bercakap soal rumah. Masing-masing ada ruang kesukaan tertentu yang menjadi pilihan hati. Konsep dapur yang menjadi idaman hati aku adalah konsep Bar. Konsepnya nampak simple dan santai. Boleh lepak-lepak sambil menikmati hidangan. Konsep dapur seperti ini terkenal di Amerika Latin, yang menempatkan dapur sebagai teman bersosialisali kaum wanita dan menjamu tetamu. Hanya tetamu yang dikenali serta rapat sahaja dibenarkan memasuki ruang dapur mereka. North Scottsdale, Arizona antara tempat yang memiliki rumah-rumah mewah dan cantik bagi peminat design dalaman ataupun luaran bangunan.

Di Malaysia, design ini terkenal dikalangan golongan atasan. Namun tidak terbatas asalkan mampu untuk mengupah mengikut design kesukaan. Design sesebuah rumah, ruang dalaman penting dalam 
menentukan sikap dan perilaku seseorang.


 " The Knowledge of the house is not limited to the builder alone. The user or master of the house will even be a better judge than the builder, just as the pilot will judge better of a rudder than the carpenter, and the quest will judge better of a feast than the cook."
Aristotle

 " Any time women come together with a collective intention, it's a powerful thing. Whether it's sitting down making a quilt, in a kitchen preparing a meal, in a club reading the same book, or around the table playing cards, or planning a birthday party, when women come together with a collective intention, magic happens."


" Beautiful kitchen make me crazy, crazy to dancing. A books in a left hand and delicious food in a right hand. With the family smile around." -  Miss Ohara

Sesiapa yang menguasai dapur, dialah orang yang mencintai seluruh ahli keluarganya. Menjaga aib keluarganya dengan menjaga tutur bicara, tingkah laku, tulisan, fikiran dan memikirkan akibat keputusan yang ingin dibuat sebelum mengambil apa-apa tindakan.

#Muhasabahdiri
#Cucimatadapurcantiksatna
#Dapuridaman

Bubur Asyura! 10 Muharram!


Assalamualaikum,

Ini cerita bila balik ke kampung 10 Muharram,1437H yang lepas. 10 Muharram merupakan hari yang agung dalam sejarah Islam, juga dikenali sebagai Hari ‘Asyura. Dimana Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Musa dan Harun a.s dan Bani Israil yang dikejar Fir’aun dan bala tentaranya di Laut Merah. Awal Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar islam (Subject to change ) dimana aku juga turut berhijrah. Cukup setahun penghijrahan aku ini, Alhamdulillah.

Seperti biasa, bila tiba 10 Muharram umat islam digalakkan berpuasa sunat bagi mensyukuri nikmat yang dikurniakan ilahi. Keutamaan juga untuk berpuasa sunat pada 9 Muharram (Puasa Tasu’a) atau pun 11 Muharram supaya tidak menyamai orang-orang yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.

Ini kebiasaan emak, bila berpuasa pada 10 Muharram pasti juadah bubur Asyura disediakan. Kisah sebenar disebalik bubur asyura ini tidak aku ketahui. Sejak kecil hanya melihat emak pasti bawa balik juadah ini dari surau. Lama-kelamaan aktivti ini makin dilupakan dan emak sediakan pula bersama jiran tetangga. Kacau bubur ini secara beramai-ramai. Aku pun cuba mencari kisah disebalik bubur asyura ini. Tiada pula cerita yang sahih. Tetapi ada beberapa kisah yang dapat dikongsi.


Pertama: Cerita Bahtera Nabi Nuh a.s.
Banyak laman web menyebut tentang kisah ini. Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya :
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.

Penilaian:
– Cerita seperti ini perlu kepada kajian. Dari manakah sumbernya dan apakah taraf kedudukan kisah ini. Setakat ini saya tidak menemui sebarang petunjuk tentang kisah ini dalam sumber hadis dan atsar. Sesiapa yang menjumpainya, diharap dapat membantu.
– Jika kisah ini sahih sekalipun, dan kita menerima kaedah ‘Syarak sebelum kita adalah syarak kita juga’, persoalannya adakah makanan yang dibuat oleh Nabi Nuh a.s. adalah satu bentuk jamuan sempena 10 Muharram, atau ia adalah makanan biasa yang berkebetulan pada tarikh 10 Muharram?
– Jika benar kisah ini, dan betul istinbat orang Melayu bahawa disunatkan membuat bubur berdasarkan cerita ini, mengapa tidak ada anjuran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam atau amalan para sahabat tentang perkara ini?

