Kaum Rohingya beragama islam di Myanmar dibiarkan hidup tanpa negara dan dijadikan hamba ditempat sendiri. Bertahun-tahun lamanya mereka menderita. Banyak pihak masih tidak faham dengan pendirian negara Myanmar itu sendiri. Sedangkan syarat untuk menjadikan negara tersebut merdeka ialah memberi layanan yang sama rata kepada semua penduduk, tidak kira bangsa dan agama. Bagaimana kaum Rohingya yang beragama islam ini dibiarkan tanpa menjadi warganegara negara berkenaan? Hak kemanusiaan dan syarat kemerdekaan sudah lama dilanggar dan negara-negara asian tidak mampu berbuat apa-apa.
Memasuki negara lain
Kaum ini dibiarkan dibuai ombak, tak kira anak kecil, wanita mahupun dewasa. Hanya ombak yang menjadi saksinya. Berhari-hari dilautan dengan panas teriknya, menahan lapar dan dahaga. Mereka bukan lagi manusia biasa yang tahan dengan semua itu. Merekalah manusia luar biasa.
Bila tiba di perairan negara lain. Pastinya mereka tiada dokumen pengenalan dan pastinya digelar sebagai pendatang asing. Yang bernasib baik diseludup masuk dan dijadikan sebagai buruh binaan. Dapat juga rezeki untuk mereka berteduh dan makan minum. Walaupun yang lebih untungnya orang tengah yang mengambil kesempatan. Yang tidak bernasib baik akan ditangkap oleh pihak berkuasa dan dihantar semula ke sempadan. Disempadan ke mana mereka akan tuju? sedangkan tiada rumah. Nasib berulang menjadi pelarian. Sehingga titik nyawa terakhir. Selagi nasib mereka tidak terbela.
Sedih dengan kubur yang ditemui oleh wang kelian hari ini. Adakah mereka? Jika islam cara matinya, syurgalah mereka.
Kenapa negara lain menolaknya
Di Malaysia sendiri, terdapat Ngo-Ngo yang telah menyediakan tempat berteduh untuk mereka. Sejak bermulanya pelarian ini tiba ke Malaysia, berjuta-juta telah diperuntukkan untuk membantu mereka. Namun tiada akhirnya. Tiada perlembagaan yang menulis tentang pendatang mereka boleh dijadikan warganegara secara automatik semasa berada di negara berkenaan. Nasib mereka masih sama. Tiada identiti diri mereka sukar untuk mendapat pelajaran dan pekerjaan.
Tersebar pula khabarnya golongan ini akan diambil menjadi warganegara Mesir. Sejauh mana kebenarannya? Ramai follower penyebar berkenaan mengucapkan syukur di instagram. Tapi tiada berita yang mengesahkannya.
Just one question from me! Myanmar!! why you doing this to all your people? Apa yang telah mereka lakukan? Ada sejarah kaum Rohingya menjadi pemimpin di Myanmar. Bagaimana boleh menyatakan mereka tidak boleh menjadi warganegara kamu?
Media juga disekat untuk melihat keadaan sebenar kaum itu di Myanmar. Kononnya di dera dan dibunuh beramai-ramai. Negara lain juga kuatir jika kehidupan mereka yang lampau tidak bersih dan membawa penyakit kepada rakyat tempatan. Juga faktor keselamatan negara dan sebagainya. Banyak hati perlu dijaga sebelum mengambil apa-apa keputusan. Bersalah juga jika rakyat sendiri masih ada yang kebuluran.
Apakah nasib Rohingya? Masih menjadi tanda tanya. Bagaimanapun mereka tetap manusia. Memerlukan tempat dibumi ini untuk berteduh. Harap semua pihak terlibat dapat mencari jalan penyelesaiannnya segera. Duduklah semeja, mereka juga manusia. Perkara yang mungkin boleh dilakukan adalah negara-negara lain ialah bersatu hati menyekat ekonomi terhadap Myanmar sehingga mereka menerima semula kaum Rohingya berkenaan. Dan bersatu usulkan supaya kemerdekaan mereka ditarik semula. Kerjasama semua pemimpin negara sahaja yang mampu menyelesaikan perkara tersebut.
Timbul keinsafan
Behenti merungut malah bersyukur atas apa yang dimiliki hari ini. Belum tentu mereka dapat miliki apa yang kita ada. Jika fikirkan kita susah, fikirlah ada lagi yang lebih susah.
