Wednesday, 11 May 2016

Assalamualaikum! Dah ganti puasa ke?


Bulan Rejab telah berlalu dan kini sedang melalui bulan Syaa'ban. Selepas ini pastinya Ramadhan menjelma.

Sudah ganti puasa Ramadhan yang lepas ke?

Amalan ganti puasa ini popular dikalangan wanita kerana ada tempoh keuzuran dalam tempoh berpuasa pada bulan Ramadan. Inilah antara keistimewaan wanita yang diberikan oleh Allah S.W.T. Puasa wajib yang telah ditinggalkan dalam bulan Ramadan perlu diganti semula. Manakala bagi yang tidak mampu perlulah membayar denda yang telah ditetapkan dalam agama islam.

Namun anak-anak muda hari ini, ramai yang tidak mengambil berat hal-hal agama. Terutamanya hukum Wajib. Wajib solat 5 waktu sehari semalam dan wajib berpuasa di bulan Ramadan. Meninggalkannya dengan segaja menjadi kesalahan yang besar disisi Allah S.W.T.

Bagaimana yang sebelum-sebelum ini pula, amalan sengaja kita meninggalkan perkara wajib? Mampukah kita mengganti semula sejak umur diwajibkan ke atas kita? terus salahkan Syaitan. Sedangkan syaitan diri kita sendiri.

Hari ini mari lah terus bersyukur dengan jadikan amalan wajib sebagai satu tabiat/habit. Apabila seseorang itu cuba memperbaiki amalan wajibnya, maka sempurnalah kehidupannya yang lain.


Bagi penulis sediri, bulan Rejab...Syaaban adalah bulan yang penuh dengan ujian sebelum berlabuhnya tirai Ramadan. Bulan ini, syaitan akan terus menerus menggoda manusia kerana bulan Ramadan syaitan terbelenggu daripada menghasut manusia.



" Marilah terus menerus berdoa, berzikir dan banyakkan membaca Al-Quran bagi menghalang bibit-bibit hitam dalam hati kita dari terus membesar."



Amalan selawat syifa' ini bagus bagi merawat diri kita sendiri dan ahli keluarga tersayang. Jadikan habit...okeyy!! Insyaallah.