Kedua: Hadis Galakan Memberi Keluasan Kepada Keluarga
Mungkin sandaran lain bagi jamuan bubur Asyura ialah hadis-hadis tentang memberi galakan supaya pada hari Asyura hendaklah menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga.
Hadis yang dimaksudkan ialah:
“Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”.
Mungkin kerana mempercayai kelebihan dalam hadis ini, sesetengah orang Islam mahu memberi keluasan kepada kaum keluarga pada hari 10 Muharram, dengan harapan Tuhan akan mempermudahkan rezekinya sepanjang tahun tersebut. Antara bentuk memberi keluasan ialah mengadakan jamuan makanan.
Cuma kedudukan hadis ini di sisi ulama hadis adalah paslu atau dhaif. Rujuk: Al-Maudhu’aat oleh Ibn Jauzi 2/572, Al-Manar al-Munif oleh Ibn Qayyim 1/111, Al-Fawaid al-Majmu’ah oleh Syaukani 1/98.
Sekali lagi kita terpaksa terima bahawa jika sandaran mengadakan jamuan bubur Asyura ialah hadis ini, sebenarnya ia adalah hadis yang tidak sahih. Jangan terlalu mengharap kepada fadhilat yang belum pasti kesahihannya.
Cuma, membuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan keagamaan, ia bukanlah satu yang salah. Kalau orang Melayu suka berbuka puasa dengan bubur Asyura, buatlah bubur Asyura. Tetapi elakkan  kepercayaan yang kurang sahih, seperti mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda.

Wallahu A’lam.
Sumber : http://www.abuanasmadani.com/asal-usul-bubur-asyura/


Tujuan sebenar adalah untuk berkongsi resepi bubur asyura yang disediakan oleh emak. Terfikir juga mungkin lebih menarik jika dapat kongsi sejarahnya. Mungkin aku sendiri dan ramai diluar sana yang kurang jelas dan amalan ini makin kurang diamalkan. Emak warisinya dari keluarga turun temurun. Emak dan aku kelahiran negeri Perak, TokNek sebelah mak aku orang Kelantan. Kalau di Kelantan khabarnya ramuan yang disediakan perlu 10 jenis bahan, baru boleh dipanggil bubur Asyura. Entahlah! mungkin kepercayaan orang dulu-dulu. Sekarang ni emak dah tak ikut sangat kepercayaan tu agaknya. Kalau ada info lain nak share pasal bubur asyura ni bleh kongsi ya...
Jom...tengok resepi.....hehe


Bahan-bahan

4 cawan Beras (rendam dan kisar halus)
2 cawan Kacang kuda ( rendam & rebus)
2 cawan Kacang hijau ( rendam & rebus)
* semua bahan direndam serentak selama 5/6 jam/ semalaman
2 1/2 biji santan kelapa
4 ketul Ubi keledek merah (potong dadu dan rebus)
2 senduk Gula pasir putih
2 senduk Gula merah

1 1/2 sudu kecil Garam

Cara-cara penyediaan.

1. Masakkan beras yang telah dikisar bersama santan. ( Pastikan kacau sentiasa supaya tidak berketul, berhati-hati dengan beras yang telah dikisar kacau selalu supaya tidak beketul sebelum masak.)
2. Masukkan gula merah & gula putih. ( lebihkan gula merah jika nak warna lebih gelap)
3. Kacau hingga pekat.
4. Bila pekat masukkan kacang kuda dan kacau sebati selama 5 minit.
5. Masukkan kacang hijau dan ubi keledek yang telah direbus.
6. Kacau 20 minit sehingga bahan sebati dan sehingga nampak masakan berkilat.(lebih kilat ,lebih masak tepung kita)
7. Sediakan bekas secukupnya.
8. Sejukkan sementara sebelum dihidang
9. Boleh juga masukkan dalam frezer untuk lebih sedap.