Artikel penyelidikan kaum Rohingya
Monday, 25 May 2015
Saturday, 16 May 2015
Taman Rekreasi Kuala Woh vs Lata Kijang.
Assalamualaikum.
Berkelah di Taman Rekreasi Kuala Woh, mandi di Lata Kijang.
Itulah pengalaman menariknya. Apa hal lah tu kan? hehe. Nothing special, just to sharing. Mungkin ada pengajaran disini. Peristiwa ni berlaku sempena cuti WESAK yang lalu. Cuti means untuk merehatkan diri dan minda. Jadi kami sekeluarga rancang ingin berkelah di air terjun. Cuaca panas mandi air terjun memang best. Bermulalah perjalanan dari Slim River ke Tapah. Rancangan pertama untuk melihat Taman Rekreasi Kuala Woh yang terletak di jalan menuju ke Cameron Highland melalui jalan Tapah. Kalau terus memang sampai ke Cameron Higland lah.
Apa yang istimewanya Taman Rekreasi Kuala Woh ni?
Taman Rekreasi Kuala Woh |
Ini keadaaanya apabila sampai dan gambar di ambil atas titi gantung. Airnya agak cetek dan bahagian bawah ada bau yang tidak menyenangkan. Tak tahu macam mana diaorang bleh mandi kat situ. Kumpulan kami berjalan kaki hingga ke atas untuk mencari pot air dalam untuk mandi. Jalan-jalan jumpa pot yang baik. Disebabkan semua perut dah berbunyi, semua ambil keputusan untuk makan dulu melalui bekal yang dibawa.
Aktiviti paling sempoi dan best....sampai berebut-rebut makan hehe. Sedang makan, adalah satu kumpulan lain menghampiri dan terjun ke port kami berkenan untuk mandi tadi.
"Eh! ada ayam mati!" satu suara menjerit.
"Ha? ayam mati dalam air tu?" salah seorang ahli kumpulan bersuara. Gllup...masing -masing berpandangan.
"Ada bangkai ayam ni bleh ka mandi? Nampak sangat kotornya. Lepas makan gerak." kata seorang yang lain.
Selesai makan kami bungkus semua barang dan beredar. Niat untuk mandi tidak diteruskan. Malah air cetek sangat berbahaya dan mungkin terdedah pada kencing tikus. Walau pon ada port yang dalam sikit. Tempat air terjun yang paling hampir mungkin Lata Iskandar, kena panjat lagi bukit. Tapi tak sanggup..hehe. Kami ambil keputusan untuk terus ke Lata Kijang melalui jalan menuju ke Kampar Perak.
Lata Kijang |
Cuti wesak....tak ada orang?? Yippieee....mungkin warga kota mula bertolak balik ke kota untuk bertugas esok. Maklumlah cuti panjang. Selalu tengok ja Lata Kijang ni melalui highway selatan ke utara. Yang putih kat atas tu. Inilah rupanya bila sampai. Airnya bersih dan menarik dan tiada perasaan was-was lagi untuk mandi.
Lata Kijang |
Wahhh...best sangat air kat sini. Berbeza dari Taman rekreasi kuala woh tadi kan? Oh Tuhan, damainya ciptaanMu. Alhamdulillah atas nikmat pemberianMu. Hampir malam....sampai tak ingat nak balik..hehe. Tempat persalinannya telah diperbaharui dan luas. Sangat berpuas hati. Lepas mandi jom pekena aiskrim roti :D
Aiskrim Roti |
1. Pastikan jangan mandi jika keadaan kotor dan air cetek.
2. Pastikan jangan mandi jika was-was.
3. Cari air terjun yang dalam dan air banyak.
4. Perhatikan aliran airnya laju atau perlahan. Kalau sangat perlahan harap jangan.
5. Jangan mandi ketika hujan. Air akan makin laju.
6. Dah buat keputusan....doa dan tawakkal.
( Tips ini supaya kita tidak terdedah kepada kencing tikus yang boleh meragut nyawa. Tak salah jika berwaspada kan..:D )
Monday, 11 May 2015
Book Review : The Qur'an ( M.A.S Abdel Haleem )
Assalamualaikum.
Harap semua sihat-sihat lah ye.....
