Wednesday, 29 April 2015

ISU SEMASA : GST (Perangi peniaga kedai runcit)



Negara yang mengamalkan GST



Assalamualaikum.

Setiap kali wujudkan sistem baru, pasti ada masalah. Dari situ, kelemahan akan dikaji dan dipantau bagi membaiki sistem. Sesuatu sistem yang diwujudkan oleh manusia, mampu diubah oleh manusia juga. Akal manusia itu luas. Cara pemikiran sesama manusia juga tidak sama.

Sistem Good and Services Tax (GST) adalah satu sistem yang telah lama diwujudkan, malah diamalkan oleh negara-negara membangun sejak 1980an. Malah hasil 160 buah negara yang mengamalkan GST iaitu negara membangun dan sedang membangun dapat dilihat dengan jelas ketika kita berkunjung ke negara berkenaan, kejayaannya dari segi ekonomi, sosial dan lain-lain. Bermaksud sistem cukai GST bukanlah satu sistem yang baru dan sengaja diwujudkan. Hasil daripada GST akan digunakan untuk kemudahan rakyat semula seperti membaiki sistem kemudahan awam yang sediaada seperti pendidikan, kesihatan, kenderaan awam, jalan raya, keselamatan negara, tanggungjawab sosial, menjana ekonomi dan lain-lain.

Apakah isu sekarang? 

1. Peniaga yang mengambil kesempatan.
2. Pengguna sambil lewa.

Pengguna perlu berwaspada dengan peniaga. Inilah saatnya kuasa dan hak pengguna digunakan sepenuhnya. Pengguna yang prihatin ketika membeli barang keperluan rumah akan membantu kerajaan mengatasi masalah peniaga yang mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan dari pengguna. Pengguna perlu tahu, tidak semua kedai-kedai runcit berdaftar dengan GST. Kedai runcit yang tidak menunjukkan resit perlulah dilaporkan segera kepada badan yang berkuasa iaitu KPDNKK.

Resit sangat penting kerana didalam resit pengguna akan mengetahui samaada kedai berkenaan berdaftar dengan GST atau tidak dengan melihat kod pendaftaran GST pada resit. Cuba imbas kembali, pasti ada peniaga runcit yang tidak memberi resit. Helah peniaga sangat licik. Penggunalah yang perlu membasteras kelicikan peniaga-peniaga berkenaan.


PERANGI PENIAGA KEDAI RUNCIT




Pengguna perlu bijak, kerana pengilang, pemborong dan peruncit boleh menuntut kembali kadar GST mereka dari kerajaan. Jangan tertipu dan jangan ambil mudah. Fahami dan jadi pengguna yang bijak.




Bagaimana cara buat aduan GST?

Aduan GST at KPDNKK


: SEDIKIT INFO :


Canada on January 1, 1991, by then-Prime Minister Brian Mulroney 

Howard Government and commenced on 1 July 2000, Australia

Singapore's GST was introduced on 1 April 1994, at 3%. It was increased to 4% on 1 January 2003, and to 5% on 1 January 2004. It was increased to its current rate of 7% on 1 July 2007.

Fourth Labour Government of New Zealand on 1 October 1986 at a rate of 10%  ,on 1 July 1989 the rate increased to 12.5% and on 1 October 2010 it increased again to 15%.



TAKE NOTE : Jika berkunjung ke mana-mana negara yang mempunyai GST seperti di atas jangan lupa klim semula GST anda di kaunter Imigresen negara berkenaan. Simpan resit shopping tu ye...:D. Dekat negara sendiri pengguna tak boleh klim, hanya pengilang-pemborong-peruncit sahaja yang boleh klim.


Sekian.

Tuesday, 28 April 2015

LIFE STYLE : Hangout Wif Mum and sis



Ini cerita weekend, 26/4/2015. Nak sampai ke nak balik ni? hehe.... Alhamdulillah selesai hantar tugasan akhir ke USM, bagi sesi ni. Itu tujuan sebenarnya. Usaha telah dilakukan untuk melakukan tugasan terbaik. Lepas ni doa dan tawakkal, moga result tidak mengecewakan dan mudah-mudahan lecturer hati sejuk masa menyemak :)


Sementara tu sempat lagi cuci mata. Melihat model catwalk, rupa-rupanya ada Model Search Grand Final, Vogue for Virtue 2015 sedang berlangsung di Queensbaymall. Tiap-tiap tahun acara pencarian model ni diadakan, katanya. Penonton boleh tahan ramainya. Maklumlah shopping compleks. Model lelaki keluar semua relaks je. Kalau model perempuan keluar, macam-macam bunyi aku dengar haha..