Selamat menjamu selera!!!


Thursday, 22 October 2015

Brownies Meetball! lazat!


Assalamualaikum,

Jumaat! penghulu segala hari. Alhamdullilah! Hari ini pasti ramai tak sabar nak tunggu Isi Perbentangan Bajet 2016 petang nanti. Apakah habuan yang dimaksudkan? hehe. Apa-apa pun, apapun yang kita dapat atau tidak, Alhamdulillah! Semua pemberian dari Allah S.W.T. Tak kira susah atau senang, mudahkanlah diri untuk mendekati Allah supaya jiwa menjadi tenang. Jika jiwa tidak tenang, harta setinggi gunung pun tak akan beri apa-apa erti.


Brownies meetball


Ini cerita semalam, bila aku teman seorang sahabat yang sedang buat brownies kek untuk cenderahati 
majlis harijadi anak saudaranya. Sebenarnya sahabat ni aku gelar sebagai kak min. Dia memang pandai membuat kek dan menerima banyak tempahan. Kek yang dia buat wallah...sedap! Tambah-tambah jika 
brownies coklat kegemaran aku. Kami sering berkongsi-kongsi ilmu yang ada sesama sendiri.

Semalam semasa membantunya membungkus tempahan dalam bekas yang cantik, tentulah kek 
brownies tu ada lebihan. Bahagian tepi selalunya akan dipotong supaya brownies kekal kemas untuk 
jemputan. Sebab terlalu banyak lebihan, kitaorang ambil keputusan untuk reka semua brownies yang 
lebih menjadi satu hidangan yang lazat.

Cara yang diambil adalah dengan cairkan coklat. Bahagian brownies yang lebih dihancurkan dan 
dicampurkan semula dengan coklat yang cair supaya dapat dibentuk bulat. Selepas tu kita taburkan 
badam yang hancur dan rice coklat. Brownies meetball kaya dengan coklat yang menyelerakan. 

" Wahh!! Ferrero rocher." kata jiran aku selepas aku hadiahkan Brownies meetball ni. Rasanya memang kalah ferrero rocher...haha. Perasan!

Meetball....bukan meatball ya! Sebabnya ini resepi baru jumpa bukan daging hehe.

Jom cuba supaya tidak membazir...:D 


Brownies meetball. Lazat!



Thursday, 15 October 2015

Rindunya As-syahid Ahmad Ammar

Assalamualaikum.

Di bulan Muharram ini, bulan hijrah teringat aku akan satu kisah teladan yang benar-benar hidup iaitu 
syahidnya seorang “Muhammad Al-Fatih Malaysia”. Al- Fatih maksudnya “Pembuka” iaitu 
Ahmad Ammar Ahmad Azam pembuka bagi ummat supaya terus berjuang ke jalan Allah S.W.T. 
Syahidnya Ahmad Ammar adalah pada tanggal 2 November 2013. Penghijrahan Arwah dari Malaysia 
ke Turki Uthmaniyyah dan syahid dalam bulan Muharram dengan jihad menuntut ilmu ke jalan 
Allah S.W.T telah diberi keistimewaan dikebumikan berhampiran makam sahabat Nabi Muhammad 
S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansori r.a. Arwah merupakan rakyat Malaysia yang pertama dikebumikan 
di tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat Nabi, auliay’, panglima 
Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana iaitu Perkuburan Eyub Sultan
menghadap Laut Golden Horn, Turki.




Entah mengapa aku terasa rindu untuk membaca kisahnya semula, melalui buku yang telah aku beli pada 8 March 2014 “Ahmad Ammar, satu kematian yang hidup (1993-2013)” ditulis oleh 
Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin.

Pelbagai cerita mengenai kehidupan sebenar serta sejarah Tokoh-tokoh Islam yang menarik dan kisah 
teladan disebalik jejak yang ditinggalkan oleh As-syahid Ahmad Ammar. Teladan yang hebat yang 
dapat diungkapkan oleh kehebatan As-syahid yang berusia 20 tahun ini adalah mempunyai 
kedua ibu bapa yang hebat. “Anak yang hebat lahir dari ibubapa yang hebat.” 

