Assalamualaikum.
Kadang-kadang bosan dengan aktiviti yang sama. Terasa pula nak cuba nak cari sesuatu yang baru di sekitar Taiping, Perak. Tempatnya agak lusuh. Terletak di jalan menuju ke ke Bukit Larut, sebelah kanan. Kalau laju memandu tu, confirm lah kena berpatah balik jawabnya...hehe. Ini bukan pertama kali aku melewati tempat ni. Setiap kali aku pergi, walaupun tak ramai. Pasti ada pengunjung yang bertandang. Ada juga pelanggan setia yang membuat rawatan bagi kanak-kanak OKU. Terapi berkuda sangat bermanfaat untuk membantu kanak-kanak OKU menyimbangkan semula tubuh badan mereka. Malah mereka dapat separuh harga.
Kegembiraan dan teruja terpapar di wajah kedua-dua anak saudara aku. Yang atas tu umur 2 tahun 8 bulan. Aktiviti ini hanya dibenarkan pada kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas. Mungkin dia nampak sedikit matang, cerdik dan comel dia tu....so, uncle yang menjaga tidak sampai hati membiarkannya balik dengan tangan kosong. Bagi kanak-kanak RM10.00 seorang dengan 2 pusingan. Kadang- kadang terfikir, aktiviti ni bagus sebenarnya. Kenapa kurang dikomersialkan? Kenapa keadaannya agak daif lah boleh dikatakan? Adakah kenapa kurang dapat sambutan? Ataupun tiada dana untuk menaik taraf aktiviti berfaedah berkenaan? Ataupun lebih bersifat persendirian? Bisnes dah ada. Kenapa tak mohon bantuan untuk menaik taraf dan jadikan tempat tersebut lebih terkenal. Malah terdapat banyak saluran pinjaman perniagaan sekarang ini untuk meningkatkat taraf hidup seperti PUNB, TEKUN, MARA dan lain-lain. Jangan jugakan ALONG sudah....pengurup wang berlesen kononn. Bersepah pengurup wang berlesen di bandar-bandar. Jangan mudah terpedaya ok..memang mudah dapat duit, tapi natijahnya mungkin seumur hidup. Lebih baik pergi ke bank-bank dapatkan maklumat lebih mendalam mengenai apa-apa pinjaman. Berbisnes ni selain keuntungan, kena juga fikirkan sumbangan untuk masyarakat. Insyaallah, bisnes akan bertahan lama.
" Ajarlah anak-anak kamu berkuda, memanah dan berenang." Antara pesanan Nabi Muhammad S.A.W. Permainan sunnah Nabi S.A.W ini jika dilaksanakan secara serius dalam masyarakat akan menjadi satu fenomena yang luar biasa dan menjadi tarikan pelancong serata daerah. Aku sangat meminati kuda yang bewarna putih, tapi apa yang aku tahu kuda bewarna putih di tempat tersebut merupakan kuda persendirian. Maknanya sesiapa pun tidak dibenarkan membuat permintaan terhadap kuda berkenaan. Hampa kan? ehee..Kalau boleh belajar tunggang sendiri kuda tu...lagi bestkan?
Selain daripada aktiviti menunggang kuda, aktiviti lain adalah memberi kuda makan. RM5 untuk bagi kuda makan. Kuda ni makan lobak merah...baru ku tahu! hahaha. Apa yang spoi mood aku adalah layanan pekerjanya...sebabnya bila anak sedara aku nak bagi kuda makan, katanya lobak dah habisss!! Wahhhh...bisnes apa cenggini?? Sampai hati dia menghampakan anak sedaraku sedangkan dia bawa anaknya ke kiri kanan. Macam mana kalau anaknya dilayan macam tu? Macam mana jika pelanggan tu datang dari jauh semata-mata untuk merasai pengalaman yang manis? Takde perasaan dan sedikit soombong, malas lak tu..Hrmmmm whatever. Nak promote pon cam malas lah kita pon. Bad customer servis. Orang nak bayar pon tak nak. Mungkin diaorang tak ada teknik pemasaran, "Customer always right?" and " Always Smile".
About me, kalau cantik dan murah mana pon barang yang aku nak beli kalau layanan promoter agak kerek...aku tak akan beli dan blah macam tu je. Kalau layanan bagus, mahal macam mana pon aku akan beli. Yang penting layanan ok. Sesi sekolahkan promoter dan berkaitan khidmat pelanggan kuikuikuiiii....at least senyum ok, walaupun ku tahu itu palsu. Ikhlaskanlah hatimu....keikhlasan terpancar diwajah.
Disebabkan mereka tinggalkan aku dengan kenangan yang menghampakan. So, tak tahulah nak pegi lagi atau tak. Sanggup lagi aku pergi ke Balik Pulau, Penang. Belajar ride sepuas hati. Really spoi my mood.
K Bye....