Wow...boleh tahan dressing diorang kan. Semuanya non muslim, maybe. Tengok dari rupanya. Tapi tak tahu plak sapa pemenang. Tak kuasa nak tunggu sampai habis. Yang bestnya dekat event ni satu je. Jurinya.....jeng...jeng...jeng, aku tak sangka plak yang berkain pelekat dan berbaju melayu tu salah seorang jurinya. Dua orang lain juri tu dressing bukan main. Last-last pakcik tu ....hehe. Amik kau....janji sempoi kan. Mungkin iu jelah caranya nak cari rezeki. Kerana tugas mungkin.



Aku rasa pakcik tu paling Vogue. Perut dah berbunyi sebab lapar. Disebabkan dah lama mengidam Soul Garden, kaki pon laju mencari soul garden di queensbay tu. Selalu makan di Gurney je. Tak kan nak menapak ke Gurney plak...buang masa, jauh kemain. Cari dalam web, soul garden ada di Queensbaymall satu. Yippeee....hepy sebab bawa mak sekali makan soul garden. Maklumlah, aku orang kampung. Mak aku pon orang kampung. Apa yang aku makan, nak juga dia makan. Terutamanya kalau makanan tu sedap. Mak tak pernah masuk tempat cam tu...banyak juga kena soal pada mulanya. Halal ke? itu yang pertama. Takut pon ada, takut tak masuk dengan perut mak. Buatnya meragam satgi...jenuh. Last-last aku suruh mak makan nasi dulu, takut tak selesa makan merapu. Nampak pelik-pelik bukan dia suka...hehe. Makin pelik bila kami ambik makanan makin banyak...suka hati. Macam nak dudk sehari suntuk, tak nak keluar-keluar dah. Memang lapar, sebab sepanjang perjalanan tak makan apa. Tak ada pelanggan berbangsa lain , hanya melayu dalam tu. 


Satu lagi impian tercapai, bawa mak makan di sini. Alhamdulillah, asyik aku je makan sedap-sedap. Terfikir juga mak aku makan ke idak. Dari situ pasang niat. Dan semuanya berlaku tanpa dirancang, Alhamdulillah. Banyak hati perlu dijaga. Moga Allah jaga hati aku dari berprasangka.

Saturday, 25 April 2015

Aktiviti : Santai Petang


Assalamualaikum.

Done. Aktiviti hari ni yang agak memenatkan. Tapi berbaloi dapat keluarkan peluh degil yang hampir lama dimanja dan dibela. Nak kata pandai main, tak lah pandai. Sekadar nak keluarkan peluh gedil. Semput baq hang...haha. Hangpa paham ka?

Setiap pagi aku tengok ramai je chiness, perempuan atau lelaki yang rajin bersukan. Subuh-subuh lagi pon dah keluar. Jalan kaki keliling taman pon diaorang sanggup. Contoh yang boleh diikut. Aku plak tunggu petang baru stat nak main. Pagi-pagi sanggup sambung tido. Jangan ikut contoh diri aku ni k...kuikuikui.

Banyak cara nak jaga kesihatan ni sebenarnya. Sekarang ni ramai yang berdiet dengan tidak mengambil makanan bergula. Karbohidrat lah tu kan? Dan ambil protein banyak. Macam diet elkin je...hehe. Apa-apa je lah....asalkan ada usaha, good luck. Masing-masing ada pendirian dan cara memasing.

Apa yang aku tahu pasal diet elkin ni?

Kurangkan pengambilan gula dalam makanan. Contohnya, nasi, makanan beroti, makanan berkanji/ guna tepung...buah-buahan juga ada yang lebih gulanya sebenarnya, pilih lah ye.. dan banyak lagi lah yang manis-manis tu. Yang pasti banyakkan minum air kosong. Supaya dapat keluarkan toksin dalam badan. Jangan lupa ambil protein seperti ikan, daging, sayur hijau...etc. Dan jangan sampai tak ambil gula langsung. Budan juga perlukan gula..sebenarnya dengan kadar sedikit.