Cara didikan kedua ibubapa Ahmad Ammar sangat menarik pehatian aku, malah boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibubapa masakini untuk membimbing anak-anak menjadi anak-anak yang ummatik. 
Sering aku dengar keluhan ibu bapa masakini yang bimbang dengan kenalan anak-anak kecil yang 
melompat ke sana-sini dan sering tidak mendengar kata ibubapa. 
Sering menjadi persoalan mereka kenapa? Dimana silapnya? Bukan hanya berlaku pada anak-anak 
golongan biasa malah yang bekerjaya seperti pensyarah, peguam dan sebagainya.

Cara bimbingan anak ibubapa As-syahid

1. Keluarga yang mempunyai seluruh kecintaan kepada Allah Ta’ala dan Rasulnya dengan menetapkan 
visi dan misi yang jelas untuk anak-anak. 
2. Bapanya sendiri telah berniat berkhidmat untuk ummat kerana Allah S.W.T. Jati diri itulah yang 
diterapkan kepada anaknya sejak dalam kandungan dengan niatkan anaknya untuk ummat.
3. As-syahid Ahmad Ammar dibentuk bapanya Haji Ahmad Azam dengan 3 pakej iaitu Pembentukan intelek, Pembentukan 
rohani/jiwa dan Pembentukan akhlak/sahsiah. Ini kerana baginya kecemerlangan akademik sahaja
 tidak sempurna jika rohani kontang dan miskin akhlaknya.
4. Beliau mengamalkan formula “ Action speak louder than words.” Iaitu dalam soal solat beliau lebih 
suka mengajak anaknya solat bersama-sama daripada menyuruhnya solat sendiri. 
Disinilah kekuatan solat berjemaah. Tanpa solat berjemaah keluarga berpecah belah, 
masyarakat tunggang langgang.
5. Menerapkan visi ummatik pada anaknya iaitu mengejar dunia seiring dengan mengejar akhirat.
Di mana Tn Haji berkata, jika mahu anak kita menjadi seorang doktor, mesti jadi doktor yang ummatik. Jika mahu anak jadi pensyarah, jadilah pensyarah yang ummatik. Jika mahu anak jadi Akauntan, jadilah 
Akauntan yang ummatik. Jika mahu jadi jurutera, jadilah jurutera yang ummatik. Melakukan pekerjaan 
semata-mata keranan Allah bukan hanya kerana upah. 
Daripada pengalaman aku selama 10 tahun dalam bidang kewangan, rata-rata umat islam hari ini lebih mementingkan upah daripada bekerja kerana Allah S.W.T. Baik pekerja bawahan mahupun atasan. Organisasi mula rapuh, kakitangan berpecah belah. Cuba mencari kesalahan orang lain. Tidak lagi cuba membangunkan organisasi dan ummah. Betulkah tiada lagi ruang keikhlasan dalam hati selain wang ringgit? Bagaimana pula nasib generasi seterusnya?
6. Mendekatkan anak-anak dengan sejarah islam sebagai ilmu yang perlu dikuasai.
7. Mendaftarkan Ahmad Ammar di Madrasah Jamaah Hayrat di Malaysia bagi mengikuti pengajian
 Risalah An-Nur dan belajar bahasa turki yang menekankan soal tauhid, akhlak dan khidmat dalam islam.
8. Sentiasa istiqamah.

Cara membentuk generasi Ummatik

1. Meletakkan wawasan Ummatik
2. Memberikan nama sesuai dengan wawasan
3. Mendidik ketinggian adab
4. Menghayati Al-Quran
5. Memelihara solat dan menunaikan Tahajjud.
6. Mengusai ilmu yang diperlukan pada zaman itu.
7. Menguasai bahasa-bahasa asing.



