Assalamualaikum.
Dah nak masuk Februari laaa...! sekejap je kan! Subhanallah!
Tiba - tiba mengidam lak nak makan yogurt. Yogurt bestnya baik untuk kesihatan. Terutamanya kesihatan usus. Bagi yang sukar untuk membuang air besar, yogurt banyak membantu. Ianya juga tiada kolestrol dan sesuai untuk golongan yang menjaga berat badan atau sedang berdiet.Yogurt boleh disediakan dalam pelbagai cara dan pastinya menyelerakan.
Cuaca panas menambah selera aku dengan cubaan baru. Tapi tekak ni dah sakit sebenarnya, berlimau sakan. Maklumlah masuk musim chinese new year...hehe.
Antara kelebihan yogurt :
- Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
- Bagus untuk wanita lepas bersalin
- Membantu sistem penghadaman
- Mencegah jangkitan pada vagina
- Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
- Menurunkan kadar kolesterol
- Membantu mengurangkan berat badan
- Luaran- dapat mencantikkan kulit
Amalan pengambilan yogurt setiap hari amat digalakkan. Tapi agak sukar bagi mereka yang tidak gemar dengan rasanya yang sedikit masam. Kata orang yang "sedap itu penyakit, yang pahit itu ubat". Jom sama-sama amalkan yogurt untuk kesihatan.
Buat sendiri dengan perisa milo dan strawberry lagi sedap tau..hehe. Malah boleh pelbagaikan ikut kreativiti masing-masing.
Tips Kesihatan 2016 :
Beberapa kebelakangan ini berlaku pada kenalan-kenalan yang mana menghadapi jangkitan kuman pada air kencing. Terjadi apabila ada yang pengsan secara tiba-tiba. Ada yang tepaksa menghadapi pembedahan kerana ditahap serius. Jadi sebelum terkena pastikan jangan abaikan ( Keutamaan bagi wanita) :
- Pastikan pengambilan air masak yang mencukupi. Bagaimana ingin mengetahui air dalam badan cukup atau tidak? emmm...badan sendiri, pasti tahu kan? hehe... Salah satu caranya hendak pastikan air cukup atau tidak adalah melalui air kencing. Jika air kencing pekat dan kekuningan...itu maknanya air dalam badan tak cukup. So kena lah minum sehingga air kencing bertukar warna putih bersih. Minum - kencing - minum - kencing ( perkara biasa dan anda sihat ) hehe...
- Keputihan, pastikan dapat rawatan doktor. Minum air yang kerap juga dapat membantu kurangkan keputihan.
- Jangan abaikan kebersihan..
Sekian dulu...#sayabukandoktor ...tapi berkongsi ilmu...haha :)