Ada yang cakap, satu hari makan satu menu je. Maknanya sehari sekali je makan. Sebab orang kita ni mati bukan sebab tak makan. Tapi terlebih makan. Amboi sedapnya mulut dia....tapi betul gak kan? Bleh jimat lagi...kuikui.

Aku terbaca pengalaman seorang jutawan. Dah lupa plak nama dia. Dia makan sekali sehari dengan satu menu nak kumpulkan duit nak buat perniagaan. Yang lebihnya disimpan. Nah...sekarang jutawan pon dia. Makan je apa yang ada depan mata, kalau xder tu tak yah nak cari ye. Boleh ke? In sya allah, apa pon boleh kalau amalkan. Lambat laun jadi kebiasaan. Apa janji Allah S.W.T pada umat Nabi Muhammad S.A.W? Tak kan biarkan umatnya berlapar melebihi 3 hari ketika Nabi terpaksa mengikat perutnya dengan batu ketika lapar. Dan baginda meminta pertolongan Allah untuk umatnya, bukan untuk dirinya ketika itu. Yakinlah...yakinlah...yakinlah, aku umat Nabi Muhammad S.A.W dan aku yakin dengan Allah S.W.T. ( Nasihat untuk diri sendiri ) ..

Susah sangat nak diet. Aku puasa je lah...haha. Insyaallah.

Amalkan juga senaman ringan sebelum dan selepas bangun tido.

Produk diet?...hati-hati takut plak terkesan kat tempat lain dan dapat penyakit lain. Yang penting kena rajin sebenarnya. Aku? rajin lah sangat!!!!!!!!haha.






Tuesday, 21 April 2015

Window Shopping : Redmi Note 4G


Assalamualaikum.

WAHHH...in love again. I hear about this product from my spender bos before in Penang. Now i godek-godek nak tengok price RM???????

Sebab buatan china produknya tak mahal RM625 belian secara online. Mungkin di kedai boleh dapat lebih murah. Mungkin! not sure yet. Boleh la kalau nak setakat nak bersosial dengan whatsapp, fb, instagram, twitter and etc. Beli mahal-mahal pon harga gajet ni jatuh dengan cepat. Detail produk adalah :- :- 
.
Qualcomm Snapdragon 400 MSM8928, Quad-core 1.6GHz processor2GB RAM + 8GB Flash Memory, 5.5" HD IPS display13MP rear camera | 5MP front camera3100mAh Lithium-ion Polymer Battery

Bagi yang gila selfie macam aku, tengoklah kameranya 13MP, kamera Belakang. dan 5MP kamera di hadapan..excited. Jom tengok hasil gambar-gambar bila ambil dengan kamera  Redmi Note 4G ni. Kalau diorang tipu, tipu lah aku...hohoho...


Cantik kan? Contoh je ni...tapi diaorang pakai application apa? entah!. Jom window shopping minggu ni...buat reseach di kedai plak. Sebab lihat dengan mata sendiri lebih puas hati kan?. Anyway, my spender bos guna MI3 macam kat bawah ni...yang laju kemain tu. Harganya RM769.00 secara online. Tapi in Malaysia Out Of Stock plak?? Kat kedai mungkin ada tapi bukan baru lah kot :D. Hai bila la nak dapat beli ni?? Ok stat menabung...kuikuikui. Adios....

                                                        The fastest Mi phone ever

Sunday, 19 April 2015

Jalan-Jalan : MYDIN Mall, Parit Buntar.

Fairytale


Assalamualaikum.

Hai.......jom shopping. Again? Perempuan....hatinya akan berbunga-bunga bila shopping ye. Terapi? Yes. Terapi yang sangat baik kan? :) . Fitrah semulajadi seorang perempuan. Kenalah terima kenyataan..hehe.

Destinasi kali ini adalah tempat yang aku belum pernah pergi. Teringin plak singgah di Kerian Mall, Parit Buntar Perak. Kerian Mall? Ala...yang ada Mydin Mall yang besar di Parit Buntar tu. Sib  baek senang jumpa Mall tu. Maklumlah pertama kali singgah.

Singgah kedai yang paling sempoi, Buyu Buyu Closet. Banyak pilihan dengan pakaian seperti palazzo, skirt, dress, t-shirt yang cantik-cantik serta aksesori. Pastinya berpuas hati. Harga pula sangat-sangat berpatutan. Aku terbeli aksesori bungan-bungan ala-ala farytale kat atas tu dengan harga RM10.00. Motif beli????? :) senyum je dulu hehe.