Ketaatan Ahmad Ammar kepada ibubapa yang perlu dicontohi.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud :

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”

Hadis riwayat At-Tirmidzi

1. Meletakkan ibubapanya di kedudukan yang paling tertinggi dimana wajib mendahului ibubapanya 
sebelum orang lain dalam berbuat bakti selepas Allah S.W.T dan Rasulnya.
2. Sentiasa merendah diri dihadapan ayahnya ketika bermain sepak takraw, sedangkan beliau “Killer” 
yang hebat.
3. Tidak pernah meninggikan suara dan membantah segala suruhan ibubapanya.
4. Antara kata-katanya kepada ibu, ketika dia dituduh pendiam. “Mak, Ammar bukan pendiam, 
tetapi Ammar bercakap bila perlu sahaja.” membuatkan ibunya terdiam.
5. Kata-kata hikmah Arwah yang terkesan pada ayahnya ketika Haji Ahmad Azam ingin berehat 
seketika dari dakwahnya, “ ....Abah, dunia ini adalah tempat untuk berjuang dan tempat untuk kita 
penat, kita rehatlah apabila mati nanti disyurga-Nya nanti...”
6. Hanya memilih pakaian yang tidak mahal dan bercorak biasa.

Benar, ibubapa adalah aset/lubuk kekayaan di dunia dan akhirat. Bergembiralah bagi orang-orang yang berbakti kepada kedua ibubapa ketika hidup mereka dan mati mereka dengan melakukan amalan yang diredhai Allah S.A.W. Berdoalah kepada Allah melalui hasil bakti kamu kepada mereka. Sangat rugi bagi mereka yang tidak berbakti pada kedua ibubapa mereka.
7 Kelebihan orang mati syahid

1. Dosanya diampunkan sebaik sahaja gugur titisan darah pertama.
2. Dia dapat melihat tempatnya di syurga.
3. Diselamatkan dari azab kubur.
4. Selamat dari ketakutan yang besar-yaumul hisab di akhirat nanti.
5. Dipakaikan dengan mahkota kebesaran daripada permata yang lebih baik dari dunia dan isinya.
6. Dia dinikahkan dengan 72 bidadari.
7. Diberi izin untuk mensyafaati 70 orang ahli keluarganya.

Hadith Riwayat At-Tirmizi - Hasan Sahih.




Syahid Ahmad Ammar bukan syahid di medan perang dan tidak berlaku pertumpahan darah malah tidak perlu bom kan diri. Syahidnya kerana mengkaji sejarah islam, menuntut ilmu islam Risalah An-Nur dan ingin disampaikan kepada ummat manusia. Kerana hijrahnya untuk menuntut ilmu dan telah mendapat pengiktirafan sebagai pengajar, beliau mati syahid ketika dalam perjalanan untuk ke kelas pertamanya menyampaikan isi kandungan Risalah An-Nur tersebut. Ketika dalam perjalanan ke kelas, sebuah ambulan telah melanggarnya. Bayangkan ambulan yang laju, tapi tiadapun sedikit kecederaan dan calar diwajahnya melainkan pada sikunya sedikit calar. Allah sentiasa memberi perlindungan kepada hambanya yang ingin mendalami ilmunya. Perlindungan dari Allah lah yang terbaik, Dia Maha Melindungi.
Al-Fatihah buat As-syahid Ahmad Ammar Ahmad Azam.


"Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) Kehidupan dunia. hendaklah mereka berperang pada jalan Allah ( untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati ( gugur syahid ) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar."
( Surah An-Nisa, ayat 74) 

#Akuinginsyahid
#AkuinginjejakkakidiTurkiIstanbul



Meniliti ucapan ibu As-syahid Ahmad Ammar ini, perkataan yang sering beliau ucapkan adalah YAKIN...YAKIN...YAKIN. Ibu ini yakin dengan Allah S.W.T membuatkannya kuat. Kekuatan itu dianugerahkan oleh Allah S.W.T kerana beliau yakin. Maka yakinlah wahai ibu-ibu dalam mendidik anak-anak. Tidak merungut serta tidak mengungkap kata-kata yang kasar ketika memarahi tapi mendidik. Mungkin kita solat, tapi masalahnya tiada keyakinan terhadap Allah da sering susah hati. Masyaallah, senyumlah ibu-ibu dan yakin serta redha dengan Allah dalam rumahtanggamu disamping meletakkan visi dan misi untuk anak-anak melihat pada bakat mereka sejak kecil. Bimbinglah mereka dengan memberi sokongan......Insyaallah, dimuddahkan.

Wasalam....

Puding sedut! Santai hujung minggu

Assalamualaikum.