Me kalau nak sesuatu tu, nak sangat-sangat. Kalau dah suka tu suka sangat-sangat. Kalau dah benci tu benci sangat-sangat. Eh! tak lah macam tu. Benci xda, sayang semua..hehe. Kerana sayang aku tinggal-tinggalkan. Moga membawa kebaikan bersama. Suka sangat buat orang marah dengan aku. Itulah aku, moga satu hari nanti akan dikenang-kenang gitu... haha. Poyo tak? Poyo punya ayat.
Satu hari tu, aku nak sangat buku ni. Cari-cari kat online bookstore seluruh malaysia ni. Tapi hanya satu je bookstore yang ada, Kinokuniya bookstore di KLCC. Masih ada baucar buku berbaki RM50 yang belum digunakan. Memang dah niat dari awal sebelum dapat baucar buku lagi untuk dapatkan Al-Quran translate in BI bila dapat baucar tu nanti. Bermulalah perjalaan ke KL, bertemankan dua sahabat yang sangat baik. Pertama kali jejak kaki ke Kinokuniya ni! walaupun dah banyak kali jejak kaki di KLCC. Hala tuju ke tempat letaknya rak buku tersebut dengan betul, seolah-olah dah pakar kat situ...kuikuikui. Lastly, cari pintu keluar sesat..hehe.
Inilah rupa bukunya.....tiada tulisan arab didalamnya. Hanya terjemahan dalam bahasa english. Tempah online pon boleh. 5 hari baru sampai, itupon kalau ada stok lah kan. Laku sangat buku ni walaupun keluarannya tahun 2008. Alhamdullilah, mungkin kesedaran untuk memahami maksud Al-Quran makin mendalam.
The Qur'an |
The Qur'an (Oxford World's Classics)
- RM59.80 Online Price
- RM53.82 KPC Price
Item Type
|
English Books (Paperback)
|
---|---|
Publication Date
|
2008/06
|
Publisher
|
Oxford Univ Pr (GB)
|
ISBN
|
9780199535958
|
Size/Pages
|
463p
|
Jom santai sambil tengok TV! : D, kes apa ni? sebuk nak snap-snap, tak tau dah apa jadi tuu....??kuikui.
Friday, 1 May 2015
RESEPI MUDAH : Bagedil 1 Mei
Assalamualaikum.
Hai, happy labour day everyone. Masa cuti macam ni banyak habiskan masa di rumah je. Inilah masanya untuk bertugas sebagai housewife plak. Housewife? Kalau tak kawin lagi nak panggil apa ye? Ops...apa-apa je lah. So, perempuan ni tak ada perkataan cuti dalam hidup diaorang. Kerja rumah pon keja jugak kan. Awas! perempuan kalau penat ni suka membebel. Habislah pahala dia hari tu. Perempuan ni senang dapat pahala, senang juga buang pahala. Mulut oh mulut! :D
eH, lupa plak...hari ni nak kongsi resepi mudah bagedil. Housemate yang rajin, sedang buat bagedil..hehe. Resepi ni tiada ukuran, sebab kami main campak-campak je. Sedap tau, cer cuba. Senang je rupanya. TQ housemate yang comel-comel kongsi resepi ni... sayang korang.
Kalau yang sedang berdiet tu. Kurangkan minyak ye...boleh rebus daging tu dulu atau guna je oliveoil untuk kesihatan.
Hai, happy labour day everyone. Masa cuti macam ni banyak habiskan masa di rumah je. Inilah masanya untuk bertugas sebagai housewife plak. Housewife? Kalau tak kawin lagi nak panggil apa ye? Ops...apa-apa je lah. So, perempuan ni tak ada perkataan cuti dalam hidup diaorang. Kerja rumah pon keja jugak kan. Awas! perempuan kalau penat ni suka membebel. Habislah pahala dia hari tu. Perempuan ni senang dapat pahala, senang juga buang pahala. Mulut oh mulut! :D
eH, lupa plak...hari ni nak kongsi resepi mudah bagedil. Housemate yang rajin, sedang buat bagedil..hehe. Resepi ni tiada ukuran, sebab kami main campak-campak je. Sedap tau, cer cuba. Senang je rupanya. TQ housemate yang comel-comel kongsi resepi ni... sayang korang.
Kalau yang sedang berdiet tu. Kurangkan minyak ye...boleh rebus daging tu dulu atau guna je oliveoil untuk kesihatan.
Resepi bagedil mudah |
Subscribe to:
Posts (Atom)