Skirt spensel pon ada. Aku borong 2 helai t-shirt yang selesa dan kena dengan gaya aku kuikuikui. Selain dari BuyuBuyucloset, ada lagi yang special untuk orang-orang parit buntar. Untung diorang tau..

ROLLER SPORT CENTRE, KERIAN MALL PARIT BUNTAR.
Sebab apa untung diorang tu? Sebab ada Roller Sport. Buku setiap hari dengan harga RM12.00 untuk ahli dan RM16.00 untuk bukan ahli. Duduklah berapa lama pon dalam tu untuk bermain. Waktu nya bermula 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Ada 3 sesi pada jadual sebab mungkin beri peluang pada petugas untuk cuci semula gelanggang. Hari ni tengok je dulu, tak main sebab tak ada mood haha. Bukan apa, sebab pernah jatuh dan tangan tergeliat masa di QuensbayMall Penang. Akibat chinese guy yang gelojoh dan langgar je guest lain yang sedang main. Buta perut dan agak selfish.



Akibatnya terpaksa berehat dari bermain bowling dan badminton. Bestnya game ini sebab dapat seimbangkan badan dan keluarkan peluh juga. Tak caya try k..hehe. K lah my favorite sport...out dulu ya.. Dah bulan rejab, sekejap je masa berlalu.

Doaku, moga kita semua dapat keberkatan bulan Rejab dan dipanjangkan umur hingga bertemu Syaaban dan Ramadan serta diampunkan dosa kita semua . Insyaallah...Amin.

Doa Bulan Rejab







Sunday, 12 April 2015

Shopping : Jubah / Abaya Fursan


Assalamualaikum.

Jubah, makin mendapat perhatian wanita masakini. Adakah kerana fesyen? atau menutup aurat? Masing-masing ada jawapan yang tersendiri. Pastinya. Namun, daripada gaya si pemakai. Sudah tentu satu kesimpulan dapat dilakukan.

Kualiti jubah yang berbeza mengikut kain. Yang paling aku minati adalah jubah kain fursan. Ia bukan hanya menutup aurat, kainnya juga sejuk dan sesuai dengan cuaca hari ini. Sebenarnya kain fursan ini sangat popular di Makkah. Pastinya bentuk muka bumi dan cuaca juga yang panas dengan padang pasirnya menjadikan jubah kain fursan sangat popular di sana. Tidak hairan, harganya juga pasti mahal.

Jauh sangkaan aku. Aku hanya dapatkan Jubah kain fursan ini ( gambar atas )dengan hanya RM120.00 sahaja. Kain fursan juga ada kualiti yang berbeza. Tapi kerana kualiti kainnya yang tidak berbulu, kualiti rendah pon selesa juga. Yang penting selesa, bukan pada mahalnya. Jubah yang aku beli terus dari Makkah katanya.


 Yang bestnya bila beli jubah ini, akan disediakan sekali dengan selendang hitam atau sama coraknya dengan jubah. Berbaloi sangat. Ada fesyen Jubah fursan ini belahan di hadapan dan potongan princess. Pastinya potongan princess jadi pilihanku :) .

Bagi aku sendiri, jubah kain lycra dan satin yang senang didapati sangat tidak sesuai. Terutamanya dalam menutup aurat. Kainnya melekat di badan, dan panas. Pemilihan fabrik yang betul adalah hak pengguna. Begitu juga kualitinya.

Kadang-kadang sedih dengan sikap peniaga yang hanya memikirkan keuntungan. Pilihlah kain yang baik untuk diniagakan. Bukan cantik dan murah semata-mata. Patut dinilai dari kualitinya juga dan niat untuk berniaga.

Berpakaian juga ada pahalanya, jika niat yang betul. Mudah-mudahan mendapat redha dan petunjuknya.

Friday, 10 April 2015

SHE WAS VVIP?

Assalamualaikum.

Hari ni pegi satu event. "U Boleh" Seminar Transformasi Minda Usahawan wanita Boleh, di Dewan Bankuet SUK Negeri Perak. Anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perak dan PUSPANITA Negeri Perak. Ramai sangat, penuh dewan. Sambutan menggalakkan. Maklumlah ramai usahawan dan bakal usahawan yang menanti program macam tu.