Life is about learning! everyday rasa nak belajar je benda baru. Hobi baru, belajar benda baru tiap-tiap hari. Biarpun tak menjadi seperti yang sepatutnya pada permulaannya, tapi sekurang-kurang cuba dan tahu kelemahan. Secara spontannya kelemahan tu dibaiki sedikit demi sedikit. Secara spontan bermaksud terus baiki kelemahan bukannya tunggu esok. Perkataan esok tu, adalah perkataan yang paling aku tak suka sebab seolah-olah suka buat kerja bertangguh. Begitu juga dalam bab solat! Tunggu hidayah tapi tak buat. Jika buat dan cuba baiki kelemahan dari hari ke sehari Insyaallah hidayah tu akan datang. Tak timbul lagi soal berat nak solat, bukan berat tapi tak buat. Muhasabah untuk diri sendiri juga :D.

Puding sedut

Cara penyediaan dan bahan-bahan yang mudah sangat menarik perhatian aku. Malah telah menjadi viral dalam media sosial. Aku lebih suka mencuba resepinya dan share pengalaman dan gambar sendiri yang diperolehi darinya. Mudah....memang mudah dan kanak-kanak pasti menggemarinya. Resepinya seperti biasa aku dapatkan di blog kegemaran aku iaitu kak azalita masam manis. Resepi yang dikongsi amat hebat dan aku mengkaguminya. Sebab rumah aku ni banyak milo, so aku cuba perisa milo untuk cubaan kali pertama. Peminat milo ke? YUP, sudah tentu peminat coklat.... satu family, so bleh beli stok banyak-banyak hehe...

Resepi puding sedut
Bahan-bahan puding sedut

1 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
pewarna makanan
esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa

Cara-cara penyediaannya

1. Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk
Kacau rata.

2. Masak atas dapur hingga mendidih.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisaContoh ~ warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry.

4. Sediakan botol kaca secukupnya.

Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkanUntuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkanBila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warnaSejukkan dalam peti ais dan hidangkan dingin dengan straw




#Resepi asal diambil dari blog kak ita masam manis....

Wasalam...

Sunday, 4 October 2015

Riadah : Spritzer Ecopark, Air Kuning Taiping


Assalamualaikum.

Kuat makan? kuat jalan? tak ada lah, biasa-biasa ja. Tapi memang kebiasaannnya lepas makan-makan, cari pot untuk melakukan aktiviti luar jika berkesempatan. Spritzer terkenal dengan jualan air mineral dan tempat operasinya adalah di Air Kuning, Taiping...Perak. Senang je nak cari tempat ni rupanya. Search je pakai google maps, terus jumpa tempat tersebut. Dari bandar Taiping lebih kurang 15 minit sahaja perjalanannya. Sangat bermanfaat jika ada aktiviti lawatan untuk pelajar-pelajar di tempat proses pembuatan ini.



 Walaupun mata ni berpinar-pinar tetap gagahkan diri untuk memandu. Maklumlah 2 minggu kebelakangan ini melakukan aktiviti berat. Mengemas kerana berpindah rumah dan bantu ibu di rumah barunya. Selepas itu, diri sendiri juga terpaksa berpindah rumah sewa lain kerana rakan serumah nak kahwin dan tinggal dirumah berkenaan. Cukup setahun menumpang(Tapi bayar sewa okkk...haha). Penat bukan kepalang bila terlalu lama tinggalkan aktiviti bersukan dan kerja-kerja berat ni. Jika tinggalkan aktiviti berat terlalu lama, bahaya juga untuk kesihatan jika terlalu mendesak. Kena mulakan perlahan-lahan supaya tubuh dapat mengikut rentak aktiviti tersebut semula. Bahayanya pada jantung kita.


Bagi yang baru nak mulakan berjoging semula, pastikan berjalan dahulu pada peringkat permulaan. Mungkin hari pertama berjalan biasa, hari kedua berjalan laju dan seterusnya bolehlah berjoging. Boardwalk memang tempat yang menarik, sesuai untuk berjalan dan bagus untuk beriadah bersama keluarga hujung minggu nanti sambil menikmati udara segar. Mujurlah tiada jerebu pada hari shoot ini :D.