Dapat ilmu baru....Yippieee!

Macam tak sabar nak jadi usahawan. Semangat berkobar-kobar masa dalam dewan tu..hehe


Suasana tenang, sampai awal sebab semangat pertama kali hadirkan diri program di Negeri Perak ni. Pertama kali juga lah aku menjejakkan kaki ke Dewan tu.

Nasib baik akak sorang tu memang familiar dengan dewan dan akan memilih tempat duduk berdekatan dengan tandas. Mudah katanya. :D

Rupa-rupanya, nama ja program usahawan. Pasti ada je jualan atau gerai-gerai di luar dewan. Mempromosikan barang dan perkhidmatan masing-masing dengan harga yang murah. Sedang kaki melangkah masuk, kelihatan persiapan gerai masing-masing sedang dilakukan.

Kami terus menuju ke meja pendaftaran yang disediakan di dalam dewan. Sementara terdapat meja-meja lain yang menempatkan isu-isu semasa usahawan. Aku tertarik dengan pendaftaran tempat niaga di memory lane. Lalu bertanya borang  yang perlu diisi.

"Macam mana nak daftar ni?" Aku bertanya sesiapa je yang berdiri di situ.

"Borang belum sampai. Nanti borang sampai bolehlah daftar ya. Boleh ambil tempat dulu kemudian nanti boleh isi" Jawab seorang wanita muda sambil melihat anak mataku.

"Bagaimana dengan  bayaran? Sewa tapak ke?"

"Isi borang dulu, nanti akan ada interview untuk pemilhan."

" Owh..ok." Aku berlalu tanpa sempat menyatakan terima kasih. Sebab ramai yang bertanya ketika tu dan aku mula mengambil tempat duduk.

Sampai masa untuk ucapan pembukaan. Nama Pn. Srihartini di sebut. Melangkah laju ke atas dewan.

"Dia? Akak dia yang kita berbual tadi kan?" Aku tergamam.

"Kita cakap ngan pengarah dia lah kak."

Setiap bait katanya aku dengari. Very humble person. Sebelum pegawai lain yang bertugas ada dimeja, dia lebih awal terpacak dimeja pendaftaran. Waw...bos teladan yang baik. Itulah dia Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita PN. SRIHARTINI MOHAMED SHAMSUDIN.

Yang sedihnya, habis je program. Pegi semula ke meja untuk daftar borang, borang dah habis. Kenalah menapak ke pejabatnya di RTC untuk mengambil borang.





Thursday, 9 April 2015

DIET SIHAT CARA OLIGO


Assalamualaikum.

Ini makanan wajib aku sejak bergelar student. Maklumlah minda kena cergas semula. Sekian lama alam persekolahan ku tinggalkan. Terasa kelembapan otak kiri dan kanan ku. Perlu ke? hehe

Halalal Thoyyiba. Yang penting halal :D

OLIGO
Banyak-banyak minuman untuk student ini yang boleh tahan la. Minuman bercoklat. Coklat baik untuk menjana minda.

Sebab apa? Oligo ni kandungannya complete. Dekat pasaran terdapat 4 in 1 DAN 5 in 1. Aku pilih 5 in 1, sebabnya harga sama je kihkih. Sebab lain adalah terdapat kandungan DHA /EPA. Senang dan mudah, bancuh je secawan tak perlu tambah gula. Kalau nak penyakit tu sila lah tambah ye :D

Tempat dipasarkan? Cari je kat Tesco, Billion, Jusco, Econsave, Giant, Mydin, samdeli supermarket ataupun cold storage. Harga antara kesemua tempat ni berbeza, so servey harga dulu. Aku pilih Billion dan Cold storage. Sebab harga cikit promotion, pelanggan kurang mungkin sebab banyak sangat pasaraya yang naik.

JUS KURMA plus KISMIS ( At-Thoyyiba)
Aku pilih sebab kandungannya juga. Ada kuma madu, kismis sultana, badam, madu. Kandungan yang lengkap. Tak perlu beli asing-asing lagi. Harga sangat-sangat berpatutan dan mampu sebagai pelajar. RM25 sahaja dengan kandungan 1 liter, minuman seisi keluarga.

Juga menjadi minuman diet aku, 0 lemak dan kandungan tenaga yang tinggi.

#sukasukashare
#xdapatkomisenpontau




Wednesday, 8 April 2015

Shopping : Books time


Assalamualaikum.

Amik kau! kalau buku memang tak lepas punya. Wajib sebagai koleksi. Yang sicomel sebelah tu nak menempek jugak :D

IF I STAY
I'm so interested when looking at If I Stay cover. Actually 1st print at 2009. Stay Bestseller until now. Cover change again and again. Strategy of marketing, maybe or must be. Gayle Forman writing is beautiful. Easy to understand and i really understand whats happen next...poyo hehe..

Story about young woman, live for love. How important love to her? How complicated love to her? Love its not just for boyfriend but everything around us. Familys love, parents love, friends love...everything that whats we need. And the most important is our creator love. Ours God.

Finding the courage to make the right decision when your life is literally in your hands.

Anybody didn't no what happen next, tomorror and just now.

RM32.90

THE FAULT IN OUR STAR
Everybody know John Green is the best writer. Every word and story can touch others soul, whos reading. Touching.

Continue reading.....again and again.

Ops...when i free ok :D

RM36.00

I Bought them from MPH, Gurney Plaza Pulau Pinang.

I love my new collection. ( Bila pindah paling berat.....Buku :D)


PAVLOVA KU



Assalamualaikum,

Nampak sedap x? nampak sedap kan. Mestilah sedap, airtangan sendiri dan puas hati. Kek paling mudah aku pernah buat. Rupa-rupanya senang je dan tak memerlukan bahan yang rumit. Aku memang suka masak kek, tapi tak suka makan. So orang lain....sila lah makan ya :D.

Sempenan hari kelahiran adik bongsu yang ke 20thn. Disebabkan dia suka makan buah-buah tersebut, aku letak je atas kek untuk dijamah. Amik kau..hehe. Pelbagai buah-buahan lain lagi yang boleh diletakkan mengikut kesukaan. Itu yang bestnya, bila buat sendiri.

Resepinya? Resepi mudah sekarang ni boleh dapat je dari google kan. Tak perlu beli buku resepi tebal-tebal. Tak pon seacrh je dalam youtube. Mudah dah sekarang ni. Bajet yang sangat murah dan berpatutan.

Adik : "Kenapa tak bertingkat-tingkat?"

Aku : "Amboi! Terima kasih tak de? Nak bertingkat-tingkat pulak."

Adik : "Ala...tak cukup ni."

Aku : " Mengada la.."

Kesian plak tengok dia. Mungkin kek aku tak sedap. Tapi aku teringin sangat nak makan kek secret resepi. Aku siap-siap. Cepat je dia mencelah dan nak ikut. Disebabkan menteri kewangan aku sekarang ni my mum. Aku pon ajak mak ikut sekali. Pada mulanya nak buat kejutan dan pegi beli kek sorang-sorang than bawa balik. Celebrate kat umah.

Tapi no surprise....padan muka kihkihkih. Teruja juga dia bila aku melangkah kaki ke secret resepi..kuikui. Itulah adik bongsu sorang yang tak pernah renggang dengan aku.

"Moga dimurahkan rezekinya, panjangkan umurnya, jaga dia selalu untukku."
Thanks Allah.




 

Tuesday, 7 April 2015

Lilin Aromaterapi Homemake


Assalamualaikum, :)

Alhamdulillah menjadi juga lilin aromaterapi homemake aku ni. Tahun  ni memang tahun yang kreatif bagi diri ku. Makin panjang usia ni, makin banyak ilmu yang dapat dipelajari. Alhamdulillah shukran..

Beraromakan haruman bunga rose membuatkan mata makin layu. Fikiran terasa damai. Selepas penat memerah otak seharian, ia juga memerlukan ketenangan.

Banyak lagi haruman yang aku akan lakukan nanti. Jeng...jeng, tiada masalah kalau tiada eletrik nanti. Malah aku akan gunakan lilin sendiri semasa hari lebaran. Mesti meriah...sukanya. Tak perlu lagi beli minyak tanah untuk nyalakan pelita. Berangan kejap kihkihkih.

Mustahil kah? Insyaallah. Moga dimudahkan.



Antara kelebihan minyak pati aromaterapi.