Berjalan-jalan menikmati permandangan secara percuma ini akhirnya ditemukan dengan sesuatu yang menarik dihujungnya. Terkenal juga dengan Cactus Rock di hujung perjalanan ini dimana ia adalah batu besar yang berbentuk pokok cactus. Terlupa pula nak snap gambar Cactus Rock berkenaan..hehe. Boleh juga membeli kunci pad lock di gerai cenderamata bersama ukiran nama anda sebelum berjalan dan tinggalkan pad lock tersebut di hujung perjalanan sebagai kenangan anda telah sampai di tempat ini. Pelbagai cenderahati lain yang menarik boleh anda dapatkan disini. 


Ada aktiviti yang lebih menarik di Ecopark ini iaitu permainan Mini Golf dengan 18 lubang. "Anyone can play" sangat jarang untuk kita temui dalam permainan ini. Harap aktiviti ini akan menjadi tarikan baru buat Bandar Taiping. Harga RM12.00 (Dewasa) dan RM8.00 (Kanak-kanak). Terdapat juga aktiviti secara berkumpulan untuk membuat satu pertandingan dan sebagainya. Menarik bukan? Cafe untuk bersantai juga terdapat disini. Tak sabar nak main Golf ni....jom anyone can play....

Apa?? tak puas tengok gambar? kena pegi sendiri lah...hehehe

Aku hanya pengembara yang tiada rumah,
Sedangkan dunia ini juga tidak kekal,
dan akan musnah.


Thursday, 1 October 2015

Jom masak : Daging masak merah

Assalamualaikum,

Pening jugak bila tiba musim perayaan Aidiladha ni. Bukan apa.....rezeki daging melimpah ruah....Alhamdulillah. Pastu pening nak masak apa. Bila godek-gedok internet, ada resepi yang mudah dan ada pula yang memerlukan bahan yang banyak. Ingat! resepi yang dikongsi disini semua mudah...sedap dan main campak-campak je apa yang ada. Saya tak suka menu yang complicated dan gunakan bahan yang rumit. Pastinya bahan yang akan digunakan biasanya telah tersedia di dapur rumah. Tak perlu membazir ok...guna je apa ada hehe.

Bukan apa, setengah pengalaman aku masak dengan orang yang nak semua perfect ni. Mak ai, kalau tak ada tak boleh masak lah katakan. Sedangkan semuanya perlukan kreativiti sendiri. Tak cuba...tak tahu kan? Masak pon kadang-kadang perlu kan berfikir diluar kotak. Kalau melakukan sesuatu dengan berfikir diluar kotak dalam semua perkara insyaallah semua akan jadi lebih mudah. Ini tak? kalau kena masuk itu, itu lah juga yang dicarinya. Last-last dapur tak berasap dibuatnya :D

Jom cuba :)

Daging masak merah - MyBilbo



Bahan-bahan
1. Daging di potong nipis ( hidangan 3-5 orang )
2. 1 mangkuk kecil Sos cili
3. 1 Kiub tomyam
4. 2 Sudu pewarna merah ( Aku guna sirap rose yang buat air tu je )
5. Sedikit air.

Bahan tumis
1. 3 Biji bawang besar ( dihiris )
2. 3 Biji bawang kecil (dihiris )
3. 3 Ulas bawang putih ( diketuk )
4. 2 batang serai ( diketuk )
5. 1 kampit kecil bahan campuran ( bunga cengkeh, kulit kayu manis yang dijual sekali tu )
6. 5 tangkai cili kering dipotong kecil .
7. sedikit cili ditumbuk jika mahu pedas


Cara-cara penyediaan

1. Rebuskan daging dengan pewarna merah sehingga empuk. ( semasa menunggu boleh sediakan bahan-bahan untuk menumis)
2. Tumiskan semua bahan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan sos cili. ( boleh gunakan sos tomato, sos tiram jika ada bersama-sama sos cili )
4. Masukkan sedikit air jika kuah pekat.
5. Masukkan kiub tomyam dan daging yang telah empuk. Kacau sehingga sebati.
6. Sedia untuk dihidang.


Nota : Jika tak mahu bawang besar terlalu kecut, boleh masukkan kemudian ya..:D ( ikut selera anda )

#AQSTYLE