Minyak pati lavender - baik untuk merawat kulit kering atau tidak bermaya selain mampu memberi ketenangan minda. 
Minyak pati chamomile, sandalwood, neroli dan rose - kulit sensitif yang bertindak balas dengan suhu sejuk, haba atau produk kecantikan
Minyak pati tumbuhan lada hitam dan serai wangi - melancarkan peredaran darah.
Minyak pati bunga mawar membantu mengimbangi hormon badan khususnya wanita.
Minyak pati juga boleh menjauhkan jangkitan virus seperti selesema, asma dan resdung serta meningkatkan sistem ketahanan badan.
Jadi, aku ciptakan lilin aromaterapi yang sangat fresh. Tiada Made in China lagi...Say yes to produk tempatan. Homemake plak tu...hehe.

Bagi yang nak lilin haruman aromaterapi dihari lebaran boleh contact Me ...HEHE ( tetiba promote..haha )






Saturday, 4 April 2015

Bye Bye My LEVIS






Assalamualaikum.

Happy sangat, pertama kali dapat jual barang sendiri di internet. Ini barang pertama yang dapat aku jual. Jeans Levis ni Original tau. Sayangnya tuannya makin membulat. Lepas jual dah kurus balik...ops, cover konon :D.

Sayang sangat baru sekali je pakai. Takde plak sesapa nak kalau nak bagi free..hehe. Yang hairannya tak hilang plak seluar aku yang satu ni. Maklumlah sama saiz ramai kuikuikui..ops.

Aku dapat jual jeans ni dengan harga RM75 include postage. Boleh la kan daripada tak dapat apa-apa. Pada mulanya hanya mencuba iklankan di web Mudah.my, tiba2 je dapat pm yang dia berminat dan ingin beli. Malah terus bank in. Tak sangka pula ada yang berminat dan urusan pon dah selamat. :)....Alahamdulillah.

Sekarang makin menjadi trend jual semula barang terpakai. Prelove katanya, betulkan? Barang tu sayang nak dibuang. Patu masih nampak baru dan dijual semula dengan harga yang murah. Bundle lah katakan. Tak pon second hand...hehe. Kemudahan laman sosial dan internet banyak memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin berniaga bermula dari O.



Lihat je lah fb tu, banyakkan group-group jual barang terpakai atau prelove ni. Tapi aku lebih selesa berurusan dengan Mudah.my. Ramai antara pelanggan yang boleh dipercayai dan betul-betul inginkan barang yang kita jual. Boleh mula iklankan tanpa apa-apa bayaran. Kalau dah serius dan banyak kali menggunakan khidmatnya. Caj akan dikenakan. Namun hati-hati, jangan mudah percaya ok. Takut pula dah buat bayaran tapi barang tak sampai. Itulah risiko dengan barang online ni. Tapi saya percaya mudah.my kerana mereka akan tapis dulu iklan yang ingin memasuki ruang niaga berkenaan.

Saya ikhlas menjual barang yang ada pada saya dan alhamdulillah semua dimudahkan. Terima kasih pada awak yang membeli jeans saya. Baik orangnya :D


1st English Novel



Assalamualaikum,

Seumur hidup aku, inilah satu-satunya novel bahasa english yang pertama aku beli. Diskaun punya pasal. Tak tahu nak beli novel apa kan. Tambah-tambah pula kalau yang buat diskaun banyak-banyak tu 50%-70% kebanyakkannya novel-novel lain dari bahasa melayu. Begitulah situasinya bila tiba musim diskaun. Selalunya hujung tahun, mungkin nak habiskan stok lama. Biasalah bisnes.


Sempoi je jalan ceritanya. Menarik dan bahasa yang digunakan lagilah membuatkan aku tertawan. Story kanak-kanak gitu siap dengan mesej tertentu. Story nya juga tak sehebat cerita dongeng cinderella, alice in wonderland. Pastinya sebab bukan cerita dongeng dahulu kala. Bila tanya bebudak pasal cheetah girls, pasti entah jawabnya. What is cheetah? Pertanyaan dijawab dengan pertanyaan. Tak adil kan. Nak buat cam mana?, nama pon budak-budak. Pasti banyak pekara ingin keketahuinya pasal kehidupan didunia ini. She's very confident girl.


Tapi, dah tinggal kenangan buku ni. Dapat je dekat anak menakan aku, terus dicabutnya kulit dari isi. Buku ni pon entah hilang kemana disebabkan pindah rumah. Well said, nasib lah ada kenangan snap dulu-dulu.